Sunday, June 3, 2012

Jun: Ambang Perjuangan

Berada di atas pertengahan garis masa untuk sampai ke penghujung satu tahun.
Kisah lama telah berlalu, kisah lama menjadi ingatan & kenangan.
Ia tiba kini, ia berlaku kini, demi mencapai kisah yang akan datang.
Jun, bulan ini aku dilahirkan...bulan yang berada ditengah perhentian.

Tekanan ia datang, menghasut minda.
Kebimbangan ia datang, menggoyahkan jiwa.
Ketakutan ia datang, mengerakkan jasad & sendi-sendi.
Perjuangan ia datang, menyiapkan keinginan melawan halangan.
Percintaan ia datang, malangnya ia ber-drama dalam minda, jiwa, jasad & keinginan.

Bukan mudah menerima keadaan, 
Bukan mudah berada dalam keadaan.
Tapi yang membuatkan kita kuat bila dalam keredhaan.

Perjuangan kali ini datang lagi, menaikkan seru di hati.
Menghitung perangkaan masa akan datang.
Disitu kita pantas menyudahkan apa yang masih tertinggal.
Dunia ini tempat kita menjalankan ujikaji.
Nanti di akhirat adalah tempat melaporkan segala yang terjadi.

Ia datang meniupkan sedikit kebimbangan.
Kerana ia minda mula bergerak kerja lebih pantas dari yang biasa.
Segalanya berlaku dalam satu jangka masa yang tak kurang dari 0.001 saat. 
Kesedaran mula meninggi tatkala melihatkan diri yang "not on the track".

Wahai diri,
Berusahalah, peperiksaan kian tiba tak lama lagi.
Percepatkanlah, segala kerja projek yang masih meninggi.
Aturlah, gerak kerja antara ulangkaji dan masa beraktiviti.
Tenangkanlah, jiwa dan perasaan yang dihambat kebimbanganmu nanti.
Kerana dirimu sendiri penentu keinginan dihati.

No comments:

Post a Comment