Wednesday, December 26, 2012

Sebuah Panggilan Yang Bermakna!

Seminggu bermulanya study week...aku habiskan dirumah.
Kenapa?
Boleh makan banyak2 kat rumah, tengok TV mana2 rancangan yg tertinggal.
Then disebabkan Faeez dah balik bercuti mid sem dia.
Masa untuk ronggeng2 Sungai Buloh. (sampai kena road block polis malam krismas)

Tapi bila dia takde...bosan je...duduk rumah rasa macam tak tau apa nak buat...
Menghadap past year questions...mula2 je rajin lepas tu kemana entah...
Tapi hari ni agak bermakna la jugak..."Ia Sebuah Panggilan"
Seyes...jujur nak kata ni...rindu gila kat dia...jauh pun jauhlah...
Tapi harini dia call...panggilan merentas lautan...
Tak sangka & amat tak dijangka, bukan senang nk dpt call dari dia...

Seperti biasa dia akan bertanya khabar...
Apa yang sedang aku buat...
Bila exam, study ok ke tak...bila nak graduate...
Dan paling seronok...dia tak lekang dari buat lawak...
Panggilan dia buat aku rasa sangat dihargai...walaupun hanya 30 minit cuma...
Jarak jauh sedikit sebanyak mengajar erti penantian...
Terharu rasa bila orang jauh mendoakan kejayaan...

Lepas dia call, seronok tak terkata...meloncat jugak la... (eee..malunya!)
Then cari mana mak aku...tadi dia ade je kat depan TV.
Sekali....mak pun dok galak call jugak...
Erm, dah memang anak beranak galak...nak buat macam mana....hahahaha =D

Monday, December 17, 2012

Aku tak sanggup kau Amnesia!

Aku lepaskan kau pergi. Kau berehat & berusaha mencari ubatnya.
Kau cukup baik padaku kerana tidak mengenakan sebarang bayaran.
Tapi aku tak sanggup...tak sanggup menerima berita yg kau mungkin Amnesia!

Dulu aku jaga kau dengan penuh kasih sayang. Aku simpan kau dalam casing.
Masa dapat kau dulu aku simpan kau baik2. Nak pegang pun lemah lembut.
Dikala aku bosan aku cari kau, aku bawa kau merata untuk penuhkan isi kau.
Tapi hanya dalam masa 2 hari kau  dibawah penjagaan orang lain...
Kau mendapat serangan penyakit, tubuhmu tidak seimbang..berbunyi pulak tu.
Kena serangan virus ke? Jatuh & retak kat mana2 ke? Konspirasi dibunuh ke?
Tidak! Kau hanya elok saja pada masa itu. Penjagamu juga tidak tahu apa salahnya.

Dan kemudian kau dibawa berjumpa doktor yang pakar.
Aku tunggu sahaja apa keputusannya. Aku tidak mengerti apa-apa.
Akhirnya kau ditahan di wad kecemasan selama 3 minggu. Rawatan intensif mungkin.
Kau mungkin boleh bercahaya hijau dan kembali seperti dahulu...cuma~
Kau mungkin akan mengalami AMNESIA selepas rawatan itu.
Kau akan hilang segala memori indah bersama & segala ingatan kau padaku pergi.
Tiada apa yang ada pada ingatan kau ketika itu nanti.
Tekanan tak perasaan aku?
Aku dapat menyentuh kau lagi tapi kau tidak pernah kenal aku?

Buffalo: Baru 3 bulan bersama kau sakit. Kini kau akan kembali tanpa ingatan lagi bersamaku
p/s: aku rasa macam nak nanges...tapi tak keluar air mata. Macam mana tu?

Friday, December 14, 2012

Ketinggalan / Jauh kehadapan?

