Tuesday, May 31, 2011

Berakhirnya Bulan Mei~


Pelbagai kisah terjadi sepanjang bulan Mei...bermula dari awal bulan dimana aku bertungkus lumus busy dengan Final Exam...hinggalah berakhir pada 9 Mei 2011...bernafas lega aku masa tu...kemudian rehat untuk beberapa hari coz 12-15 Mei 2011 nak berprogram OPKIM Perindu 2011 di kampung Chegar Perah, Kuala Lipis, Pahang. Memang banyak memori yang sampai sekarang aku masih tak leh lupa...juga kisah aku bersama mereka2 (Council Family) tersayang yang banyak mengukir senyuman dan gelak tawa bersama. Hinggalah saat aku jatuh sakit selepas malam kebudayaan tuh...terima kasih kepada mereka yang telah menjaga aku...rasa sangat dihargai...aku lebih suka saat macam ni sebab masing2 akan duduk bersama-sama dan berkongsi segalanya bersama2...

Aku tak rasa seronok kalau setakat bersama2 dengan mereka dalam kawasan kolej atau kampus coz semua orang takkan rasa nilai gembira bersama...maka apabila program begini ada...aku dapat melihat setiap wajah ceria dan hilang segala tekanan kerja sepanjang hidup dalam Council Family...juga aku dapat kenangan manis bersama Abang2 aku yang gila-gila tuh...ingat lagi Opie: kuat mengacau aku dan memang suka mengenakan aku sampai aku jadi menyampah dengan dia...sakit hati...(but ia sementara...aku tak benci pun...) then Remy pun macam tu gak...suka menyakat aku time malam-malam...bila aku nak keluar dari balai raya tempat kitorang semua stay bermalam...dia mesti sergah aku dari luar sampai lebih dari 5 kali! seyes...memang terperanjat beruk aku...nasib baik tak terkencing dalam seluar..hahahaha...kelakar giler...tapi semua itu tidak kekal lama...semua orang berubah kepada sifat asal bila dah pulang semula ke UiTM...aku pun jadi macam dulu balik...

Tapi...diteruskan pula dengan program Kepimpinan...hubungan kitorang jadi lebih kuat...boleh rasa masa tuh...bangga pula dengan setiap adik beradik kami semua...saling membantu dan memahami tu lah yang buat aku betul-betul sayang kat dorang...seronok bila ade dengan dorang...aku ade teman nak bergelak ketawa...nak marah, nak menyakat, nak bergosip, nak bermanja...tapi buat masa nih, nak menangis belum lagi la...bukan mudah aku nak ada orang yang selalu dengan aku tiap masa...inilah mereka...keluargaku! Sekarang, hari terakhir dalam bulan Mei...perkara lepas...tetap akan jadi lepas...tidak terulang lagi...selamat tinggal kenangan Mei...aku akan merindui tiap detik itu...

Inilah Council Family...bahagia kan kami? Miss all of u owez!

*Selamat datang Bulan Jun...tak sabar nak menanti hari lahir aku yg ke-20...tak lama je lagi...

Tuesday, May 24, 2011

Ada orang yang kita rasa dia penting...

-Aku yang masih menguntum senyum ketika ini -

Bukan hendak merepek diruangan ni kali nih...cuma teringat saat gembira...saat sedih...saat marah...kali ni rasa diri ini dihargai...perasaan ini jauh berbeza semasa hidup di Matrikulasi dlu...ade orang yang peduli dengan keluhan kita...ade orang yang menasihati bila kita lupa siapa diri kita...ade orang yang marah bila kita buat kesalahan...ade orang yang pujuk bila airmata dan kesedihan meruntun dihati...ade orang yang datang kepada bila kita keseorangan...mereka berdua inilah yang begitu akrab dengan aku...walaupun aku ade Council Family...tapi mereka ini akan sentiasa ada sehinggalah aku menutup mata...Insyaallah!

Hehe...just called him "Opie" abg kecik yang suka menyakitkan hati...tapi itu cuma lawakan je...

Ade pula masa aku rasa bengang dengan gaya rela tak rela selamba mereka yang kadang kala buat aku rasa cam orang paling bodoh tahap IQ rendah...tapi mereka nih jenis cepat pickup...aku as yang 'termuda' (even 1 tahun je beza) takkan rasa bad mood...sebab dorg nih mmg happening...terima kasih kepada anda berdua...rasa sangat dihargai...bila rasa nak perlukan apa2 mereka ade untuk membantu...as senior cam tu la yang sepatutnya dilakukan kepada junior yang Shomei nih....terima kasih untuk kali keberapa tah aku tak ingat!!!

