Wednesday, February 23, 2011

20: Semuanya bermula dengan "SAYA"!

20 yang saya rasa saya nak cerita kat awak...tapi...next time la!
  1. saya rasa menyesal berkenalan dengan awak!
  2. saya tak sangka saya boleh menyukai awak...kemudian hati saya yang luka sendiri!
  3. saya tahu apa yang saya buat ni salah...kerana saya tak sepatutnya begini terhadap awak...
  4. saya pun tak tahu mengapa awak yang saya pilih sesuai untuk saya..
  5. saya nak awak ada dengan saya selalu supaya saya tak rasa kesunyian...kebosanan!
  6. saya masih tak tahu apa perasaan awak terhadap saya setelah memerhatikan gaya awak terhadap saya...
  7. saya selalu mengharapkan sesuatu dari awak...walaupun saya tahu awak tak mampu melakukannya.
  8. saya suka gelak tawa dan lawakan awak...walaupun saya tahu lama-kelamaan semua itu akan pudar.
  9. saya akan marah jika ada insan lain yang cuba mengambil kesempatan terhadap awak...meskipun awak rasa itu bukan niat individu tersebut.
  10. saya nak bergaduh dengan awak selalu...kerana itu membuatkan kita saling berinteraksi!
  11. saya suka bila awak marah, nasihat dan pujuk saya kerana saya tahu awak ni prihatin!
  12. saya suka berangan awak adalah milik saya dan menjadi sebahagian dari saya...
  13. saya sanggup menangis bila awak berjauhan dengan saya dalam tempoh yang lama...
  14. saya mudah terasa dan terluka bila awak berkasar dengan saya...
  15. saya lebih percaya awak bila saya rasa awak boleh 'protect' saya...tapi saya juga mampu 'protect' awak!
  16. saya nak awak luangkan masa untuk saya...lebihkan saya dari yang lain...walaupun saya tahu itu mustahil..
  17. saya tak kisah jika awak sanggup suap saya makan dan ribakan saya tidur...so sweet!
  18. saya nak hadiahkan awak macam2 dan tak perlu awak balas semua itu...kerana memiliki apa yang saya ada...membuatkan saya rasa awak sanggup menjaga saya...
  19. saya sayangkan awak selama saya kenal awak...dan itu juga saya nak minta dari awak!
  20. saya post entry demi awak....saya luahkan rasa kerana awak...sekarang ni saya dapat tau awak ada kat bilik...buat apa pun..entahlah!

No comments:

Post a Comment