Sunday, March 27, 2011

HUJAN...HATI AKU SEPERTIMU

Nukilan: 24 Mac 2011

Hujan turun ketika ini...
Terasa dingin sehingga aku menyelimuti seluruh tubuh...
Aku masih dalam keaadaan ini...kesedihan...kehampaan...
Teringat insiden tadi...
hati yang dilukai oleh orang yang aku sendiri sayang...

salahkan?
perkataan itu yang aku sehingga kini ungkapkan dibibir...
ketika ini...suara kesedihan diiringi linangan air mata...
aku tahu semua itu sia-sia...
tapi...perasaan sayang itu yang membawa kepada kecekalan hati...
memahami tingkah lakumu...
memahami kehendakmu...
memahami gaya amarahmu...
segalanya aku cekalkan...
biarpun ia mengguris hati...

Hanya menanti pasti...
biarpun aku tahu ia tak akan terrealisasi...
selagi aku mampu bertahan...aku cuba....
sukarnya aku nak katakan aku boleh melepaskan dia....
segala kenangan dengannya aku simpan kemas...
kerana aku hargai sesuatu yang dinamakan cinta...

aku tidak tahu mengapa...
mengapa aku perlu menangis ketika ini...
sakitnya hanyalah sedikit...
sekadar hajat aku tidak kesampaian...
tetapi...airmata ini turun tiada henti...
apakah mesej yang hati aku ingin sampaikan?

saat aku melihat semula kenangan kita...
jelas disitu indah pengalaman...
kini...bila tibanya saat getir sebegini...
kau mula berubah hati...
tak mengapa...
biarkan aku disini...menelan segala sakit dihati...
aku korbankan segalanya buat kau...
jika kau juga sebegitu...

Friday, March 18, 2011

Cinta Hati Sayang Rindu

Aku melihat sekeliling
Argh...semuanya sangat menggoda jiwa
Aku mencari sesuatu yang aku idam-idamkan
Tetapi pada hakikatnya hati ini telah aku letakkan
Kepada seseorang yang aku rasakan indahnya hariku dengannya

Bukan maksud aku untuk aku katakan
Aku adalah jenis yang meminta-minta
Cuma aku hendakkan kegembiraan dalam liku hidupku
Mungkin kau akan berkata: "kau ni tak boleh nak lekat satu...mana yang kau nampak...semua nak"
Tidak! bukan itu kehendakku
Hanya aku tidak tahan kesunyian
Cukup sahajalah jika aku dapat teman yang bisa mengembalikan hilai tawaku semula
Mungkin ada benarnya terdetik dihati aku ingin pergi dari kamu
Itupun kerana kau tidak punyai masa denganku "24 jam sehari"
Aku tidak tahan berjauhan dengan kau walaupun jaraknya hanya 100KM
Maka aku mula menjernihkan pancainderaku dan aku menemui teman baru

Jujur aku rasakan kau yang terbaik
Walaupun yang baru masih berada disisiku
Inilah pembohongan bahawa aku mampu jauh dari kamu
Kata-kata tidak boleh kalah dari tindakan
Jadi, aku sombongkan diriku terhadapmu
Tapi hati didalam menangisi segala perilakuku

Aku sayangkan kau sejak kita mula saling tersenyum
Saat itu aku merasakan kau bakal mengubati luka aku yang lama
Angkara seorang insan yang merosakkan segala kepercayaan cinta
Selama aku berada denganmu
Indah segalanya, Gembira sentiasa, Ketawa juga seirama
Baharu 1 jam kita berjumpa tadi
Kini aku sudah kembali merindui
Saat selalu denganmu

Aku rasa bodoh jika kau tinggalkanku
Aku rasa tidak boleh bernafas jika kau berjauhan denganku
Aku rasa hendak mati jika kamu memarahiku
Aku rasa cemburu jika sesiapa mendekati kamu
Aku rasa gembira jika kau selalu ada untukku
Aku mahu segalanya dari kamu
Kau yang aku rindu, sayang selalu

*dia cinta hati sayang rindu musim baru*

Saturday, March 5, 2011

Satu Pembuktian bahawa dia ..........

Rumitnya hidup aku yang kian beranjak ke tahun yang ke-20! Semakin meningkat usia...semakin besarlah tanggungjawabnya...orang jenis aku tak susah nak muhasabah diri...aku just perlukan satu sudut yang kosong-senyap-sunyi-sepi kemudian aku akan mula terdiam disitu...saat tu segala jalan hidup aku akan terimbau dengan sendirinya...kisah tu umpama pita rakaman video yang ditayangkan kembali hakikat kisah yang berlaku padaku...aku boleh menilai bagaimana jalan hidup aku selama aku menjadi makhluk ciptaanNYA, adakah ia penuh dengan suka? duka? warna? cinta? sebagaimana jalan hidup yang aku selalu dambakan setiap kali aku berada diatasnya? aduhai...kenapalah aku jadi begini? hendak salahkan orang lain...oh! mereka tidak bersalah rupanya...jadi benarkah semua ini berkait rapat dengan mereka? andaian aku TERUK! permintaan aku MENGARUT! kata-kata aku MEREPEK! sikap aku cukup JELEK! ya...aku terpaksa berkata sedemikian...kerana aku perlu muhasabahkan diri aku...supaya aku tidak lagi mengulangi kesalahan yang sama...

Tiba-tiba aku teringat rakanku OPIE...wall post facebook dia: "im not perfect!" terus membuatkan aku tersentak...kerana kata-kata dia itu ada benarnya...kemudian...REMY juga ada berkata: "nobody perfect in this world!" itu juga menguatkan lagi perasaan aku bahawa tiada yang sempurna di dunia ini...tetapi...sekadar memujuk hati...OPIE telah berkata lagi: "kita sebagai manusia harus mencuba untuk yang terbaik...maka carilah jalan untuk menjadikan diri kita mampu sempurna!" kelakar...aku hendak menangis membaca wall post tu...kadang2 agak bodoh jugak la aku ni...kerana facebook pun sanggup nak menangis bagai...maaflah! saya ni SENSITIF! sesalan yang berlaku pada diri aku kini ialah menyayangi dan menyukai pada seseorang yang aku sendiri belum tahu adakah dia sebegitu? tapi...melalui kaca mata ciptaanNYA, aku tahu apa yang aku tahu...kadangkala aku rasa dia tidak adil pada aku...dia membuatkan perasaan aku mula menyayanginya...tetapi hakikatnya dia lebih bahagia bersama orang lain...aku minta maaf S sebab aku dah tengok mesej2 yang kau terima dari insan itu...aku bukan cemburu buta...aku bukan yakin yang kau adalah milik aku...aku bukan jenis yang tidak jujur dan bertanggungjawab..tetapi hati ini berkata ada sesuatu yang aku perlu tahu tentang kau....satu hakikat yang boleh menyedarkan aku! lantas mesej2 tersebut menjadi bukti...aku tersedar...aku tersentak...benarlah. kau tidak ada apa2 perasaan denganku...hanya ingin bermain kata, bermain jiwa, bermain cinta! aku rela pergi dari terus terbuai dengan permainan ini...kini aku terluka~sendirinya!