Aku lepaskan kau pergi. Kau berehat & berusaha mencari ubatnya.
Kau cukup baik padaku kerana tidak mengenakan sebarang bayaran.
Tapi aku tak sanggup...tak sanggup menerima berita yg kau mungkin Amnesia!
Dulu aku jaga kau dengan penuh kasih sayang. Aku simpan kau dalam casing.
Masa dapat kau dulu aku simpan kau baik2. Nak pegang pun lemah lembut.
Dikala aku bosan aku cari kau, aku bawa kau merata untuk penuhkan isi kau.
Tapi hanya dalam masa 2 hari kau dibawah penjagaan orang lain...
Kau mendapat serangan penyakit, tubuhmu tidak seimbang..berbunyi pulak tu.
Kena serangan virus ke? Jatuh & retak kat mana2 ke? Konspirasi dibunuh ke?
Tidak! Kau hanya elok saja pada masa itu. Penjagamu juga tidak tahu apa salahnya.
Dan kemudian kau dibawa berjumpa doktor yang pakar.
Aku tunggu sahaja apa keputusannya. Aku tidak mengerti apa-apa.
Akhirnya kau ditahan di wad kecemasan selama 3 minggu. Rawatan intensif mungkin.
Kau mungkin boleh bercahaya hijau dan kembali seperti dahulu...cuma~
Kau mungkin akan mengalami AMNESIA selepas rawatan itu.
Kau akan hilang segala memori indah bersama & segala ingatan kau padaku pergi.
Tiada apa yang ada pada ingatan kau ketika itu nanti.
Tekanan tak perasaan aku?
Aku dapat menyentuh kau lagi tapi kau tidak pernah kenal aku?
Buffalo: Baru 3 bulan bersama kau sakit. Kini kau akan kembali tanpa ingatan lagi bersamaku |
p/s: aku rasa macam nak nanges...tapi tak keluar air mata. Macam mana tu?
No comments:
Post a Comment