Berada
di suatu alam dimana kita tidak pernah sesekali melihat apatah lagi mengenali
ia dengan lebih dekat. Tiap kali kita mesti berharap tidak lagi berada disini
lagi kerana minda dan jiwa sentiasa memaksa diri pergi jauh dari apa yang
sedang kita alami. Tapi tidakkah kita terfikir bahawa lari dari apa yang kita
alami tidak dapat menyelesaikan satu atau pelbagai masalah? Semuanya kerana
kita tidak pernah ingin mencuba atau menyelami dan merasai apa yang berada
disitu.
Jiwa satu kuasa yang tidak kita boleh jangkakan, minda kita tidak boleh
ramalkan. Diketika kesunyian melanda diri, pelbagai suara-suara yang menyentak
diri melayari kenangan dan keindahan masa lampau yang membunuh semangat kita.
Sudah dibuang rasa, prarasa dan perasaan yang membuatkan kita teringatkan
sesuatu. Tiba-tiba ia hadir dirinya yang membuatkan kita berharap lagi padanya.
Apa lagi yang kita mahu? Tidakkah dulu kita sedia maklum akan tiada lagi kaitan
dengannya? Jiwa! Ya jiwa manusia tidak boleh ditegah. Lagi dilarang, lagi galak
permainan perasaan ini berlegar-legar diruangan fikiran. Kenapa lagi mahu
menaruh harap?
Pada semua kelebihan dan kebaikan yang dia ada. Semua itu
ternyata permainan, ia menambahkan kuatnya rasa dan daya untuk memilih dia
walaupun ternyata dia bukan untuk kita. Bukan untuk kita fikirkan lagi. Dia
ternyata akan terus pergi dan berbahagia dengan hidupnya, dan kita yang masih
lagi dengan angan-angan permainan jiwa akan kekal seperti orang yang sentiasa
berlari-lari mengejar bayangan yang kita tidak boleh dapat. Pernahkah kita
fikir, adakah dia mengalami keadaan yang sama dengan kita?
No comments:
Post a Comment