Tuesday, February 15, 2011

Saya dah jauh dari awak!


Kenapa ye kita dah jarang berbicara?
kenapa ye kita dah jarang bersemuka?
Kenapa ye kita dah jarang bergurau senda?
Kenapa ye kita dah jarang makan bersama?
Kenapa ye kita dah tak selalu keluar bersama?

Semua itu bermain di pundakku...saat aku teringtkan detik gembira bersamanya...masa itulah nafas terhela dengan beratnya...kita sudah jauh dari segalanya...awak sudah dengan cara awak...dan saya...juga sudah dengan cara saya...boleh dibilang dengan jari saat kita bersama sahaja...tak sampai 24 jam...aku tidak mahu apabila pulang ke bilik...mula menghempas beg kuliahku dan berjalan lemah ke katil dan menghenyak tubuh yang lemah longlai ini tanpa rasa sedikit pun gembira dihati...ketika itu...aku berseorangan...fikiran sudah jauh mengelamun... mulalah wajah kau datang menerpa...kau yang aku bayangkan...indah jika kau ada bersama...bersama ketawa dan bergurau senda...gurauan manjamu itu seringkali membuatkan aku ketawa...tawaku itu bukan sesuatu yang palsu...aku ketawa jika aku benar2 rasa bahagia...bahagia aku hadir jika adanya kamu yang tersenyum comel dihadapanku...

Saat aku sedar yang dia mula jauh...aku mula menyoal pelbagai fakta...itulah yang telah aku senaraikan diatas tadi...aku nampak dia melangkah pantas...ke kelas mungkin...aku nampak dia bergelak ketawa bersama dengan seseorang...rakan karibnya mungkin...aku nampak dia murung...ada masalah mungkin...tapi...tak terjangkau dayaku kerana dia telah jauh dariku...ingin aku dekati...aku kelu tidak terkata..hanya dia sahaja yang mampu membuahkan bicara...aku menunggu sahaja reaksi darinya...dia sahaja yang boleh mempengaruhiku...

Aku tidak mahu lagi menjadi seperti manusia sasau...gila angau atau sebaliknya...aku berdiam diri....dia juga diam tanpa kata...lantas aku bergerak sendiri...mencari jalan keluar dari kemelut ini...aku bertanya: "sejak kebelakangan ni kenapa kita macam kurang berhubung?" lantas kau juga berkata: "tak taulah...ape sebab yang menjadikan kita sebegini?" itu bukan jawapan...itu adalah keraguan...masing2 meragui apa yang terjadi sesama sendiri...aku rindukan saat kita yang selalu...bersama...

1 comment: