Showing posts with label Aku - Life. Show all posts
Showing posts with label Aku - Life. Show all posts

Tuesday, February 24, 2015

#IGNORANCE

Rasa aku,
IGNORANCE bagi orang lebih baik sebab tak pening kepada nak fikir masalah orang lain.
IGNORANCE bagi orang lebih baik sebab tak termasuk dalam masalah orang lain.
IGNORANCE bagi orang lebih baik sebab tak serabut tentang orang dengan tentang kita. 
IGNORANCE "hal aku hal kau, aku tak kacau kau, kau tak kacau aku. Settle!" 
IGNORANCE bagi orang lebih baik sebab dapat mengelakkan orang ganggu kita. 

Rasa aku,
IGNORANCE memang tak boleh dijadikan terma dalam tema Friendship.
IGNORANCE menjadikan kau biarkan orang lain susah tanpa kau bantu.
IGNORANCE membuatkan kata-kata orang jadi terhenti kerana kau tidak mahu tahu.
IGNORANCE adalah sikap membuatkan kau penting diri kau saja orang lain tidak perlu.
IGNORANCE bagi kau adalah jalan mudah untuk lari dari masalah orang lain.
IGNORANCE yang berterusan membuatkan kau judge orang lain pembikin masalah.
IGNORANCE yang kau rasa cukup menyelamatkan kau dari drama dunia. 
IGNORANCE tidak lagi menjadikan kau seseorang untuk dijadikan tempat mengadu.
IGNORANCE kepada orang lain membuatkan kau melukakan perasaan orang ketika dia cuba meluahkan perasaan sedihnya. Kerana IGNORANCE adalah ego. 

Maka apa yang aku rasa IGNORANCE itu sedikit tapi... 
IGNORANCE itu muncul lebih banyak terhadap si pelaku berdasarkan apa yang aku nampak.
Aku tak berhak mengadili IGNORANCE itu sebagai salah atau perbuatan yang salah.
Tetapi aku nilai setelah berkali-kali ia diulang tayang dihadapan mata aku.
Ia terus naik ke fikiran aku.  

Thursday, January 22, 2015

Keadilan

Isu keadilan ini dah lama aku ingat nak update tapi baru sekarang muncul kembali dalam kepala.
Keadilan ni tak ada kena mengena dengan parti politik atau mana-mana kepartian okey.
Seingat aku baru pertama kali dalam kelas master aku lecturer setuju dengan aku isu keadilan ni.


KEADILAN
Sikap yang positif untuk menentukan apa yang sepatutnya dapat atau diberikan.
Sikap mahmudah iaitu meletakkan sesuatu kena pada tempatnya.
Sikap memberi yang menyelesaikan masalah antara dua atau lebih perkara.

TAPI KEADILAN BAGI AKU...
Sesuatu penyelesaian tanpa perlu berlarutan panjang.
Ia bukan sikap positif tapi lebih firm dan agak kejam juga.
Bagi aku keadilan itu tak penting kerana dengan keadilan muncul masalah baru.

KEADILAN TAK PERLU?
Kerana kerana keadilanlah perasaan bersalah, kasihan dan penat menjaga sana sini.
Kerana telah berlaku adillah kebergantungan kepada kedua-dua itu saling tak habis dan berlarutan.
Sampai bila nak tamat?

BETUL KEADILAN TAK PATUT?
Bukan tak patut, tapi pada terma dan syarat sahaja. Ikut situasi dan kadar penyelesaian masalah.

Monday, December 1, 2014

Jangan Pendam Masalah

Bila kau sakit seorang,
Bila kau penat seorang, 
Bila kau tak puas hati seorang, 
Bila hanya kau seorang,
Kau simpan saja dalam hati, memikirkan ia akan lenyap esok lusa,
Kau anggap orang lain semua jauh dari kau, kerana mereka tiada naluri ingin merasa, 
Kau fikir kau seorang saja yang berkorban, tersungkur tanpa ada yang menyedarinya,

Kau mula memberontak, 
Kau lakukan, kau katakan, kau sindirkan,
Bahawa orang lain punca masalah hidup kau,
Dari segala yang cerah kau gelapkan,
Dan kau rekakan suasana kacau bilau yang kau tersiksa, dan orang lain bercengkerama.

Kemudian muncul ia yang menyelami isi hati kau,
Bertanya, membantu, meminta dan sarankan agar kau waras dan tiada rasa amarah,
Dia cuba memberitahu hidup kau sentiasa indah, buka semua tirai kelabu, 
Buang semua ketidakmahuanmu, Singkirkan semua gundah gulana dan adu domba, 
Kau masih anggap ia cuba merosakkan minda kau, 
Kau masih anggap ia mengganggu gugat rasa dan hati kau, 
Kau masih anggap kemunculan ia sekadar menjadi raja dalam hati orang.

