Monday, September 24, 2012

Bila kita dah jadi Senior.

Aku dah tahun akhir sekarang. Tak sangka dah nak habis juga pengajian aku walaupun belum lagi latihan industri. Tapi LI tu sebagai platform untuk pelajar LI terus bekerja dengan mana-mana syarikat selepas tamat LI tu nanti. Ada kisah yang tersentuh dihati aku bila sebut senior ni. Pernah juga dulu nak merasa apa agaknya jadi senior. Siapa yang akan pandang kita nanti? 

Dulu aku hanya duduk dibawah saja, memandang gelagat dan tingkah laku mereka-mereka yang bergelar senior ni. Ada yang menghiburkan dan ada yang menjelikkan. Dan yang paling penting pada kami ketika itu adalah tidak menyukai senior-senior yang cuba berlagak otai/retis/diva/taiko/mando dan sebagainya. Kita ni hanyalah bahan mereka untuk dibuli dan diketawakan. Tapi aku tak peduli semua tu. Aku jenis yang tak tau malu. Aku anggap sajalah mereka tu kawan-kawan aku, cuma berbeza umur. Ingat lagi kenangan mula-mula jadi junior di fakulti aku, ketika itu mesyuarat kelab diadakan dan senior-senior meminta kami junior-junior ni memperkenalkan diri dan beri sebab kenapa memilih kursus yang aku belajar sekarang ni (CS223). 

Bermula dengan "Assalamualaikum dan selamat sejahtera" suasana jadi senyap sunyi. 
"Nama saya Megat Ridwan bin Megat Adnan boleh panggil saya Megat". Ahli mesyuarat dari pelbagai semester mula jadi macam pasar tani. Mungkinkah nama aku pelik? Takkan kot. 
Kemudian ada seorang kakak senior ini bertanya "kenapa nama kamu Megat?". Arghh, itu soalan yang merimaskan disetiap hidup aku. Panjang ooo nak cerita salasilah keluarga ni. Time ini lah ko nak tanya aku.
Tapi aku ada jawapan mudah "sebab keturunan saya dari keluarga DiRaja Perak. Nenek saya kerabat DiRaja tetapi berkahwin dengan orang biasa turunlah keturunan menjadi Megat & Puteri." Berat nafas aku keluar lepas tu. Mereka yang lain macam terpegun dengar penjelasan aku. Tapi aku rasa macam mereka ni sengaja nak 'bahan' aku. 

Aku sambung lagi "Saya berasal dari Sungai Buloh, Selangor." Datang lagi soalan 'Sungai Buloh tu kat mana?' Terpaksalah aku jawab lagi. Mereka ni macam jakun pulak tak pernah tengok orang ke?
"Saya dari lepasan Kolej Matrikulasi Melaka dan jurusan Sains Hayat" kelihatan seorang kakak senior ni bangun dan melambai-lambaikan tangan tanda 'sama kolej matrikulasi' tapi aku hanya balas senyum saja. 
"Kenapa pilih kursus ni?" Seorang abang senior yang digelar 'Zul Stinson' tanya aku. Mati ayat aku masa tu. Nak cakap ke tak nak cakap? Terus aku "Saya tak pilih kursus ni, saya dapat. Dan kursus ni tak ada dalam 8 pilihan UPU saya". Dan aku tahu jawapan aku adalah sama saja dengan semua budak kelas aku masa tu.

Sekarang aku pula yang jadi senior. Dan baru aku teringat aku telah sedikit sebanyak 'meniru' cara & tingkah laku seperti mana senior-senior aku buat masa mereka mengadakan mesyuarat kelab, dikawasan fakulti dan apabila bertembung dengan junior-junior. Aku ketawakan junior-junior, aku layan macam hampas, mengutuk mana-mana junior yang aku rasa tak kena depan mata aku. Semua tu adalah lahir dari perasaan dan mentaliti "aku sudah senior & bergelar final year student". Ada orang kata semua ini adalah kenangan selepas tamat pengajian aku tak lama lagi. Jadi lebih baik merasa sebelum teringin untuk mengulanginya semula. 

Patutkah kita meneruskan perbuatan dan perasaan ini?

Saturday, September 22, 2012

Padah!

