Tuesday, February 24, 2015

#IGNORANCE

Rasa aku,
IGNORANCE bagi orang lebih baik sebab tak pening kepada nak fikir masalah orang lain.
IGNORANCE bagi orang lebih baik sebab tak termasuk dalam masalah orang lain.
IGNORANCE bagi orang lebih baik sebab tak serabut tentang orang dengan tentang kita. 
IGNORANCE "hal aku hal kau, aku tak kacau kau, kau tak kacau aku. Settle!" 
IGNORANCE bagi orang lebih baik sebab dapat mengelakkan orang ganggu kita. 

Rasa aku,
IGNORANCE memang tak boleh dijadikan terma dalam tema Friendship.
IGNORANCE menjadikan kau biarkan orang lain susah tanpa kau bantu.
IGNORANCE membuatkan kata-kata orang jadi terhenti kerana kau tidak mahu tahu.
IGNORANCE adalah sikap membuatkan kau penting diri kau saja orang lain tidak perlu.
IGNORANCE bagi kau adalah jalan mudah untuk lari dari masalah orang lain.
IGNORANCE yang berterusan membuatkan kau judge orang lain pembikin masalah.
IGNORANCE yang kau rasa cukup menyelamatkan kau dari drama dunia. 
IGNORANCE tidak lagi menjadikan kau seseorang untuk dijadikan tempat mengadu.
IGNORANCE kepada orang lain membuatkan kau melukakan perasaan orang ketika dia cuba meluahkan perasaan sedihnya. Kerana IGNORANCE adalah ego. 

Maka apa yang aku rasa IGNORANCE itu sedikit tapi... 
IGNORANCE itu muncul lebih banyak terhadap si pelaku berdasarkan apa yang aku nampak.
Aku tak berhak mengadili IGNORANCE itu sebagai salah atau perbuatan yang salah.
Tetapi aku nilai setelah berkali-kali ia diulang tayang dihadapan mata aku.
Ia terus naik ke fikiran aku.  

Tuesday, February 17, 2015

Hanya Sebuah Judgmental Luka

Aku terangkan diri aku, tapi kau tetap juga jugde.
Dulu lagi aku dah tahu bila-bila masa kau akan jugde aku.
Sebab kau tak pernah rasa pun kepentingan aku dalam hidup kau.
Aku benci diri 'dia' yang berpura-pura dan bersikap megah judge orang lain,
Kini kau juga ikut bersama seperti dia dan jadi seperti dia.

Aku tak mahu sekalipun memburukkan dirimu tapi buruk aku semua kau nampak,
Kau dibelakangku berbeza dan kau didepanku juga berbeza.
Perbezaan itu aku saja yang rasa, aku saja yang tahu.
Tapi kau? You dont bother, none of your business, you dont care yang kau ucapkan.
Berkali-kali perasaan aku luka, tapi aku gagahkan diri aku untuk lekas sembuh,
Cuma desakan melukakan perasaan aku lama-lama buat aku rasa bosan.
Bosan memberi peluang lagi kepada kau, kerana kau jadi orang lain!

Hakikatnya nampak saja kita sama,
Tapi sebenarnya kau mengeluarkan aku dari kelompok kau.
Aku tak pernah letakkan sesiapa merajai hati aku, cuma kamu-kalian-dan diri aku.
Kalian? Kamu? Telah letakkan nama itu dan pastinya bukan nama aku.
Hanya kerana aku berbeza, aku ini kompleks,
Aku ini separa gila kau anggap aku ini menyusahkan dan selalu bikin masalah.
Itukah diri aku yang kau gambarkan selalu difikiran kau?
Aku, pernahkah kau tanya gambaran aku tentang kau bagaimana?
Tidak...kau tidak pernah tanya. Akhirnya aku yang tiada segan silu memberitahu.
Aku beritahu apa kehendak aku, siapa diri aku, bagaimana diri aku.
Kau? Apa peranan kau selepas itu?
Tiada apa-apa, kerana kau 'dont bother, dont care, my life my own'
Itu diakah yang dinamakan friends forever?
Kini aku rasa tidak.

Sekarang semua orang menuding jari mengatakan akulah puncanya.
Sekarang semua orang mengiakan semua kekurangan yang aku ada.
Dahulunya semua ditimbus dan dihambus sekarang semua dikumpul disusun rapi.
Si 'dia' yang berpura-pura bertepuk tangan berjaya menyingkirkan segala
Dia salah satu racun, dan bila-bila masa saja menularkan racunnya kepada mereka.
Memang benar kami bertengkar, kami bergaduh dan kami mencerca sesama kami,
Telah kami fahamkan sesama kami bahawa semua itu tiada prejudis.
Tapi satu perkara yang masih belum selesai adalah judgemental.
Sikap ini dibawa oleh 'dia' yang tidak pernah menerima kondisi kami.
Kemudian sikap ini diadaptasi dalam perasaan kau, yang mungkin kau tak perasan.

Aku bagaikan penagih, apabila kau membuat onar aku larikan diri,
Apabila mereka membenci aku larikan diri kearah kau,
Bodohnya rasa membuatkan diri sendiri menjadi orang tengah yang tidak berpunya.
Dulu mungkin aku adalah keutamaan mereka, kini aku dimana-mana saja.
Tidak mungkin juga aku diletakkan jauh dari hati mereka.
Jadi aku terluka, luka yang amat.
Aku mengambil jalan untuk mententeramkan diri aku dari dibelengu masalah ini.
Jika hati aku pulih aku akan kembali,
Jika luka ini masih bersisa biarlah aku bersandiwara sendirian.