Dimana lagi penyelesaiannya?
Bertimpa-timpa kepedulian ia cuba untuk membuang penafian,
Berusaha dia membantu, merendahkan ego dan berdiri sama denganmu,
Tapi kau? 
Kau masih dengan penafian dan keraguanmu,
Kau tolak dan kau tetap dengan raja hatimu kau tidak mahu dan tidak perlu,
Sedangkan ada yang mula menerima kehadiranmu. 

Ternyata salah!
Tanggapan kau salah, kau yang tidak beri peluang kepada semua yang hadir,
Ada tangan yang masih menghulur, ada jiwa yang masih bersedia berkongsi ruang,
Sayangnya kau menidakkan dan 
kau pulangkan paku buah keras yang ternyata mereka yang bersalah.

Sayangnya...

Sunday, June 8, 2014

Happy 23th Birthday Mag Jr Shomei!

Selamat hari lahir yang ke 23th Mag Jr Shomei. Dalam keseronokan melayari ucapan-ucapan yang rakan-rakan aku ucapkan di Facebook, Twitter, Whatsapp dan WeChat ada satu ucapan dan komen hari lahir aku yang buat aku rasa tidak senang duduk. Kenapa dia? Kenapa dia perlu datang waktu ni? Ya, memang benar aku rindukan dia, berharap dia berikan ucapan hari lahir yang istimewa. Tapi dalam fikiran aku, aku memang sedia tahu dia takkan sekali ingat dan ucapkan kepada aku. Dia...seperti yang aku agakkan. Dia tak pernah endah diri aku sejak dia tamat belajar. Tapi, hari ini dia muncul dengan satu komen pasal gambar aku dgn dia 2 tahun dulu. Aku pun tak tau kenapa dia komen tanpa sebab. Kalau ikutkan aku, kalau dia komen gambar lama maknanya dia stalk gambar2 kat FB aku. Adakah itu maknanya dia rindu aku sampai nak stalk FB aku? Kemudian, dia berikan ucapan hari lahir buat aku. Ucapan dia tu ada menyatakan supaya aku tak lagi menangis memandangkan aku dah berusia. Apa maknanya itu? Adakah dia tahu selama ni aku selalu bersedih? tahukah dia sedih aku disebabkan apa? Dia tak tahu banyak tentang aku dan semua yang aku lalui selama dia pergi jauh dari hidup aku. Dia seolah-olah seronok melayari hari dia tanpa peduli siapa aku selama ni. Sedih aku mengenangkan tindakan dia yang dia buat kat aku. Sehinggalah aku berhasrat untuk melupakan dan membuang dia dari ingatan dan hidup aku. Aku perlu move on supaya aku tidak terlalu ingatkan dan rindukan dia dalam hari-hari aku. Tapi apabila dia muncul semua, hari aku berbisik kembali yang dia masih hidup dalam hati aku, dan ini membuatkan aku kembali mencintai dia yang aku sendiri tahu tiada guna mencintai orang yang tidak mencintai aku. Entahlah pusing aku jadinya, fikiran aku tak menentu jadinya. Kau buat aku jatuh hati pada kau semula.

Friday, December 13, 2013

CSL669: Tamat & Bergraduat

Mereka-Mereka di GW Intech Sdn. Bhd.

Alhamdulillah...
Akhirnya latihan industri aku tamat & sempurna.

Dan ini juga menandakan aku berjaya menyempurnakan pengajian Bachelor Degree aku.
LI selama 14 minggu ni nampak je macam sekejap, tapi menunggu tamat berjanggut!
Akhirnya esok aku dah boleh balik ke Sungai Buloh.
Oh! Rindunya dah berapa minggu dah tak balik sana. 
Rindu mak abah & rumah.
Rindu jugak kat my BFF Faeez & sang gedik-gedik yg lain.

LI kat Ipoh ni betul-betul mengajar aku berdikari.
Walaupun tak 100% macam kerja, 
tapi aku seronok berada kat sini.
Kawan2 & environment kat sini best, 
tak pernah rasa tertekan.
Paling best bila aku banyak outstation luar dari Perak. 
Itu kegemaran aku, melancong, berhibur & mengembara!
Aku akan simpan kenangan LI kat sini dalam ingatan aku.
Yes, seriously aku akan rindu semua orang kat company ni.
Especially, kawan-kawan LI aku Bila, Pika, Uzzair, Afzal, Cikpa & yg baru Yana.
Sumpah best sama-sama dengan diorang, gelak tawa & berhibur bersama.

