Ha? siapa pulak nak kawin ni?
Yang pasti bukan aku okey..hahaha...
Ini kisah member aku yang nak kawin.
Umur sebaya 22 tahun. Dah nak kawin.
Tapi ada masalah, dilema patut kawin sekarang ke tak?
Aku memang tak pernah terfikir pasal kawin dlm hidup aku...
Tapi bila dengar cerita & melihat situasi, indahnya perkahwinan...
(I meant...persiapan perkahwinan...bukan setelah kawin)
Tak dapat aku bayangkan member aku tengah kawin apatah lagi dah kawin...
Dengan pakai baju pengantin, bersama dengan isteri dia....hahahaha... =D
Tengok member aku tu biasa2 je, tak la nampak galak sangat nak kawin...
Cuma banyak aweks2 tu biasalah, Lelaki! Dasar.......&^%$#@
Tapi untunglah muka hensem, kulit putih, keluarga berada, memikat...
(oh my Megat...kau describe dia terlalu charming...sudah! sudah!)
Dalam banyak2 aweks yang dia kenal...akhirnya yang satu itu jugalah pilihan dia.
Tahniah! Semoga berbahagialah kau dengan bakal isteri...
Tapi kata dia pula, dia dilema...keluarga dia tak galakkan dia kawin dalam usia muda.
Yelah, aku pun setuju...degree pun tak habis lagi, duit takde, keje takde, harta pun takde.
Setakat nak harapkan parents...sampai mana je boleh support.
Tapi keluarga bakal isteri dah setuju nak kawin. Mula nak persiapkan macam2 bagai.
Adoi, aku pun tak tau macam mana nak advice member aku...
Hanya cakap "persiapkanlah diri dengan agama, kewangan, pelajaran & lain2"
Wahhhh..macam pakar perundingan perkahwinan pulak kan?
Aku rasa bagi orang yg bakal bergelar Pengantin Muda ni kena banyak persiapkan diri...
Takut kecundang ditengah jalan, mula2 rancak je nak plan itu ini sbg target...
Sekali pelamin anganku musnah pulak...katanya tiada persefahaman...
Rugi je...kan masing2 dah susah. Bercerai diusia muda.
Jadi apa2 pun selamat berkahwin la memberku...
Semoga bahagia bersama dunia akhirat.
#aku tengah bayangkan member aku tu dalam mode kawin. Hahaha...
#Plus dia suruh rahsiakan perkara ni selagi dia tak bagi green light canang kat orang!
No comments:
Post a Comment