Thursday, February 10, 2011

Tersedar dan Bersyukur akhirnya!

Amanat Tahun Baru 2011 Naib Canselor UiTM.
sengaja post kisah ni....ada benda sikit nak ulas kat sini. Seyes shit...memang bahagia dok kat UiTM ni...hati rasa tenang dan selalu rasa teringin nak duduk lama kat sini. Kisah pagi tadi aku pegi dengar amanat Dato' VC...membuatkan aku tersentak! Jom kita flashback kisah masa berada di zaman sekolah menengah dan Matrikulasi. Aku memang tak de rasa or teringin langsung nak mauk UiTM sebab aku rasa universiti tu tak de standard...setakat cikai2...pandai or bodoh leh masuk UiTM tu...so..semasa aku isi UPU untuk masuk Degree...aku tak pilih pun UiTM sebagai pilihan 1st atau 2nd apatah lagi 3rd dan 4th. sebab aku dah ada satu persepsi buruk tentang UiTM. Then kat rumah mak dgn abah ada bagitau supaya aku pilih UiTM sebab itulah satu-satunya universiti yang memperjuangkan orang melayu sendiri. Aku tau abah memang pegang jati diri sebagai orang melayu.

Tapi aku tak setuju sebab aku tau universiti lain lebih bagus bertaraf "world"...sebagai contoh 2 universiti yang aku sibuk kejar masa tu ialah UKM dan UPM. Masa tu nak cerita tentang orang melayu kat sana...ok jer...hidup je...aku rasa orang melayu kat 2 universiti tu lagi competitive dari UiTM. So, aku tak teringinlah nak pandang sgt UiTM. Tapi, sebagai back up aku isi UPU untuk pilihan kelima dan kelapan adalah UiTM. Then nak jadi cerita selepas tamat matrikulasi, aku dpt tawaran smbung study kat UiTM! UiTM??? kenapa tempat tu? perlukah? tak de class langsung! arghhh....teruklah macam ni. Memang aku tak puas hati masa tu. Tapi mak dgn abah cukup berpuas hati dan senyum je. Dorang kata: "belajar kat mana2 pun ok je, UiTM tu byk tolong ko nanti"..tu la yang aku ingat.

Untuk hari ini, aku mula rasa bangga dan kagum dengan UiTM, tak sangka UiTM merupakan universiti terbesar di Malaysia, program tawaran yang paling banyak, bangunan yang tersergam indah dan maju. Sistem pentadbiran yg cekap..semua tu buat aku rasa bangga. Berdasarkan apa yang Dato' VC amanatkan pagi tadi memang menusuk di kalbu, janji dia pada semua warga UiTM bukan satu kata yang sia2...dia laksanakan bermacam2...aku mula suka UiTM sejak 2 bulan menjadi mahasiswa kat sini. Memang sebak bila nyanyikan lagu UiTM...bait2 lagu tu sngat menyentuh jiwa....bait lagu yg memberi semangat dan janji demi maruah anak bangsa... segalanya demi orang melayu. Aku bangga menjadi sebahagian darinya. Benarlah! UiTM itu sentiasa dihatiku...aku layangkan kasih dan sayang buatmu Universiti Teknologi MARA!

Benda ni boleh jumpa kat main page uitm.edu.my

No comments:

Post a Comment