Esok aku akan memulakan perjalanan sulung dan terakhir.
Dari Ipoh ke Sungai Buloh yg mengambil masa dalam 2 jam 30 minit.
Moga perjalanan aku lancar & tidak ada apa-apa lagi yg tertinggal di Ipoh.
Kalau ada pun hanyalah kenangan & kerinduan aku kat sana. 
Selamat tinggal Ipoh, moga kita berjumpa lagi.

Tahniah Mag Jr Shomei kerana telah tamat pengajian & selamat berkonvo!
Selamat menyambung pengajian sarjana tahun hadapan.

Wednesday, November 20, 2013

Sejarah Kisah Kita

Sudah lama tidak ku buka kisah tentangnya...
Jika adapun, hanya wajahnya yang ku tatap di laman sosial...
Aku gagahkan diri untuk tidak mengambil peduli...
Kerana, aku tahu dia juga tidak perlu aku...
Tapi diketika ini, entah mengapa aku buka semula kisah kita...
Yang tak lama dulu tertulis hingga kini aku ingati...
Mungkin kau tidak ingat lagi...atau tidak ambil peduli...
Aku cuba rangsang rasa dijiwaku ketika melihat wajah kau...
Tapi ada sedikit rasa yang menyentak dan berbisik pada naluri hatiku...
Mengatakan aku rindu dan masih menyayanginya...
Berkali-kali aku pejamkan mata...
Berharap wajahnya tidak menguntumkan rasa rindu...
Berkali-kali aku tarik nafasku sedalamnya...
Berharap wajahnya tidak mengulang kembali kisah kita...
Segalanya telah kita tinggalkan abadi tahun dulu...

Aku masih ingat lagi segala kata-katamu...
Aku masih ingat lagi segala tingkah lakumu...
Aku masih ingat lagi segala belaianmu...
Aku masih ingat lagi segala senyum dan tawamu...
Semua itu tersimpan kemas dalam memoriku...
Hendakku padamkan sayangnya...ia kenangan manis hidupku...
Walaupun sisa sedikitnya ada pahit dan tangis...
Tapi aku kekalkan dalam ingatan sebagai rencah hidupku...
Terngiang-ngiang suaramu ketika ini...
Seperti dekat dan menuturkan kata-katamu seperti dulu...
Terbayang wajahmu ketawa, manja, lucu dan amarah api menyala...
Rasa seperti kau sedang berlegar-legar berdrama dihadapanku...
Semua itu membuatkan aku rindu...

Hati selalu berharap agar kau aku temui lagi...
Walaupun aku sendiri tahu apa kebarangkalian yang akan terjadi...
Bukan kita yang memutuskan untuk tidak bersama...
Cuma kita dalam situasi yang berbeza...
Dalam ketika kau tidak lagi mengingati aku...
Aku juga cuba untuk tidak lagi mengingati kau...
Tapi dalam putaran jam menongkah waktu kadangkala...
Muncul wajah kau dan kisah kau...
Yang membuatkan aku rindu dan kasih kepadamu...
Aku sentiasa berharap, tapi aku tidak menaruh harapan...

Tuesday, October 22, 2013

lelaki sunyi...macam ni lah!

Java Programming:

import javax.swing.JOptionPane;
public class Mari_Berkenalan{
public static void main (String[] args){
JOptionPane.showInputDialog(null,"Nama saya Mag Jr Shomei. Umur 22, yang penting saya single. Eh?","Siapa Nak Berkenalan Dengan Saya?", JOptionPane.INFORMATION_MESSAGE);}
}

Run:

Sunday, September 15, 2013

Famous blogger kini tiada?

IPOH 15 September 2013. - Dulu blogger ni rajin update pasal kisah-kisah dia. Apa yang dia rasa, apa yang dia lalui, apa yang nak kongsikan & apa yang dia nak gosipkan. Tapi sejak dia kehilangan seseorang yang dia rasakan pemberi semangat dalam dia melalui hari-harinya, kini dia kehilangan coretan yang dulu menjadi hasil nukilan murni hatinya. Rasanya orang itu mesti seorang yang sangat berharga dalam hati dia. 

Ada teman-teman blogger bertanya mengapa blogger itu tidak lagi menulis? Tambah pula novel mayanya juga tidak lagi bernafas. Kenapa ya? Itu yang bermain dalam fikiran teman-teman blogger dan juga pembaca. Sebenarnya, blogger itu berehat sementara selama beberapa bulan kerana ingin membawa hatinya yang kian dilanda penyakit. Penyakit apa? Biarlah blogger itu yang mengetahuinya. Tapi blogger itu ada meninggalkan beberapa pesanan. Berikut adalah pesanan blogger tersebut:

"Terima kasih kepada pembaca-pembaca & teman blogger yang masih lagi mengambil peduli akan saya. Maaf terlebih dahulu saya mohon kerana tidak lagi aktif mencoretkan kisah di sini (Blog Bicara Menjadi Tinta). Saya ingin berehat sebentar selama yang mungkin untuk membawa hati saya yang kini sakit. Sakit apa itu biarlah sayan saja yang tahu. Saya akan kembali blogging seperti dulu & saya harap pembaca sabar menanti. Ini adalah coretan saya yang seterusnya sebagai penyuntik semangat untuk berblogging selepas ini. Terima kasih atas sokongan selama ini."

