Sunday, July 29, 2012

Insan zaman akan datang

Insan zaman akan datang? Ape bende tu?
Bagi aku...aku takrifkan sebagai seseorang yang aku tinggalkan atau seseorang yang meninggalkan aku sekarang tetapi  telah aku yakini bahawa disuatu masa dan disuatu zaman nanti akan aku ketemu kembali. Sewaktu pertemuan itu, aku masih diri aku yang sama, cuma dia adalah orang yang berbeza.

Mungkin dimasa kini ada berlaku kesilapan dan ketentuan terpisah antara dua insan, tetapi apabila aku jangkakan suatu masa nanti (mungkin setahun, 5 tahun atau 10 tahun dari sekarang) aku dan dia akan bertemu lagi dengan segala yang berbeza.

Telah aku janjikan padanya bahawa aku akan ketemu dia semula pada saat dia berjaya, dan ketika pertemuan itu segalanya telah berubah sama sekali, cara yang berbeza, keadaan yang berbeza, nasib dan jalan hidup yang berbeza. Cuma hanya ditentukan takdir untuk bertemu kembali dan menyambung semula kisah yang pernah terhenti dek kerana satu perpisahan. 

#Mungkinkah ia akan terjadi?

Tuesday, July 3, 2012

Cinta Gantung Tak Bertali...

ha, tajuk ni bukan saja sesuai untuk pasangan yang dah berkawen je...
cinta gantung tak bertali...perghh, ayat nak makan penyepak.
bajet kesah macam ni boleh fight dalam mahkamah syariah ke? haha...
stupido you mag jr shomei!

cinta gantung tak bertali ni berlaku pada aku...dimana aku yang gantungnya sendiri...
sedang aku cuba buang perasaan aku pada dia yang dulu...
dan kini aku menerima insan lain di hati aku...tidak boleh!
bagaikan ada suara dia "bukankah kau kata kau cintakan aku? kenapa begini?"
tersentak aku dari khayalan, "aku dah putus asa, bukankah kau tidak menerima hati aku?"
aku biarkan semua itu, lalu aku alihkan pandangan aku pada si dia...
"jika benar aku tak terima hatimu, bukankah hatimu berjanji untuk terus denganku?"
aku pejamkan mata, kenapa berat sungguh untuk aku membuat pilihan?
"maafkan aku, aku dah penat menunggu sekian lama tanpa balasan..."
terus aku sahut, aku terima cinta si dia...

sedang aku bermesra gelak ketawa dengan si dia...
"dulu kau kata pada hatimu, tiada insan lain yang terbaik dihatimu selain aku..."
kenapa suara itu muncul meresahkan jiwa aku?
"ya, memang sehingga kini aku mencintai kau tiada bandingannya...tapi..."
aku tutup telinga, si dia mula hairan dengan tingkah ku...
"tapi apa? kau kecewa kerana aku tidak menerima kau seadanya? kerana kita berbeza?"
lantas aku lihat gambarmu...menitis air mata tak tertahankan...

"aku mahu kasih sayangmu, sayangnya semua itu bukan untukku... aku bawa hatiku jauh, jauh darimu agar hatiku tidak terluka. Benar aku pernah berjanji hati aku untukmu, dan aku bersedia menerima takdir bahawa hatimu bukan untukku, tapi lama-lama penantian aku bukan lagi disini, aku mahu hidup dalam pilihan aku sendiri, lantas aku memilih hati yang lain. Tapi ternyata ia masih menemui jalan buntu. Dizahirku melahirkan rasa gembira dan bahagia bersama insan lain, tapi di batin ini menyimpan harapan yang masih bersisa buatmu yang aku tahu penantianku sia-sia"

nampak tak? aku menerima insan lain padahal hati masih terpaut pada org lain...
aku gantungkan diri aku sendiri, tapi aku tak mati kerana tak ada tali...
perbuatan aku ni dikira apa ya?
kejamkah aku pada diri sendiri?

Sunday, July 1, 2012

Oh..dah masuk Julai!

ya...memang bulan ni julai...ape yang nak terkejutnya?
diawal bulan ni aku dok kat umah je...
study sikit2...well, paper abes 29 Jun aritu...
so, nak menunggu next paper 5/7 aku balik umah la...jumpa parent.
agak akit kepala jugak la balik umah...dengan adik beradik yang macam hantu...
hilang privasi aku...bising sana, menjerit sini...bergaduh situ...adoi!!! rumah ke nih?
owh...teringat kat bilik 1411A, damainya disana...nak study, nak makan, nak tido...
sungguh berbeza dengan suasana rumah...duduk kat umah jadi sarat kepala otak!

tapi diawal julai ni lah aku mula bukak fb balik setelah semalam tak bukak...
then bukak, mula post sesuatu...tapi dapat balasan komen....
alamak, komen yang tak baik...bunyi nya mencurigakan...
terus sentap memasing...bukan salah aku...salah orang yang komen melulu tu lah...
sakit hati jugak..tapi bila mengingatkan dia, aku lupakan sakit hati tu...
then aku post balik kat dia...

tak baik ade mood tak okeh sebelum study...
lepas post entry ni aku nak study lah pulak...
sebagai menyedapkan hati aku....aku dengar lagu:
[Happy Ending - Jay Park @OST Rooftop Prince]