Dah lama kan aku tak post apa2 entri sejak Ogos dulu?
Maaf aku tak de cerita nak cerita. 
Tapi sekarang ni ade cerita...aku bergaduh!
First of all...aku nak minta maaf dulu kat bestfriend aku sebab aku dah pukul belasah dia...
Bukan apa...aku pun tak sangka aku ada tindakan macam tu. Luar dugaan betul!
Kami berdua ada masalah yang tak dapat diklasifikasikan...tetiba masing2 naik angin..
Anti sesama sendiri...tapi yang memang terkesan adalah aku...
Punyalah bergaduh aku dengan dia kat Facebook & Twitter...akhirnya padah!!!

Aku dah tak boleh tahan sakit hati & marah lagi...
Dan aku terus pegi cari orang yang aku marah tu...
Aku rempuh masuk bilik dia...dan mengamuk kat situ jugak...aku tolak2 dia...
Suara aku memang kuat masa tu...satu blok kolej PRD (bukan nama sebenar) tengok...
Tapi aku tak sangka tolakan aku dibalas balik..dia hunjam aku kuat2...memang tergolek2 aku jadinya!
Aku lawan balik...dan aku tak perasan yang aku dah angkat almari rak buku humban atas dia!
Dia melawan balik...aku tampar2 muka dia...dia dah terduduk cuba hentikan segala amarah tu...
Tapi aku masih lagi dalam amarah api yang masih menyala...

Tiba-tiba dia menjerit..dia kata aku dah injured-kan dia sampai berdarah...
Mula2 aku cuak gak...yelah dah buat member berdarah bagai...
Kemudian kawan member dia yang tengok tu cakap darah kat tangan aku menitik2...
Seyes aku pun tak tau macam mana tangan aku boleh berdarah banyak pulak tu...
Habis bantal, lantai, seluar aku dengan tangan member aku tu berdarah...
Oh my...period time! (Hahaha...gurau jew)
Kemudian...dia mula menangis dan aku nampak dia memang dalam trauma & ketakutan...
Mungkin pergaduhan kami boleh jadi kes polis/mahkamah (kalau ade yg mulut capoi & busybody)...

Tengok member nangis...aku pun menangis jugak...
Slow-slow aku minta dia explain apa yang dia tak puas hati kat aku...
Aku pun terus datang kat dia aku peluk & tenangkan segala amarah yang menyala dihati masing2...
Aku sedar semua tu salah aku...aku yang ambil jalan kekasaran macam ni...
Jelas kat wajah dia takut dan trauma dengan insiden macam ni...melibatkan kawan sendiri...
Terus aku minta maaf berkali-kali kat dia...aku sapu-sapu belakang dia, minta dia tenang...
Kadang-kadang aku fikir aku sendiri yang perlu turunkan semula api syaitan tu....

Semua insiden ni aku yang mulakan...hanya kerana hasutan dan termakan dari kata-kata orang...
Aku pukul & belasah orang...aku yang injured! 
Jadi aku bertanggungjawab atas semua yang aku lakukan...
Hasil dari pergaduhan ni adalah: 
1. Bergaduh demi mencari persefahaman & berbincang (walaupun cara bertumbuk ala-ala pelakon drama lelaki terbaik
2. Mengajar kita berwaspada...akan wujudnya sikap luar biasa kawan yang tidak pernah kita jangkakan. 
3. Boleh menambahkan hubungan erat sesama kawan bila pergaduhan itu mengajar 'gaduh tanda sayang'. 
4. Saling memaafkan dan bertanggungjawab. 
5. Mengajar berkawan cara 'lelaki'. 
6. Meninggalkan kesan terhadap perasaan dan terutama sekali fizikal bila dah lebam & berdarah sana sini. 
7. Peluang untuk berkawan semula dengan cara yg lebih terbaik.

Jadi lepas tu kami berbaik...dia tengok-tengokkan aku yang injured tadi. 

p/s: Kepada BFF aku tu...aku minta maaf sebab berkasar & tak rasional dalam menyelesaikan masalah. Mungkin kalau kita berdua diamkan saja masalah yang dah makan 2 minggu berlanjutan tu, tak mungkin kita akan memahami satu sama lain dengan lebih baik lagi sebagai sahabat selamanya. Apa2 pun, walaupun aku injured teruk...biarlah luka ditubuh ini...jangan luka dihati lagi. Maafkan aku Saudara Muhammad 'Afif Khalin. Aku sayang kau.