Monday, December 1, 2014

Jangan Pendam Masalah

Bila kau sakit seorang,
Bila kau penat seorang, 
Bila kau tak puas hati seorang, 
Bila hanya kau seorang,
Kau simpan saja dalam hati, memikirkan ia akan lenyap esok lusa,
Kau anggap orang lain semua jauh dari kau, kerana mereka tiada naluri ingin merasa, 
Kau fikir kau seorang saja yang berkorban, tersungkur tanpa ada yang menyedarinya,

Kau mula memberontak, 
Kau lakukan, kau katakan, kau sindirkan,
Bahawa orang lain punca masalah hidup kau,
Dari segala yang cerah kau gelapkan,
Dan kau rekakan suasana kacau bilau yang kau tersiksa, dan orang lain bercengkerama.

Kemudian muncul ia yang menyelami isi hati kau,
Bertanya, membantu, meminta dan sarankan agar kau waras dan tiada rasa amarah,
Dia cuba memberitahu hidup kau sentiasa indah, buka semua tirai kelabu, 
Buang semua ketidakmahuanmu, Singkirkan semua gundah gulana dan adu domba, 
Kau masih anggap ia cuba merosakkan minda kau, 
Kau masih anggap ia mengganggu gugat rasa dan hati kau, 
Kau masih anggap kemunculan ia sekadar menjadi raja dalam hati orang.

Dimana lagi penyelesaiannya?
Bertimpa-timpa kepedulian ia cuba untuk membuang penafian,
Berusaha dia membantu, merendahkan ego dan berdiri sama denganmu,
Tapi kau? 
Kau masih dengan penafian dan keraguanmu,
Kau tolak dan kau tetap dengan raja hatimu kau tidak mahu dan tidak perlu,
Sedangkan ada yang mula menerima kehadiranmu. 

Ternyata salah!
Tanggapan kau salah, kau yang tidak beri peluang kepada semua yang hadir,
Ada tangan yang masih menghulur, ada jiwa yang masih bersedia berkongsi ruang,
Sayangnya kau menidakkan dan 
kau pulangkan paku buah keras yang ternyata mereka yang bersalah.

Sayangnya...