Sunday, March 17, 2013

Yang Ada Tak Mungkin Memadai

Aku ada terjumpa satu kata-kata ni dari Book of Quotes yang aku amek dari Facebook.
Bila aku baca & amati betul-betul kata-kata tu...ada benarnya.
Aku lebih rela kehilangan apa yang aku ada depan mata aku...
Lagi-lagi yang tak berharga & hanya beri racun kepada aku...


Dia sangat jauh dari aku sekarang...aku keseorangan...
Aku masih ingat segala kebaikan & kenangan manis aku dengan dia...
Walaupun jauh aku tak pernah lupa...segala kebaikan dia...
Hingga kini masih tersemat dalam ingatan...


Tuesday, January 1, 2013

Aku: 22

Oh mendongak aku tengok bunya api live dari I-City Shah Alam.
Letupan boleh dengar sampai Kolej Perindu.
Aku tak keluar mana-mana pun, hanya study saja.
Tapi sempat jugak menggedik dengan member lain tengok bunga api dari Perindu 2.

Aku tak sedih aku tak rasa seronok sangat tinggalkan 2012 dan menjemput 2013.
Bagi aku kedatangan tahun-tahun baru itu akan membuka lembaran baru.
Jadi aku menanti saja apa yang akan terjadi dihari-hari aku.
Cuma bunga api tahun baru saja yang mengembalikan kisah2 lama...

Bermula dari awal 2012, perasaan menempuh peperiksaan akhir semester,
Konflik dalaman antara aku - kau - dia, kisah yg penuh air mata,
Percutian pertama ke Beijing, China bersama dia-mereka yg ku sayang,
Kenangan indah yang paling tak boleh aku lupakan,
Bermula semester 4 dengan kenangan2 di fakulti,
Perjalanan menempuh konflik yang masih tidak berkesudahan,
Penuh pengorbanan untuk mengadili keduanya,
Peperiksaan akhir semester kembali lagi,
Kenangan-kenangan terakhir dengan dia sebelum berangkat merentas lautan,
Bulan puasa yang penuh rasa kehibaan & penuh penantian,
Hari raya umpama menunggu insan yang tidak pulang-pulang,
Semester baru "aku bergelar pelajar tahun akhir",
Percutian ke Sandakan-Tawau, Sabah,
Berjumpa dengan dia yg baru pulang dari Malaysia Timur,
Istiadat Konvokesyen UiTM ke-77, Opie dah ber-graduate,
Persiapan Proposal-Final Year Project,
Hingga akhir 2012, study week untuk peperiksaan akhir semester.

Itu dia senarai pendek sepanjang perjalanan 2012 yang aku masih ingat.
Dan hari ini sudah masuk 2013, aku 22 tahun.
Apa lagi kenangan yang bakal tiba untuk aku?

Friday, December 14, 2012

Ketinggalan / Jauh kehadapan?

Sudah lama terfikir perkara ni...jarak! Ya...jarak. 
Kadang-kadang bila aku sudah jauh kehadapan...
Aku rindu pula apa yang aku tinggalkan dibelakang...
Terasa macam nak patah balik & kembali ke masa itu...
Kerana ia kenangan terindah.
[Realiti: Aku tidak ada time machine]

Kadang-kadang aku lihat dia jauh kehadapan...
Dan aku masih mengejar sedayanya...
Sedangkan aku tahu hidup kita tak sama...
Yang pergi jauh kehadapan tetap pergi...
Yang masih di posisi ini teruskan lah berjalan kehadapan...
[Realiti: Dah memang kita berdua bukan org yg sama]

Antara kita dgn orang lain memang ada perbezaan jarak kan?
Tapi adakah ianya boleh dikira sama macam Euclidean Distance/Pythagoras Theorem?
Fikir-fikirkanlah....

Euclidean Distance Formula

Pythagoras Theorem Formula

Wednesday, October 10, 2012

Pengalaman vs Kenangan

6/10/2012 - 7/10/2012 (Kolej Matrikulasi Selangor)
 
Guys..aku ade kisah sikit nak cerita dengan korang. Beberapa hari lepas aku dapat peluang ke Kolej Matrikulasi Selangor untuk promote course aku & fakulti aku kat sana. Mula-mula aku memang nak join roadtour fakulti aku ke KMM, tapi tempat tu dah orang lain amek.
 
