Pelbagai kisah terjadi sepanjang bulan Mei...bermula dari awal bulan dimana aku bertungkus lumus busy dengan Final Exam...hinggalah berakhir pada 9 Mei 2011...bernafas lega aku masa tu...kemudian rehat untuk beberapa hari coz 12-15 Mei 2011 nak berprogram OPKIM Perindu 2011 di kampung Chegar Perah, Kuala Lipis, Pahang. Memang banyak memori yang sampai sekarang aku masih tak leh lupa...juga kisah aku bersama mereka2 (Council Family) tersayang yang banyak mengukir senyuman dan gelak tawa bersama. Hinggalah saat aku jatuh sakit selepas malam kebudayaan tuh...terima kasih kepada mereka yang telah menjaga aku...rasa sangat dihargai...aku lebih suka saat macam ni sebab masing2 akan duduk bersama-sama dan berkongsi segalanya bersama2...
Aku tak rasa seronok kalau setakat bersama2 dengan mereka dalam kawasan kolej atau kampus coz semua orang takkan rasa nilai gembira bersama...maka apabila program begini ada...aku dapat melihat setiap wajah ceria dan hilang segala tekanan kerja sepanjang hidup dalam Council Family...juga aku dapat kenangan manis bersama Abang2 aku yang gila-gila tuh...ingat lagi Opie: kuat mengacau aku dan memang suka mengenakan aku sampai aku jadi menyampah dengan dia...sakit hati...(but ia sementara...aku tak benci pun...) then Remy pun macam tu gak...suka menyakat aku time malam-malam...bila aku nak keluar dari balai raya tempat kitorang semua stay bermalam...dia mesti sergah aku dari luar sampai lebih dari 5 kali! seyes...memang terperanjat beruk aku...nasib baik tak terkencing dalam seluar..hahahaha...kelakar giler...tapi semua itu tidak kekal lama...semua orang berubah kepada sifat asal bila dah pulang semula ke UiTM...aku pun jadi macam dulu balik...
Tapi...diteruskan pula dengan program Kepimpinan...hubungan kitorang jadi lebih kuat...boleh rasa masa tuh...bangga pula dengan setiap adik beradik kami semua...saling membantu dan memahami tu lah yang buat aku betul-betul sayang kat dorang...seronok bila ade dengan dorang...aku ade teman nak bergelak ketawa...nak marah, nak menyakat, nak bergosip, nak bermanja...tapi buat masa nih, nak menangis belum lagi la...bukan mudah aku nak ada orang yang selalu dengan aku tiap masa...inilah mereka...keluargaku! Sekarang, hari terakhir dalam bulan Mei...perkara lepas...tetap akan jadi lepas...tidak terulang lagi...selamat tinggal kenangan Mei...aku akan merindui tiap detik itu...
Inilah Council Family...bahagia kan kami? Miss all of u owez!
*Selamat datang Bulan Jun...tak sabar nak menanti hari lahir aku yg ke-20...tak lama je lagi...
No comments:
Post a Comment