Saturday, May 19, 2012

Basic Probability: P(A&B&C)

Dalam mood aku tengah buat past year question Januari 2012, terdetik kat hati aku tentang satu perkara. Yup, pemilikan kisah diri sendiri. Arghh...rumit la pulak tajuk. So aku gunakanlah beberapa istilah probability by evidence. Ya, bagus..ia membuahkan hasil. Maka terhasillah rentetan kisah antara segala yang ada. Segala kisah kembali menjengah fikiran dan ingatan. Aku teringat ketika dulu aku menghadapi saat sukar dalam menentukan jalan hidup aku. Dimana aku telah bertindak luar dugaan, gara-gara ikutkan nafsu dan hasutan, aku kacau bilaukan keadaan. Keadaan diri aku sendiri dan diri orang lain. Tak pernah terlintas pun dalam hati aku nak berbuat begitu. Sekarang aku faham apa itu pemilikan hak individu, hak bersama dan hak perkongsian. Aku tak boleh mengatur hidup orang sebagaimana aku reka jalan cerita aku. Kelak semua itu memakan diri. Contoh yang aku sendiri terapkan kat sini: (maaflah, just pakai paint je...itu je gaya budak kecik yang mampu)

Venn Diagram of 3 set of probability

P/S: Aku mahu kembali bercinta. Mampukah?

Monday, May 14, 2012

3 Cara Mudah untuk Pulihkan Hubungan

Adakah anda berada di dalam situasi ini? Jangan risau kerana anda sebenarnya tidak sendirian. Setelah menjalinkan sesuatu hubungan dalam satu jangka masa yang lama, tidak dapat dinafikan perasaan pasangan akan lebih sensitif, mudah untuk merajuk, terasa hati walaupun kesalahan yang dilakukan tidaklah terlalu besar dan sebagainya. Ia adalah satu perkara normal untuk hubungan yang telah terjalin sekian lama. Ianya tidaklah merupakan satu masalah yang besar, hanya anda sahaja perlu kreatif untuk menhidupkan semula perasaan kasih sayang pasangan. Ini adalah 3 CARA MUDAH UNTUK PULIHKAN HUBUNGAN…

Berikan sesuatu hadiah yang unik
Nilai untuk sesuatu hadiah itu sebenarnya adalah tidak penting. Apa yang lebih penting untuk pasangan anda adalah keikhlasan untuk memberikan hadiah itu. Ini merupakan cara asas untuk anda memikat semula hati pasangan anda. Ini tidak bermakna anda membeli hubungan anda dengan nilai materialistik, tetapi sebaliknya menunjukkan penghargaan terhadap kehadiran mereka di dalam kehidupan anda. Penghargaan yang ditunjukkan mungkin mampu untuk memujuk semula pasangan. Tetapi awas, pemberian yang ikhlas atau tidak mampu untuk dikesan. Berikan sahaja hadiah mengikut kemampuan masing-masing dan lebih penting tunjukkan keikhlasan dan kujujuran anda.

Luahkan perkataan 'saya sayangkan awak'
Dengan hanya luahan kata-kata romantik juga mampu untuk memulihkan sesuatu hubungan itu. Untuk suatu hubungan yang terjalin setelah sekian lama tambahan pula terhadap pasangan yang sudah mempunyai anak, mungkin kata-kata romantik ini amat sukar untuk diluahkan. Luahkan semula kata-kata romantik yang pernah digunakan untuk memikat hati pasangan dahulu. Imbau kembali kenangan indah yang telah dilalui bersama. Ini adalah kerana kata-kata adalah senjata utama untuk menembusi hati seseorang. Kerana dengan kata-kata sahaja mampu untuk menghancurkan atau membahagiakan hati pasangan. Mungkin dengan luahan kata-kata romantik serba sedikit dapat membantu anda untuk memulihkan semula hubungan.

Keluar bersama semula
Untuk pasangan yang telah berkahwin, mungkin perkara ini agak sukar dilakukan kerana komitmen masing-masing terhadap pekerjaan dan anak-anak. Tetapi ia seharusnya tidak menjadi alasan yang menjadi penghalang untuk anda meluangkan masa bersama. Sekiranya anda bijak untuk menyusun masa yang ada, pasti faktor ini tidak memberikan masalah yang besar kepada anda. Ini adalah amat penting untuk memulihkan hubungan, jauhkan diri sebentar dari persekitaran yang mampu untuk mengingatkan anda mengenai masalah yang sedang dihadapi. Cuba pergi ke tempat yang mampu untuk memberikan ketenangan kepada anda. Pertimbangan ketika fikiran tenang adalah lebih baik berbanding pemikiran yang sedang dipengaruhi oleh emosi.

Wednesday, May 9, 2012

Projek + Assignment

Tahu tak yang aku ni dah naik serabut bila semua lecturer minta buat mini projek. Masalahnya bukan 1 je, ade 3 projek untuk 3 subjek. Memang berasaplah nak siapkan. Format pulak dah la nak ikut macam FYP. Bermula dari present proposal sampailah proses nak siapkan projek. 

