Sunday, November 27, 2011

Indahnya ketenangan.

Aku rasa aku dah semakin pulih dan baik.
Aku dah dapat memanfaati masa dan hidup aku.
Semuanya dengan adanya bantuan dan sokongan teman2
yang sentiasa membuatkan aku ketawa dan bersemangat semula.
Aku tak perlu lagi melihat kebelakang yang gelap dan penuh kedukaan itu.
Aku amat bahagia kini...bersyukurnya mempunyai teman...rakan..sahabat...

Owh~aku lupa nak wish kesah ni kat Blog...
SELAMAT HARI LAHIR MYBRO RUZAIMI ADAM (19 NOV)
Ulang tahun yang ke 21...dah nak sampai usia kawen dah ni...
Semoga kamu gembira selalu...study shemart dan Success untuk FYP kamu...

Wednesday, November 23, 2011

Entah kemana Entah diri aku yang dulu~

Aku dah hilang pertimbangan...
Aku dah hilang senyuman dulu...
Dan aku telah hilang kegembiraan lama...
Aku dah tak tahu kemana lagi hilangnya diri aku yang dulu...
Jauh perasaaan ini tersasar...sifatku kini seumpama suram tiada warna...
Jika ia muncul, ia hanya seketika..yang lainnya seperti minggu ini...
Hujan setiap hari...hujan setiap masa...begitu juga diri aku...
Tekanan begitu menyesakkan...tapi bak kata orang itu mematangkan...
Tapi jenis orang macam aku...tahan ke?
Kuatkan diri aku...tahankan diri aku...Sinarkan diri aku...
Aku mahu Mag_Jr Shomei yang dulu~

Wednesday, November 16, 2011

(-Nil-)

NOKTAH...
AKU KENAL PERKATAAN INI...
AKU MULAKAN 10 SYARAT!
(Memang sakit tapi terpaksa!)

Monday, November 14, 2011

Ini kali yang ke 23!

Betapa sakit nye aku kena ulser yang byk kat sekitar dalam mulut...
Termasuklah LIDAH...
Itulah, dulu suka cakap benda yang bukan-bukan...
Kan mulut tu dah kena sumpahan....
(teringat lak mak aku dulu suka cakap cam ni kat aku masa sekolah)
Sebenarnya antibody aku lemah...
badan cepat panas mendadak kalau perubahan cuaca tak menentu...
Dari panas-sejuk, sejuk-panas...
Maka bila badan aku panas, then dehydrated...ulser muncul amek port...
Sakitnya...nak bukak mulut susah...nak cakap lagi susah...nak makan terbantut...
Lagi-lagi esok AKU ADA PRESENTATION BEL492 untuk public speaking aku....
MACAM MANA NIH? WAAAA...WAAA...

Saturday, November 12, 2011

Diam membisu.

Keadaan cukup berbeza...
Aku hanya tahu berkata "keadaan telah berbeza"....
Walhal aku sendiri tak tahu apa yang berbeza tuh...
Sekarang macam dah wujud "kehidupan Utara, Selatan, Timur dan Barat".
Aku pun tak tau aku berdiri di kutub yang mana...
Tiada lagi suasana...tiada lagi gelak tawa...tiada lagi gurauan mesra...
Segalanya tiada...hanya menunggu masa untuk tenggelam dimamah usia...
Aku juga mengikuti langkahan suram yang "aku sendiri tak tahu mengapa"...
Kerana aku kesunyian dan keseorangan...
Tiada lagi yang menerima...

Thursday, November 10, 2011

Kesedaran itu penting...

Kadangkala aku rasa aku perlu berhenti bercakap...ataupun aku bisu...
Semakin aku bersuara, semakin salah langkah...
Aku sendiri dah nampak dimana silap jalan aku sendiri...
Nak patah balik atau rentas sahaja rintangan itu?

Wednesday, November 2, 2011

Aku dan November

Cepat masa berlalu. Sedar tak sedar dah nak penghujung tahun 2011. Lepas ni akan berganjak ke tahun yang seterusnya. Insyaallah. Terima kasih November sebab beri aku saat yang membahagiakan setelah penat setiap air mata aku mengalir. Bukan aku salahkan mana2 diantara bulan-bulan yang lain, cuma bulan lepas bebetul menguji perasaan aku. Jujur aku kalah besar masa tu. Perasaan aku memang kacau bilau dengan segala masalah yang menghampiri.

Aku sudah memperoleh hidup aku semula. Ketawa dan gelak tawa aku mula terukir mesra. Alangkah terharunya aku dibuatnya kerana diri aku sendiri berjaya melawan kedukaan yang pernah dulu meragut kebahagiaan aku. Setelah pelbagai masalah yang tiba dulu aku cuba atasi secara lebih rasional, aku rasa satu demi persatu hidup aku dikembalikan kepada keadaan asal. Bersyukur sangat.

Harapan aku kali ni supaya aku dapat lebih tabah menghadapi dugaan dan ujian, usah difikirkan kisah lampau dan kesilapan lama yang menghurung perasaan dan ingatan aku. Aku mahu menjadi orang yg dapat membahagiakan diri sendiri juga membahagiakan orang lain.