Jadi, cerita yang aku nak kongsikan sekarang adalah apa yang aku dapat kat KMS tu. Sampai sana je, aku nampak ramai budak-budak matrik ni baru balik dari Larian KAKOM. Serius, masa tu kenangan lama terlibat dgn Larian KAKOM kembali. Tapi kali ni aku hanya tengok je budak-budak tu sambil bagi sorakan. Bila aku masuk kat kolej tu aku nampak DK, Bilik Tutoran, makmal dll, teringat plak kenangan kita semua dulu dok berjalan kesana kemari untuk ke DK, makmal dgn tutoran. Hidup kita semua byk dihabiskan dengan kelas yang pack je.
 
Aku ditugaskan untuk beri ceramah kat hampir 700 orang student matrik masa roadtour tu. Tengok fasiliti DK dorang memang sama macam kita. Dulu aku tak berani nak turun bawah kat depan DK nak buat presentation apatah lagi tulis jawapan kat PHP projector depan tu. Tapi sekarang aku sendiri yang berdiri & cuba benda tu. Tengok muka budak-budak tu semua memang skema, byk yang sibuk study sendiri-sendiri tak peduli pun ceramah yang kami bagi.
 
Kemudian aku dekati beberapa student ni, aku tanya "sibuk nampak adik-adik? dah nak dekat PSPM1 ke?" Kemudian students tu pandang "haah bang, PSPM1 29/10/2012 ni. Sekarang dah nak dekat PRA-PSPM1, tu yang kena study lebih". Senyum tu masa tu, teringat jugak aku masa kita semua sibuk nak dekat PSPM, rajin buat study group, lepak library, discuss past years, lepas study sama-sama kita pegi makan kat cafe B. Masa tu aku rasa macam aku sedang berada di alam matrikulasi semula dan akulah budak-budak tu.
 
Masa aku bagi ceramah kat DK tu, aku tengok budak-budak tu tak bagi perhatian kat aku. Sibuk dengan buku & tutorial kat atas meja. Jadi aku amek inisiatif perkenalkan diri aku termasuklah latarbelakang aku dulu belajar di KMM. Budak-budak tu jadi fokus. Beberapa lama aku perhatikan budak-budak ni aku dapat rasa, cara diorang bergaul sesama sendiri, cara diorang study, cara diorang berinteraksi sesama bangsa, cara diorang bercakap dgn orang luar/lecturer memang sama dengan cara kita masa di matrik dulu. Cuma persekitaran je yang lain.
 
Memang sepanjang 2 hari aku kat sana aku rapatkan diri aku dengan budak-budak matrik tu, berkongsi pengalaman, apa yang berbeza...apa yang sama. Bila aku tengok muka budak-budak tu aku rasa macam aku tengah tengok muka satu-satu dari Praktikum H6P2 kita. Rindu sangat nak bergelak ketawa macam budak-budak tu. Seronoknya bila duduk-duduk dengan diorang. Siap makan, beriadah & pusing-pusing satu KMS pun dengan diorang. Seronoknya rasa kalau dapat ulang balik kenangan indah dengan korang semua di KMM.
 
Dan hari terakhir aku kat sana memang betul-betul buat aku rasa sedih, nak pergi tu memang rasa macam tak sanggup walaupun KMS (Banting) dengan UiTM Shah Alam tu tak jauh. Tapi rasa jauh hati dengan diorang, budak-budak matrik ni. Jujur keluar je dari pagar KMS tu aku menangis, aku pun tak tau kenapa. Aku tak sedih kerana KMS tu sangat, cuma aku sedih bila teringat balik kenangan masa kita semua kat KMM dulu. Terasa semua tu hidup semula bila aku kat KMS. Sampailah aku post entri ni...masih terasa dalam hati sedih tu. Sebab tu aku post semula gambar-gambar kenangan kita dulu kat KMM. Harap guys masih ingat semua kenangan kita lagi.
 
Rindunya kat korang. Sayangnya kat korang. Teringat lagi KMM Batch 2009/2010.

Monday, September 24, 2012

Bila kita dah jadi Senior.

Aku dah tahun akhir sekarang. Tak sangka dah nak habis juga pengajian aku walaupun belum lagi latihan industri. Tapi LI tu sebagai platform untuk pelajar LI terus bekerja dengan mana-mana syarikat selepas tamat LI tu nanti. Ada kisah yang tersentuh dihati aku bila sebut senior ni. Pernah juga dulu nak merasa apa agaknya jadi senior. Siapa yang akan pandang kita nanti? 