Puan Expert: "Saya nak awak buat mini projek khas untuk tajuk Expert Systems, boleh kan?"
Encik Fuzzy: "Minggu depan saya nak awak semua hantar proposal yang siap dengan IF-THEN rules supaya senang kita nak tengok fuzziness guna MATLAB"
Dr Neural: "Baiklah, saya nak awak pilih satu application of NN ni, dah dapatkan semua input dan output dia. Kemudian buat projek dan hantar proposal Khamis ni. Dateline adalah pada: 15 Jun 2012"

Tulah ayat-ayat yang manis minta buat projek sekali gus untuk semester ni. Dan pastinya semua projek tu mesti hantar PADA BULAN JUN 2012. Tak ke terkedek-kedik aku dibuatnya? Tajuk yang aku dapat bukannya bidang aku pulak tu. Aku kena bina sistem berdasarkan skop-skop bidang pekerjaan yang berlainan dari bidang yang aku amek sekarang contohnya:





Bidang: Agriculture
Skop: Plant Taxonomy
Projek: Botanical Classification using Rule-Based Expert Systems
Kursus: ITS661-Knowledge Based Systems









Bidang: Engineering
Skop: Gas Machinery and Operation
Projek: Furnace Temperature Control using Fuzzy Inference
Kursus: ITS668-Fuzzy Logic Systems






Bidang: Financial
Skop: Bank Decision Simulation
Projek: Corporate Credit Rating Analysis using Artificial Neural Networks
Kursus: ITS660-Artificial Neural Networks





SEDANGKAN AKU ADALAH PELAJAR DARI BIDANG YANG MACAM INI! (lihat dibawah...)

Ade kene mengena tak? Dia tak sentuh pun pokok, petroleum dengan duit! Hahahah~~
Masa depan semakin mencabar. Demi keboleh-pasaran, semua bidang kita kena tahu. Semua bidang kita kena pakar. Harapan aku agar menjadi graduan Knowledge Engineer yang terbaik dimasa depan. 

Thursday, May 3, 2012

Jatuh Cinta Dengan Teman Baik?

Alangkah beruntungnya jika mempunyai seorang sahabat baik yang sering berada di sisi anda. Anda berdua sering bertukar cerita, saling membantu, berkongsi masalah dan suka-duka kehidupan. Saling menyokong satu sama lain, sepertimana seorang sahabat sentiasa memberi sokongan kepada sahabat.

Tanpa anda sedari, anda sudah jatuh cinta dengan teman baik anda. Tidak salah untuk anda jatuh cinta kepada sahabat anda, sekiranya anda masing-masing masih solo. Bagaimanakah seterusnya?


Dilema: Persahabatan vs Percintaan
Kebanyakan individu yang jatuh cinta kepada sahabat baik mereka amat sukar untuk meluahkan perasaan. Ini kerana mereka berpendapat tali persahabatan yang sudah terbina sekian lama amat berharga dan mereka khuatir seandainya hasrat cinta mereka diluahkan, persahabatan itu akan terganggu. Malah jika tidak kena caranya, persabahatan terputus. Setiap perkara ada risiko, sama ada kecil atau besar. Sebelum pergi lebih jauh, selami hati anda terlebih dahulu dan putuskan apa yang anda mahu dalam hidup.


Strategi
Jangan sesekali bertindak terburu-buru. Jika dia hanya kenalan biasa, mungkin lebih mudah mengungkapkan cinta. Tetapi, bagi seorang sahabat baik, lebih sukar untuk mencurahkan isi hati anda. Si dia mungkin akan terkejut, bertindak defensif lalu menjauhkan diri. Jika anda sukakan dia, mulakan dengan memberi sedikit demi sedikit petanda agar dia boleh mencerna perubahan rasa hati anda dengan lebih terbuka dan rasional. Dalam pada itu, risik reaksinya. Lihat tindak balasnya, dari situ anda boleh menilai sama ada anda mempunyai peluang ataupun tidak. Pada masa yang sama, sentiasa ada untuknya pada saat dia memerlukan anda. Ingat, anda sahabat baiknya. Jangan dek kerana terlalu mengejar cinta, status dan tanggungjawab sebagai seorang sahabat diabaikan. Berdoalah kepada Tuhan agar dibukakan pintu hati si dia untuk anda.

Luahkan perasaan
Memandangkan anda merupakan sahabat baiknya, sedikit sebanyak anda tentu mengenali dan memahami dirinya. Jangan luahkan perasaan dengan cara yang dia tidak suka. Cari masa yang sesuai. Lakukan dengan penuh ikhlas dan berhikmah. Dia mungkin akan menerima atau menolak. Apapun keputusannya, terima dengan hati terbuka kerana anda sudah berterus-terang dan mendapat jawapan kepada setiap persoalan. Kalah setelah mencuba sedaya upaya lebih mulia daripada kalah sebelum pertarungan. Tidaklah anda menyesal di kemudian hari kerana tidak menyuarakan isi hati.

Cinta adalah anugerah dari Tuhan, dan merupakan fitrah seorang manusia. Seandainya si dia memang jodoh anda, bersyukurlah. Tetapi jika si dia mahu kekal menjadi seorang sahabat, terimalah dengan redha.