Aku dah tahun akhir sekarang. Tak sangka dah nak habis juga pengajian aku walaupun belum lagi latihan industri. Tapi LI tu sebagai platform untuk pelajar LI terus bekerja dengan mana-mana syarikat selepas tamat LI tu nanti. Ada kisah yang tersentuh dihati aku bila sebut senior ni. Pernah juga dulu nak merasa apa agaknya jadi senior. Siapa yang akan pandang kita nanti?
Dulu aku hanya duduk dibawah saja, memandang gelagat dan tingkah laku mereka-mereka yang bergelar senior ni. Ada yang menghiburkan dan ada yang menjelikkan. Dan yang paling penting pada kami ketika itu adalah tidak menyukai senior-senior yang cuba berlagak otai/retis/diva/taiko/mando dan sebagainya. Kita ni hanyalah bahan mereka untuk dibuli dan diketawakan. Tapi aku tak peduli semua tu. Aku jenis yang tak tau malu. Aku anggap sajalah mereka tu kawan-kawan aku, cuma berbeza umur. Ingat lagi kenangan mula-mula jadi junior di fakulti aku, ketika itu mesyuarat kelab diadakan dan senior-senior meminta kami junior-junior ni memperkenalkan diri dan beri sebab kenapa memilih kursus yang aku belajar sekarang ni (CS223).
Bermula dengan "Assalamualaikum dan selamat sejahtera" suasana jadi senyap sunyi.
"Nama saya Megat Ridwan bin Megat Adnan boleh panggil saya Megat". Ahli mesyuarat dari pelbagai semester mula jadi macam pasar tani. Mungkinkah nama aku pelik? Takkan kot.
Kemudian ada seorang kakak senior ini bertanya "kenapa nama kamu Megat?". Arghh, itu soalan yang merimaskan disetiap hidup aku. Panjang ooo nak cerita salasilah keluarga ni. Time ini lah ko nak tanya aku.
Tapi aku ada jawapan mudah "sebab keturunan saya dari keluarga DiRaja Perak. Nenek saya kerabat DiRaja tetapi berkahwin dengan orang biasa turunlah keturunan menjadi Megat & Puteri." Berat nafas aku keluar lepas tu. Mereka yang lain macam terpegun dengar penjelasan aku. Tapi aku rasa macam mereka ni sengaja nak 'bahan' aku.
Aku sambung lagi "Saya berasal dari Sungai Buloh, Selangor." Datang lagi soalan 'Sungai Buloh tu kat mana?' Terpaksalah aku jawab lagi. Mereka ni macam jakun pulak tak pernah tengok orang ke?
"Saya dari lepasan Kolej Matrikulasi Melaka dan jurusan Sains Hayat" kelihatan seorang kakak senior ni bangun dan melambai-lambaikan tangan tanda 'sama kolej matrikulasi' tapi aku hanya balas senyum saja.
"Kenapa pilih kursus ni?" Seorang abang senior yang digelar 'Zul Stinson' tanya aku. Mati ayat aku masa tu. Nak cakap ke tak nak cakap? Terus aku "Saya tak pilih kursus ni, saya dapat. Dan kursus ni tak ada dalam 8 pilihan UPU saya". Dan aku tahu jawapan aku adalah sama saja dengan semua budak kelas aku masa tu.
Sekarang aku pula yang jadi senior. Dan baru aku teringat aku telah sedikit sebanyak 'meniru' cara & tingkah laku seperti mana senior-senior aku buat masa mereka mengadakan mesyuarat kelab, dikawasan fakulti dan apabila bertembung dengan junior-junior. Aku ketawakan junior-junior, aku layan macam hampas, mengutuk mana-mana junior yang aku rasa tak kena depan mata aku. Semua tu adalah lahir dari perasaan dan mentaliti "aku sudah senior & bergelar final year student". Ada orang kata semua ini adalah kenangan selepas tamat pengajian aku tak lama lagi. Jadi lebih baik merasa sebelum teringin untuk mengulanginya semula.
Patutkah kita meneruskan perbuatan dan perasaan ini?
No comments:
Post a Comment