Dulu aku hanya duduk dibawah saja, memandang gelagat dan tingkah laku mereka-mereka yang bergelar senior ni. Ada yang menghiburkan dan ada yang menjelikkan. Dan yang paling penting pada kami ketika itu adalah tidak menyukai senior-senior yang cuba berlagak otai/retis/diva/taiko/mando dan sebagainya. Kita ni hanyalah bahan mereka untuk dibuli dan diketawakan. Tapi aku tak peduli semua tu. Aku jenis yang tak tau malu. Aku anggap sajalah mereka tu kawan-kawan aku, cuma berbeza umur. Ingat lagi kenangan mula-mula jadi junior di fakulti aku, ketika itu mesyuarat kelab diadakan dan senior-senior meminta kami junior-junior ni memperkenalkan diri dan beri sebab kenapa memilih kursus yang aku belajar sekarang ni (CS223). 

Bermula dengan "Assalamualaikum dan selamat sejahtera" suasana jadi senyap sunyi. 
"Nama saya Megat Ridwan bin Megat Adnan boleh panggil saya Megat". Ahli mesyuarat dari pelbagai semester mula jadi macam pasar tani. Mungkinkah nama aku pelik? Takkan kot. 
Kemudian ada seorang kakak senior ini bertanya "kenapa nama kamu Megat?". Arghh, itu soalan yang merimaskan disetiap hidup aku. Panjang ooo nak cerita salasilah keluarga ni. Time ini lah ko nak tanya aku.
Tapi aku ada jawapan mudah "sebab keturunan saya dari keluarga DiRaja Perak. Nenek saya kerabat DiRaja tetapi berkahwin dengan orang biasa turunlah keturunan menjadi Megat & Puteri." Berat nafas aku keluar lepas tu. Mereka yang lain macam terpegun dengar penjelasan aku. Tapi aku rasa macam mereka ni sengaja nak 'bahan' aku. 

Aku sambung lagi "Saya berasal dari Sungai Buloh, Selangor." Datang lagi soalan 'Sungai Buloh tu kat mana?' Terpaksalah aku jawab lagi. Mereka ni macam jakun pulak tak pernah tengok orang ke?
"Saya dari lepasan Kolej Matrikulasi Melaka dan jurusan Sains Hayat" kelihatan seorang kakak senior ni bangun dan melambai-lambaikan tangan tanda 'sama kolej matrikulasi' tapi aku hanya balas senyum saja. 
"Kenapa pilih kursus ni?" Seorang abang senior yang digelar 'Zul Stinson' tanya aku. Mati ayat aku masa tu. Nak cakap ke tak nak cakap? Terus aku "Saya tak pilih kursus ni, saya dapat. Dan kursus ni tak ada dalam 8 pilihan UPU saya". Dan aku tahu jawapan aku adalah sama saja dengan semua budak kelas aku masa tu.

Sekarang aku pula yang jadi senior. Dan baru aku teringat aku telah sedikit sebanyak 'meniru' cara & tingkah laku seperti mana senior-senior aku buat masa mereka mengadakan mesyuarat kelab, dikawasan fakulti dan apabila bertembung dengan junior-junior. Aku ketawakan junior-junior, aku layan macam hampas, mengutuk mana-mana junior yang aku rasa tak kena depan mata aku. Semua tu adalah lahir dari perasaan dan mentaliti "aku sudah senior & bergelar final year student". Ada orang kata semua ini adalah kenangan selepas tamat pengajian aku tak lama lagi. Jadi lebih baik merasa sebelum teringin untuk mengulanginya semula. 

Patutkah kita meneruskan perbuatan dan perasaan ini?

Sunday, July 29, 2012

Insan zaman akan datang

Insan zaman akan datang? Ape bende tu?
Bagi aku...aku takrifkan sebagai seseorang yang aku tinggalkan atau seseorang yang meninggalkan aku sekarang tetapi  telah aku yakini bahawa disuatu masa dan disuatu zaman nanti akan aku ketemu kembali. Sewaktu pertemuan itu, aku masih diri aku yang sama, cuma dia adalah orang yang berbeza.

Mungkin dimasa kini ada berlaku kesilapan dan ketentuan terpisah antara dua insan, tetapi apabila aku jangkakan suatu masa nanti (mungkin setahun, 5 tahun atau 10 tahun dari sekarang) aku dan dia akan bertemu lagi dengan segala yang berbeza.

Telah aku janjikan padanya bahawa aku akan ketemu dia semula pada saat dia berjaya, dan ketika pertemuan itu segalanya telah berubah sama sekali, cara yang berbeza, keadaan yang berbeza, nasib dan jalan hidup yang berbeza. Cuma hanya ditentukan takdir untuk bertemu kembali dan menyambung semula kisah yang pernah terhenti dek kerana satu perpisahan. 

#Mungkinkah ia akan terjadi?

