Mungkin itu kali terakhir aku melihat dia...seseorang itu...
Puas aku merayu...puas aku menerangkan perkara sebenar...
Kau tidak mahu lagi mendengar...
Dimanakah agaknya kebenaran yang dapat aku sendiri pertahankan?
Bukan aku saja-saja melemparkan kalimah Allah itu menjadi medan...
Semua itu atas dasar aku bersumpah mengatakan ia benar...
Gila aku jadinya malam tadi...mungkin orang lain anggap ia perkara biasa....
Tapi bagi aku, separuh hidup aku hilang...
Tak sangka hampir hilang pedoman agamaku gara-gara ini...
Bukan aku tidak tahu tentang diri aku...aku takut akan kehilangan...apa sahaja...
Memandang wajah aku juga kau tidak mahu...
Bertegur sapa dengan aku juga kau tidak endah...
Berbicara dengan aku juga kau katakan kau ada perkara lain...
Aku beri kau peluang....aku beri kau masa...
Adakah semua itu kerana kau menjarakkan hubungan kita?
Aku bersumpah demi Allah SWT...aku tidak khianatkan kau mahupun dia...
Tidak terlintas dan tidak terniat aku begitu...tolonglah aku merayu!
Seluruh nafasku menjadi titik terakhir tatkala mengetahui segalanya...
Itukah yang merobek perasaan kau selama ini?
Aku mengaku itu silap aku kerana hilangnya kepercayaan kau terhadap aku...
Tapi aku mohon kau fikirlah segalanya dengan sebaiknya...
Adakah ini jalan yang engkau minta?
Aku merayu jangan tinggalkan aku...
Aku mohon kau maafkan aku...
Aku minta kau beri aku peluang...
Aku masih sayangkan kau...bukan mudah terciptanya perasaan ini buat kau...
Kerana aku betul2 rasakan, hidupnya kau selama ni dalam dunia aku...
Aku sudah lama campakkan segala rasa dan ingkarku demi mu...
Sekurang-kurangnya...kau dengarkanlah aku...
Andai kau membaca...aku mahu kembali pada kau...
ikhlas dari hati aku~
Mag_Jr Shomei
No comments:
Post a Comment