Call him as "Remy" seorang yang pemalas layan kerenah merepek aku...tapi dia maintain cool!

Bukan mudah nak dapatkan orang yang sanggup melalui dunia diri kita yang maha pelik nih...tapi..dengan adanya dua orang nih...rasa cam "yes! aku ada kawan..." tamatlah detik aku ketiadaan kawan seperti semester 1 aku...beruntung gak dah jadi senior...(even baru je nak melangkah semester 3)...terima kasih banyak2 kepada anda berdua...saya belajar segala yang terbaik untuk diri saya...tak perlu nak psiko aku pun nak aku jadi yang terbaik...hanya dengan hubungan baik sesama adik beradik cam ni pun dah kira cukup bagus...

Sekian,
Aku yang termuda diantaramu,
Mag_Jr Shomei

Wednesday, May 18, 2011

Diam-Kecewa-Sedih-Marah-Keliru

aku diam~
terkaku seketika melihat kebiruan langit...
tak sangka hujan lebat semalam...
pagi ini..aku bangun dari tidur...termenung...
ada panggilan dari temanku...
entahlah...perasaan semalam membuat aku rasa keliru...

aku kecewa~
bukan pada sesiapa...tapi pada diri sendiri...
aku akan mengulangi kesilapan barangkali...
bukankah aku berjanji takkan kembali seperti dulu lagi?
aku terlalu mengharap...sehingga apa yang aku inginkan tidak berhasil...
maka aku kecewa...kecewa dengan kebodohan diri sendiri...
walaupun 1000 kali aku akan cuba...ternyata ia takkan berlaku! takkan berlaku!

aku sedih~
bukan pada sesiapa...tapi pada diri sendiri...
aku yang mencipta rasa sedih itu...
pada lagu-lagu, pada perasaan, pada kemarahan, pada kata-kata...
sudah aku tahu dia bukan begitu..mengapa aku bersikap begitu...
maka aku terluka...ter-sakit hati....terluka kerana sikap diri....
aku pantang dilukai...aku sensitif...aku mudah menangisi kondisi...
dia tak rasa apa yang aku rasa...
aku terduduk memikirkan...harus bagaimana lagi?

aku marah~
bukan pada sesiapa...tapi pada diri sendiri...
aku tak jujur pada diri...aku menipu dunia ini...
aku sembunyikan kebenaran hati...aku ciptakan cerita karut duniawi...
aku berjanji untuk menukarkan niat dihati...
aku hanya mahu menyayangi...tak mahu mencintai...
maka aku tahan-tahankan rasa badai cinta yang menghempas jiwa...
kini...aku gila...dia hadir setiap masa...niat tadi rosak separuhnya...
aku tak buktikan janji...aku lupa "tidak cinta...hanya sayang"

aku keliru~
apakah ini yang dinamakan rasa tak bahagia?
segalanya aku rasa tidak kena...
aku mahu apa yang tiada jadi ada...
dasarnya sayang...kini rasanya bertukar cinta...
nak dihindar kesilapan ini...mahu sahaja gila aku separuh mati...
dia aku perlukan setiap hari...

aku memaksa...aku mendesak...aku memberontak...
pada apa? untuk apa? kerana apa?
aku tidak tahu....
inilah bahana aku yang keliru tentangnya....
Ya Allah! jauhkanlah aku dari kemelut jiwa yang berdarah ini...

Sunday, May 8, 2011

Cinta Tak Bersyarat

Cinta Tak Bersyarat

Artist: Element
Tak ada sedikitpun sesalku
Tak bertahan dengan setiaku
Walau di akhir jalan
Ku harus melepaskan dirimu


Ternyata tak mampu kau melupa
Dalamnya cintaku yg hebat
Hingga ada alasan bagimu
Tuk tinggalkan setiamu

Demi nama cinta
Telah kupersembahkan hatiku hanya untukmu
Tlah kujaga kejujuran dalam setiap nafasku
Karna demi cinta
Telah kurelakan kecewaku atas ingkarmu
Sebab kumengerti cinta itu tak mesti memiliki


Andai saja bisa kau pahami
Layaknya arti kasih sejati
Karna cinta yg sungguh
Tiada akan pernah mungkin bersyarat


Ternyata tak mampu kau melupa
Dalamnya cintaku yg hebat
*tak sangka kisah lama berulang lagi...sejak kisah aku dengan K dulu begitu mengguris jiwa..menikam didada...tak aku harapkan ia datang seperti itu lagi...akhirnya....aku mengalaminya lagi...memang...semua cinta yang aku perolehi sentiasa BERSYARAT...aku hanya mainan jiwa...tak pernah ada layaknya erti cinta sejati...aku sesali...dan aku menangisi...