Argh...semuanya sangat menggoda jiwa
Aku mencari sesuatu yang aku idam-idamkan
Tetapi pada hakikatnya hati ini telah aku letakkan
Kepada seseorang yang aku rasakan indahnya hariku dengannya
Bukan maksud aku untuk aku katakan
Aku adalah jenis yang meminta-minta
Cuma aku hendakkan kegembiraan dalam liku hidupku
Mungkin kau akan berkata: "kau ni tak boleh nak lekat satu...mana yang kau nampak...semua nak"
Tidak! bukan itu kehendakku
Hanya aku tidak tahan kesunyian
Cukup sahajalah jika aku dapat teman yang bisa mengembalikan hilai tawaku semula
Mungkin ada benarnya terdetik dihati aku ingin pergi dari kamu
Itupun kerana kau tidak punyai masa denganku "24 jam sehari"
Aku tidak tahan berjauhan dengan kau walaupun jaraknya hanya 100KM
Maka aku mula menjernihkan pancainderaku dan aku menemui teman baru
Jujur aku rasakan kau yang terbaik
Walaupun yang baru masih berada disisiku
Inilah pembohongan bahawa aku mampu jauh dari kamu
Kata-kata tidak boleh kalah dari tindakan
Jadi, aku sombongkan diriku terhadapmu
Tapi hati didalam menangisi segala perilakuku
Aku sayangkan kau sejak kita mula saling tersenyum
Saat itu aku merasakan kau bakal mengubati luka aku yang lama
Angkara seorang insan yang merosakkan segala kepercayaan cinta
Selama aku berada denganmu
Indah segalanya, Gembira sentiasa, Ketawa juga seirama
Baharu 1 jam kita berjumpa tadi
Kini aku sudah kembali merindui
Saat selalu denganmu
Aku rasa bodoh jika kau tinggalkanku
Aku rasa tidak boleh bernafas jika kau berjauhan denganku
Aku rasa hendak mati jika kamu memarahiku
Aku rasa cemburu jika sesiapa mendekati kamu
Aku rasa gembira jika kau selalu ada untukku
Aku mahu segalanya dari kamu
Kau yang aku rindu, sayang selalu
*dia cinta hati sayang rindu musim baru*
No comments:
Post a Comment