Monday, December 1, 2014

Jangan Pendam Masalah

Bila kau sakit seorang,
Bila kau penat seorang, 
Bila kau tak puas hati seorang, 
Bila hanya kau seorang,
Kau simpan saja dalam hati, memikirkan ia akan lenyap esok lusa,
Kau anggap orang lain semua jauh dari kau, kerana mereka tiada naluri ingin merasa, 
Kau fikir kau seorang saja yang berkorban, tersungkur tanpa ada yang menyedarinya,

Kau mula memberontak, 
Kau lakukan, kau katakan, kau sindirkan,
Bahawa orang lain punca masalah hidup kau,
Dari segala yang cerah kau gelapkan,
Dan kau rekakan suasana kacau bilau yang kau tersiksa, dan orang lain bercengkerama.

Kemudian muncul ia yang menyelami isi hati kau,
Bertanya, membantu, meminta dan sarankan agar kau waras dan tiada rasa amarah,
Dia cuba memberitahu hidup kau sentiasa indah, buka semua tirai kelabu, 
Buang semua ketidakmahuanmu, Singkirkan semua gundah gulana dan adu domba, 
Kau masih anggap ia cuba merosakkan minda kau, 
Kau masih anggap ia mengganggu gugat rasa dan hati kau, 
Kau masih anggap kemunculan ia sekadar menjadi raja dalam hati orang.

Dimana lagi penyelesaiannya?
Bertimpa-timpa kepedulian ia cuba untuk membuang penafian,
Berusaha dia membantu, merendahkan ego dan berdiri sama denganmu,
Tapi kau? 
Kau masih dengan penafian dan keraguanmu,
Kau tolak dan kau tetap dengan raja hatimu kau tidak mahu dan tidak perlu,
Sedangkan ada yang mula menerima kehadiranmu. 

Ternyata salah!
Tanggapan kau salah, kau yang tidak beri peluang kepada semua yang hadir,
Ada tangan yang masih menghulur, ada jiwa yang masih bersedia berkongsi ruang,
Sayangnya kau menidakkan dan 
kau pulangkan paku buah keras yang ternyata mereka yang bersalah.

Sayangnya...

Wednesday, November 19, 2014

3 Defini zahir sama, lahiriah berbeza

Suka          Sayang          Cinta

Zahir pada pandangan sama, 
Lahiriah pada rasa dan definisi hati berbeza.

Definisikan.

Monday, November 17, 2014

Bukan Mudah Melupakan

Remy kata semalam lupakanlah kisah lama yang berkaitan dengan orang itu.

"Apabila dia tidak lagi mempunyai minat ingin mengingati diri kita lagi, buat apa diingatkan pada orang yang tidak pernah sekali pun peduli tentang kita?"

Kata-kata Remy macam mudah saja. Seolah-olah dia mampu buat seperti mana yang dia katakan tu. Tahukah dia sampai sekarang aku terkesan dengan kisah dulu yang masih utuh dalam fikiran aku ni. Bukan aku ni tak nak 'move on', aku sentiasa 'move on' dan lalui hidup aku yang sebenar tanpa aku peduli lagi kisah lampau yang masih bersisa dalam fikiran aku ni.

Cuma, kadang-kadang aku terimbas kembali. Kadang-kadang ada perkara yang membuatkan aku mengingatkan dia, merindui saat-saat manis bersama dia. Tentu sekali aku akan mengheret fikiran dan jiwa aku untuk terus mengingati dia. Melupakan bukan mudah, mengingati itu yang mudah. Jangan ditipu pada hati yang sedia ada, menipu pada fikiran itu mampu tapi tidak pada hati. Tidak!

Sekarang aku rasa aku sudah cukup matang untuk mengatasi rasa seperti ingin tidak 'move on' ini, aku mengambil jalan yang aku rasakan aku tidak terikat dengan apa-apa, aku bebas memilih apa yang aku rasakan aku ingin jadi apa yang aku mahu, semua ini kelihatan kuat dan tabah bukan? Jauh dari sudut hati ini, aku masih lagi menyimpan beberapa cerita kisah kita yang dulu aku rasakan sayang hendak dibuang begitu saja. Aku .... aku masih menanti dan ....

Sunday, July 20, 2014

Yey... Dapat Sambung Master!

Alhamdulillah, dapat jugak sambung master. 
Malas nak cerita panjang. Excited sampai jari pun malas nak menaip di papan kekunci. 
Nah, I tunjukkan uolls surat tawaran I. 


