Saturday, January 15, 2011

Kalau ikutkan hati memang aku marahkan dia..tapi dia kawan aku!

Dia pada mulanya memang aku anggap boleh dibawa sebagai orang yg sama kepala dgn aku...lastly ternyata dia sebenarnya inginkan kedudukan dia disanjung tinggi...ya! dia seorang perempuan...aku lelaki...memang berbeza gaya dan budi bicara...tapi...jika dipegang syarat kawan yg boleh kita jaga suatu yg dinamakan 'frienship' yg buruk tu sanggup tolak tepi...aku pegang benda tu...sejak aku sekolah rendah...sejak mula kenal siapa itu kawan...tapi..dia ni...sanggup menghukum orang lain terus-terusan keran ingin orang lain itu rasa kesilapan itu besar dan dia nakkan orang lain tu berubah...itu betul dari pendapat dia...tapi dia belum lagi meneliti apa pula pandangan orang lain...diri aku selalu ingat yg dia ni bakal membuat hati aku gembira sejak aku berpisah dgn kawan baik aku kat KMM dulu...separuh hati aku hilang saat aku mula2 masuk UiTM Shah Alam ni...mereka semua berbeza n aku tak mungkin dpt yg sama cam kat KMM dlu...dia yang aku kenal...dia budak kelas aku...dia teman yang dulu selalu bagi motivasi...dia rakan yg sanggup meluangkan masa untuk mengulangkaji pelajaran untuk exam...semua tu dia amek peranan...dia telah berjaya mendapatkan 'Dean List' n dia bukan calang2 student dlm kelas aku yg dikira sebagai Intelligent la...(sebab kitorang amek course Artificial Intelligent) dia juga seorang yg komited dlm kerja dia sbg SMF(Sekretariat Mahasiswa Fakulti) semua tu aku nmpak kat diri dia selama aku kenal dia sbg kawan...

tapi..sejak kami masing2 dah sibuk dgn urusan masing2...mula lah salah sorang nak pertahankan kerja yg dipikul...salah sorangnya aku...dgn mesej yg sent kat dia..mungkin dia dah 'sentap' dgn aku...dia pun balas la dengan kata2 yg akhirnya menyakitkan hati aku...tapi aku cepat cool...dia kawan aku...aku tak perlu panjangkan marah ni...nanti susah....aku still ingat kata2 mak aku...(my lovely2 mum in this world) dia kata: "sudahlah, jangan bergaduh dgn perempuan lagi...kau kena mengalah...hati perempuan ni lembut...dia cepat terasa..." aku ingat sampai sekarang....sejak aku terluka hati dengan Teha....kini kenangan lampau tu berulang kembali...ia berlaku pada kawan sekelas aku yg ada la ckit2 karakter cam Teha jugak....aku mula resah....aku dah marahkan dia...aku dah treat dia camner aku treat Teha..semuanya buruk2 belaka...tapi...aku ingatkan...jika lelaki buat salah atau terleka mungkin perempuan akan jadi catalyst untuk menyejukkan hati lelaki yg ego dan pemarah ni....tapi..ternyata dia mahupun Teha tidak begitu...sedih hati aku angkara perempuan..letih sudah nak fikir tentang perempuan...nak benci......argghhh!!! tak boleh...aku bukanlah anti-perempuan...perempuan lah tempat aku nak merasa gembira....

ada satu hari tu...dia hukum orang dengan sewenang2nya...orang tu bergurau tentang balasan panahan petir dari langit angkara kekhilafan diri...kemudian dia masuk line kata: orang tak sembahyang tu la akan kena panah petir dari langit...sungguh melukakan hati bagi yg mendengar itu...begini lah wahai kawanku...dirimu sudah diketahui orangnya tidak pernah tinggal solat...beperwatakan murni..berjiwa tulus seperti tiada kesan dosa di hati...tapi dengan cara teguran tidak berasas seperti menegur tanpa salam pendahulu kata itu membuatkan ada hati yang terluka...bagi aku...aku pendam je perasaan tu...aku hormat kawan...tapi...bagi yg ego dan pemarah...muka dia akan ditampar...tidak kira dia perempuan atau anak orang...cara lain untuk warning dia adalah: "walau setinggi gunung amal jariah kamu dengan Tuhan....walau baik budi pekerti kamu dikhalayak ramai...(kalaulah) tapi...jika kamu tidak menjaga perasaan dan hati insan lain..kemudiannya insan lain bersedih dan terluka hati...kemudiannya menyumpah dan mendoakan keburukan kamu...

sama sahaja kamu mendapat dosa kerana tidak menjaga hubungan baik sesama manusia...walaupun kamu rasa kamu cukup kuat menjaga hubungan kamu dengan Allah SWT...itu sahaja yang aku mampu ingatkan diri aku tentang universalnya sebuah persahabatan....aku sanggup tak makan, tak tido, tak mandi, bergadai demi kawan....senyuman dan terima kasih merekalah yg penting...tu prinsip aku...aku paling utamakan kawan...mereka penting...biarlah aku terkubur asalkan mereka bahagia....buat seseorang yg berakronim S.A.Y (budak kelas aku..aku masih perlukan kamu)...maafkan kesilapan aku...