Cepat masa berlalu. Sedar tak sedar dah nak penghujung tahun 2011. Lepas ni akan berganjak ke tahun yang seterusnya. Insyaallah. Terima kasih November sebab beri aku saat yang membahagiakan setelah penat setiap air mata aku mengalir. Bukan aku salahkan mana2 diantara bulan-bulan yang lain, cuma bulan lepas bebetul menguji perasaan aku. Jujur aku kalah besar masa tu. Perasaan aku memang kacau bilau dengan segala masalah yang menghampiri.
Aku sudah memperoleh hidup aku semula. Ketawa dan gelak tawa aku mula terukir mesra. Alangkah terharunya aku dibuatnya kerana diri aku sendiri berjaya melawan kedukaan yang pernah dulu meragut kebahagiaan aku. Setelah pelbagai masalah yang tiba dulu aku cuba atasi secara lebih rasional, aku rasa satu demi persatu hidup aku dikembalikan kepada keadaan asal. Bersyukur sangat.
Harapan aku kali ni supaya aku dapat lebih tabah menghadapi dugaan dan ujian, usah difikirkan kisah lampau dan kesilapan lama yang menghurung perasaan dan ingatan aku. Aku mahu menjadi orang yg dapat membahagiakan diri sendiri juga membahagiakan orang lain.
megat..bln 12 beday ak..jgn lpe..ak nk adiah..haha~afi~
ReplyDeleteyeke? insyaallah...klu ade rezeki adalah ye sayangku afi~~tak macam fyza, dia tipu besday dia, then megat beli hadiah...bila dpt tau tarikh tu bukan besday dia...megat terus buang hadiah tu...
ReplyDeleteafi x tpu trikh beday la megat..27 dec 91..sila ingt ya..haha
ReplyDelete