Saturday, June 9, 2012

Sehari dalam 8.6.12


Okeh, mudah cerita semalam adalah ulangtahun  kelahiran aku yg ke 21 tahun. Hehe, tak sangka aku masih kanak-kanak. Dan aku masih muda dari kawan-kawan aku yg dah 21 tahun tu jugak. So, menjelang pukul 12.00 malam, banyak jugak wish besday yg aku dapat dari kawan-kawan. Dan secara statistikal nya jumlah peminat yang menghantar wish tersebut adalah:


123 peminat dari laman facebook (termasuk juga peminat yg pemalas menumpang post org lain)
Lebih dari 10 orang yg wish secara terbuka face-to-face (termasuklah org yg dengar member lain sebut hepi besday Shomei, dia pun nak jugak err...err hepi besday Shomei...nak bagi kaki je kat bibir tuh..)
Lebih dari 10 juga peminat yg wish melalui sistem pesanan ringkas (SMS) (termasuk juga yang lambat sehari pun baru nak wish...kepala hotak ko!)
Hanya tak sampai 5 hadiah yang aku dapat (termasuklah hadiah yg gila-gila)

Jadi ulasan sepanjang satu hari ber-besday ni adalah seperti berikut:

Mencari semangat dan jati diri, so aku pegi program khas dari Course Club aku

Sesi fotografi bersama penceramah, Koordinator CS223, Ketua Pusat Pengajian Sistem Maklumat dan semua peserta yang menghadiri program Ai Talk: Tomorrow Is Now Today (How To Survive)

Sesi Malam adalah sesi melepak ke Setia City Mall, Setia Alam, mall ni baru lagi bukak...saiz dia besar lebih kurang besar macam Midvally, KL.

Pekena Sushi King besday kali ni, terima kasih kepada main sponsor iaitu Abang Tarmizi Salim untuk Sushi ni, Actually  dia pektikel kat HQ Sushi King, so dia dapat voucher makan sushi dari kompeni dia.


Makan Sushi dengan si gedik Afif Bee, kesian dia tak pernah makan sushi. Plus dia first time makan wasabi, tak tahan rasa tengok dia meluap-luap masa tuh....haha

Ermm, testing camera jap. Melihat struktur dalam Setia City Mall. Cantik jugak la bangunan mall ni. Baru gitu!

Masa malam tu ade pertunjukan air pancut, lawa sangat!

Hadiah gila-gila simpanan masa pegi fakulti petang semalam. Tiket bas Rapid KL pun jadilah..kenangan la katakan.

Sunday, June 3, 2012

Jun: Ambang Perjuangan

Berada di atas pertengahan garis masa untuk sampai ke penghujung satu tahun.
Kisah lama telah berlalu, kisah lama menjadi ingatan & kenangan.
Ia tiba kini, ia berlaku kini, demi mencapai kisah yang akan datang.
Jun, bulan ini aku dilahirkan...bulan yang berada ditengah perhentian.

Tekanan ia datang, menghasut minda.
Kebimbangan ia datang, menggoyahkan jiwa.
Ketakutan ia datang, mengerakkan jasad & sendi-sendi.
Perjuangan ia datang, menyiapkan keinginan melawan halangan.
Percintaan ia datang, malangnya ia ber-drama dalam minda, jiwa, jasad & keinginan.

Bukan mudah menerima keadaan, 
Bukan mudah berada dalam keadaan.
Tapi yang membuatkan kita kuat bila dalam keredhaan.

Perjuangan kali ini datang lagi, menaikkan seru di hati.
Menghitung perangkaan masa akan datang.
Disitu kita pantas menyudahkan apa yang masih tertinggal.
Dunia ini tempat kita menjalankan ujikaji.
Nanti di akhirat adalah tempat melaporkan segala yang terjadi.

Ia datang meniupkan sedikit kebimbangan.
Kerana ia minda mula bergerak kerja lebih pantas dari yang biasa.
Segalanya berlaku dalam satu jangka masa yang tak kurang dari 0.001 saat. 
Kesedaran mula meninggi tatkala melihatkan diri yang "not on the track".

Wahai diri,
Berusahalah, peperiksaan kian tiba tak lama lagi.
Percepatkanlah, segala kerja projek yang masih meninggi.
Aturlah, gerak kerja antara ulangkaji dan masa beraktiviti.
Tenangkanlah, jiwa dan perasaan yang dihambat kebimbanganmu nanti.
Kerana dirimu sendiri penentu keinginan dihati.