Sudah lama terfikir perkara ni...jarak! Ya...jarak. 
Kadang-kadang bila aku sudah jauh kehadapan...
Aku rindu pula apa yang aku tinggalkan dibelakang...
Terasa macam nak patah balik & kembali ke masa itu...
Kerana ia kenangan terindah.
[Realiti: Aku tidak ada time machine]

Kadang-kadang aku lihat dia jauh kehadapan...
Dan aku masih mengejar sedayanya...
Sedangkan aku tahu hidup kita tak sama...
Yang pergi jauh kehadapan tetap pergi...
Yang masih di posisi ini teruskan lah berjalan kehadapan...
[Realiti: Dah memang kita berdua bukan org yg sama]

Antara kita dgn orang lain memang ada perbezaan jarak kan?
Tapi adakah ianya boleh dikira sama macam Euclidean Distance/Pythagoras Theorem?
Fikir-fikirkanlah....

Euclidean Distance Formula

Pythagoras Theorem Formula

Thursday, December 13, 2012

Kau yang jerat diri kau sendiri! Padanlah muka!

Tentu sekali dia rasa pelik & susah nak contact aku kan?
Haaaa...kau rasakan! Aku dah tak nak ade kaitan dgn kau lagi.
Apa salah kau? Meh sini dekat sikit telinga kau (sekali dengan cuping-cuping kau tu!)
Inilah cara aku bila aku dah menyampah benci dgn orang....
Kau masih nak tau apa salah kau? Nak jugak? Tunduk sikit kepala kau baca ni:

Fakta: Kau punya mentaliti tahap cirit! Jiwa & perasaan kau penuh hasad dengki.
"Kau tak boleh nak tengok orang lain senang, tiba2 je kau nak datang menyemak tanpa orang suruh. Lepas tu menyakitkan hati orang lain. Dengki kau tu memang boleh masuk Sinetron cerita Indon, konon2nya nak jadi pengaman seantero alam, sedangkan kau buruk2kan A kat B, buruk2kan CDEFGH kat  B, dan kau cakap kau cuba nak pastikan ACDEFGH tu berbaik. Itu salah langkah wahai Mak Eton! Tu namanya mengadu domba. Orang tak suruh pun...yg kau nak semak sampah sarap pesal?"

Fakta: Kau buat baik depan kau pegang senapang kat belakang!
"Masa kau perlukan orang, masa tu kau terhegeh-hegeh kejar-kejar orang nak minta tolong. Buatlah suara2 manja gedik-gedik alim sufi rendah suara bak langgar taik lembu tak bersepai. Bila kau rasa orang lain tak perlu dapat apa kau dapat, kau sorok, kau diamkan, kongsi pun tak nak. Bila dah pecah tembelang kau menggelabah cover line. Maaf...nombor yang anda dial tidak dapat dihubungi lah jawabnya. Masa kau seronok bercakap, kau punya bahasa tak ingat perasaan orang lain. Kau main langgar je intonasi & klassifikasi tatabahasa." 

Fakta: Kau tak reti berdepan, berbahasa & perilaku kau depan lelaki/perempuan.
"Tunjuklah 'action kerek bajet bagus suci lagi murni tanpa dosa' tahap buntot kau tu. Kepala hotak! Kau memang nak kena terajang sepak 30 ekor babi bela dalam kandang ke? Ohhh..itu dia, cakap dengan lelaki pun tak ada batas. Laju je mulut menghina/mengutuk/serkap jarang kat mereka Si Adam-Adam tu ye? Kau karang diorang yang hot-hot gagah perkasa tu angkat ko dalam kontena taik buang kat dalam pelupusan sampah jauh dari mahkluk Tuhan yg lain baru kau tau. Bukan setakat dgn Si Adam, Si Hawa-Hawa yg lain pun kau tembak peluru jugak? Ohh..memang nak kena tampar muka dengan beg Gucci tali besi la nampaknya. Banyak pulak kau punya kerek mak hayam, tak pun kau memang sengaja nak kunyah lipstick agaknya. So...kau watch out. Banyak mereka yg memerhati...mereka pun ragu2 dgn sikap kau. Aku? Lagi la tak suka...benci pun ada!"

p/s: tunggu sambungannya nanti...dia ni masalah byk. Aku nak type pun letih. Tunggu ye!