Sunday, June 8, 2014

Happy 23th Birthday Mag Jr Shomei!

Selamat hari lahir yang ke 23th Mag Jr Shomei. Dalam keseronokan melayari ucapan-ucapan yang rakan-rakan aku ucapkan di Facebook, Twitter, Whatsapp dan WeChat ada satu ucapan dan komen hari lahir aku yang buat aku rasa tidak senang duduk. Kenapa dia? Kenapa dia perlu datang waktu ni? Ya, memang benar aku rindukan dia, berharap dia berikan ucapan hari lahir yang istimewa. Tapi dalam fikiran aku, aku memang sedia tahu dia takkan sekali ingat dan ucapkan kepada aku. Dia...seperti yang aku agakkan. Dia tak pernah endah diri aku sejak dia tamat belajar. Tapi, hari ini dia muncul dengan satu komen pasal gambar aku dgn dia 2 tahun dulu. Aku pun tak tau kenapa dia komen tanpa sebab. Kalau ikutkan aku, kalau dia komen gambar lama maknanya dia stalk gambar2 kat FB aku. Adakah itu maknanya dia rindu aku sampai nak stalk FB aku? Kemudian, dia berikan ucapan hari lahir buat aku. Ucapan dia tu ada menyatakan supaya aku tak lagi menangis memandangkan aku dah berusia. Apa maknanya itu? Adakah dia tahu selama ni aku selalu bersedih? tahukah dia sedih aku disebabkan apa? Dia tak tahu banyak tentang aku dan semua yang aku lalui selama dia pergi jauh dari hidup aku. Dia seolah-olah seronok melayari hari dia tanpa peduli siapa aku selama ni. Sedih aku mengenangkan tindakan dia yang dia buat kat aku. Sehinggalah aku berhasrat untuk melupakan dan membuang dia dari ingatan dan hidup aku. Aku perlu move on supaya aku tidak terlalu ingatkan dan rindukan dia dalam hari-hari aku. Tapi apabila dia muncul semua, hari aku berbisik kembali yang dia masih hidup dalam hati aku, dan ini membuatkan aku kembali mencintai dia yang aku sendiri tahu tiada guna mencintai orang yang tidak mencintai aku. Entahlah pusing aku jadinya, fikiran aku tak menentu jadinya. Kau buat aku jatuh hati pada kau semula.

Thursday, January 16, 2014

Kita fikirkannya, tidak dia.

Berada di suatu alam dimana kita tidak pernah sesekali melihat apatah lagi mengenali ia dengan lebih dekat. Tiap kali kita mesti berharap tidak lagi berada disini lagi kerana minda dan jiwa sentiasa memaksa diri pergi jauh dari apa yang sedang kita alami. Tapi tidakkah kita terfikir bahawa lari dari apa yang kita alami tidak dapat menyelesaikan satu atau pelbagai masalah? Semuanya kerana kita tidak pernah ingin mencuba atau menyelami dan merasai apa yang berada disitu. 

Jiwa satu kuasa yang tidak kita boleh jangkakan, minda kita tidak boleh ramalkan. Diketika kesunyian melanda diri, pelbagai suara-suara yang menyentak diri melayari kenangan dan keindahan masa lampau yang membunuh semangat kita. Sudah dibuang rasa, prarasa dan perasaan yang membuatkan kita teringatkan sesuatu. Tiba-tiba ia hadir dirinya yang membuatkan kita berharap lagi padanya. Apa lagi yang kita mahu? Tidakkah dulu kita sedia maklum akan tiada lagi kaitan dengannya? Jiwa! Ya jiwa manusia tidak boleh ditegah. Lagi dilarang, lagi galak permainan perasaan ini berlegar-legar diruangan fikiran. Kenapa lagi mahu menaruh harap? 

Pada semua kelebihan dan kebaikan yang dia ada. Semua itu ternyata permainan, ia menambahkan kuatnya rasa dan daya untuk memilih dia walaupun ternyata dia bukan untuk kita. Bukan untuk kita fikirkan lagi. Dia ternyata akan terus pergi dan berbahagia dengan hidupnya, dan kita yang masih lagi dengan angan-angan permainan jiwa akan kekal seperti orang yang sentiasa berlari-lari mengejar bayangan yang kita tidak boleh dapat. Pernahkah kita fikir, adakah dia mengalami keadaan yang sama dengan kita?