Saturday, May 19, 2012

Basic Probability: P(A&B&C)

Dalam mood aku tengah buat past year question Januari 2012, terdetik kat hati aku tentang satu perkara. Yup, pemilikan kisah diri sendiri. Arghh...rumit la pulak tajuk. So aku gunakanlah beberapa istilah probability by evidence. Ya, bagus..ia membuahkan hasil. Maka terhasillah rentetan kisah antara segala yang ada. Segala kisah kembali menjengah fikiran dan ingatan. Aku teringat ketika dulu aku menghadapi saat sukar dalam menentukan jalan hidup aku. Dimana aku telah bertindak luar dugaan, gara-gara ikutkan nafsu dan hasutan, aku kacau bilaukan keadaan. Keadaan diri aku sendiri dan diri orang lain. Tak pernah terlintas pun dalam hati aku nak berbuat begitu. Sekarang aku faham apa itu pemilikan hak individu, hak bersama dan hak perkongsian. Aku tak boleh mengatur hidup orang sebagaimana aku reka jalan cerita aku. Kelak semua itu memakan diri. Contoh yang aku sendiri terapkan kat sini: (maaflah, just pakai paint je...itu je gaya budak kecik yang mampu)

Venn Diagram of 3 set of probability

P/S: Aku mahu kembali bercinta. Mampukah?

Wednesday, April 11, 2012

Me & Fresh Flowers

Fresh Flowers?
Amboi...suka mengalahkan orang pompuan...(mak aku suka cakap cam tu)
Tapi dah memang aku suka...cantik, hiasan yang paling simple but nice...
Hurmm, teringat lak kat Seth <--- boyfriend aku dalam drama Nora Elena (muntah hijau)
Dia kan suka bagi isteri dia fresh flowers..
Tapi kalau nak bagi setiap masa/setiap hari, kopak la dompet!
Bulan 3 dulu aku pergi Cameron Highlands beli sejambak kecil bunga...
Tapi turun je dari sana abes mati semua bunga aku...
Sedih betul...sorry sayang, I tak jaga Uolls dengan baik...

Disinilah bunga-bunga cinta I letak...

Gambar yang ini masa pergi Cameron Highlands
Thanks mybro Remy sudi bawa balik  fresh flowers ni, suka yawww!!!


Friday, April 6, 2012

Forever Alone (9Gag)

Tak pernah rasa sekosong ini...
Seperti karakter 9Gag: Forever Alone!
Haha, forever alone tu selalunya digunakan kepada mereka yg tak de sape2 nak...
Tapi aku dapat title forever alone bila tak de sape yang ingat kat aku...

Minggu ni rasa cukup2 keseorangan...
Kalau dulu mungkin boleh nak riuh rendah...
Tapi kali ni rasa macam tak ada apa-apa yang menaikkan semangat...
Semuanya suram dan penuh dengan dendangan kehampaan...
Mana pergi kegembiraan yang terukir pada hati kita dulu?


Duduk bilik sorang lagi lah macam dalam lokap...
Terkurung kat situ tanpa apa-apa...
Nak harapkan Facebook? Maaflah...Facebook pun macam celaka!
Langsung tak menyeronokkan...sebab tu aku tak kesah tak on9 lama2...
Tapi aku perlukan teman, kawan untuk aku ketawa...
Kenapa nak biarkan mulut aku ni ber-zip je?



Ishhh, sumpah aku bosan...
Kosong, Keseorangan & Kesunyian...

Saturday, March 3, 2012

Mudah Tabur Janji

Entri seterusnya atas insiden yang makin banyak terjadi...
Tema untuk kali ini ialah tentang JANJI.
JANJI = Jenis Angkara Nak Jauhi Insiden...
Sama seperti lagu Akim-Janji...berkisarkan Cinta...
Tapi kali ini lebih kepada jalan kehidupan...
Orang selalu sebut "Tabur Janji"
Nak Tabur Janji tak sama dengan Tabur Dedak kasi ayam makan ye...

Dulu aku pernah berjanji nak laksanakan sesuatu...
Kemudian aku lengahkan...dan akhirnya lupa janji...
Dulu aku pernah berjanji nak cagarkan sesuatu...
Kemudian aku elakkan...dan akhirnya hilang janji...
Mudahkan nak buat janji?

Dulu juga aku pernah dijanjikan cinta & kasih sayang...
Janjinya nak bersama dengan aku...
Malangnya janji itu tinggal kata...
Setelah dia mendapat kekasih lain...janji aku itu ditukar ganti...
Janji dalam bercinta memang berbahaya...
Kerana perasaan kita akan jatuh dalam kata-katanya...

Buat Bestfriend CS223 kelas aku...
Aku minta maaf dengan janji aku beberapa bulan dulu...
Akhirnya aku tak dapat laksanakan...
Aku hanya meminta ditangguhkan perlaksanaan janji itu...
Rasa serba salah dan sedih dengan perangai aku sendiri...

Tabur janji ini juga adalah satu sifat aku...
Dah banyak sangat aku taburkan...kini dah berlonggok taburan itu...
Akhirnya longgkan itu menenggelamkan aku...
Lemas aku dalam munafik diri...
Akhirnya memakan hati ~