Thursday, April 28, 2011

Exam je...aku jadi tak tentu arah!

huh...dah lepas dah paper yang membuat aku cirit seminggu tuh...(sampai aku menangis2 sebab lupa pakai lampin pakai buang nak halang cirit!) haks...ape la aku merepek nih..tensen la tu...

CSC435- Object-Oriented Programming

sebelum tu pulak paper yang buat semua insan kat Fakulti Sc Komp & Maths tu naik giler separuh badan...semua org kata susah...aku lak lagi kecewa...jujur aku buat past year question...dan kaji rentak soalan tuh...tau2..soalan keluar cam ape tah...bak kata org: "lari mazhab"...kelakar!
QMT437- Operational Research

Next, ini dia yang terbaik dari ladang:

MGT420 - Principles & Practice of Management...

huhh..yg ni boleh la jugak nak target A- (rendah ckit sudah!)....sebab aku minat subjek nih...tapi..nak wat revision...punyalah susah..saje je nak lewat2 kan...ade je dugaan yang melanda...Kemudian, menyusul

ITS411- Fundamentals of Info System Development...

yang ni lagi la haruuu...boleh je nak target A- lagi...tapi..kne kuat ckit la baca balik ape yang aku tak baca time kelas dlu...teringat saat aku dok wat leka kat kelas...lecturer ajar...aku dengan 90% student lain wat tak reti je..main internet...sebab dia ajar tah ape2 tah..sape nak faham...nama je FUNDAMENTALS...tapi..seyes..susah gak la...tak pe..aku akan membaca bila paper MGT420 tu dah abes...selang beberapa jam keesokkan nya:

ITT400- Introduction to Data Comm & Networking...

ni lagi la dewa segala tak faham...aku dah jumpa lecturer aku...aku tnye soalan..hampanya...dia pun cam tak sure je nak jawab n kasi ilmu kat kitorang...subjek ni adelah ckit2 similar to PHYSICS knowledge...erm....of coz la aku tak paham...aku tak amek Physics masa Matrikulasi...then aku try hard gak la study subjek tuh..wat past year..even tak paham...aku redah..redah je...di akhir segala seksaan dunia nih..adalah:

MAT421- Calculus 1...

haaa...ni lagi satu adik beradik yang boleh mengheret aku ke intersesi semester depan..."please, janganlah fail atau aku repeat semester depan....tak nak..seriau aku!" aku paham je yang mana2 senang tuh..dpt yang susah...time tu la berasap hitam (bakar tiub getah motor tu!) mulut aku menengok soalan...tak pe...berusaha la..bak kata Abah aku: "nak belajar jangan byk mengeluh...teruskan usaha...jangan mengalah!" Mak lak kata: "buat elok2...jawab yang terbaik...jangan over confident..." huhh...bersemangat time tuh (time tu je..then lalai balik..)

Saturday, April 16, 2011

Tertatih

Aku berjalan di dalam asing dunia
Aku mencoba tak mengingatmu dan mengenangmu
Aku telah hancur lebih dari berkeping-keping
Karena cintaku karena rasaku
Yang tulus padamu

Begitu dalamnya aku terjatuh
Dalam kesalahan rasa ini

Jujur aku tak sanggup aku tak bisa
Aku tak mampu dan aku tertatih
Semua yang pernah kita lewati
Tak mungkin dapat ku dustai
Meskipun harus tertatih

Begitu dalamnya aku terjatuh
Dalam kesalahan rasa ini

Jujur aku tak sanggup aku tak bisa
Aku tak mampu dan aku tertatih
Semua yang pernah kita lewati
Tak mungkin dapat ku dustai
Meskipun harus tertatih

Aku tak sanggup aku tak bisa
Aku tak mampu dan aku tertatih
Semua yang pernah kita lewati
Tak mungkin dapat ku dustai
Meskipun harus tertatih

*by Keripatih
Entahlah...aku dah dengar lagu ni dekat 3 bulan dlu...asyik nak nyanyi lagu nih je...kadang2 tuh...bait2 kata dalam lagu nih wat aku sedih n bersalah jugak...aku akan bukak lagu nih untuk aku dengar bila aku stress...memang la lagu nih sedih...tapi tak tau kenapa aku akan jadi lebih ok lepas tu...

Monday, April 11, 2011

Permintaan: tamatkanlah segala kekusutan ini!

kesian kat aku (terpaksa ckp sebab tak de org peduli...) aku rasa aku cukup tabah...tapi aku lemah...hanya byk berbohong dengan org sekeliling...aku dah cuba untuk menahan semua sakit ini...akhirnya aku berkata: "aku tak mahu lagi hidup...baiklah, saya mengalah Ya Allah!" jenuh kawan2 dan juga mereka2 yg selalu menyokong aku ketika aku mahu jatuh menasihati bahawa aku harus bersabar dengan segala cabaran & dugaan...tapi aku lupa...hanya kerana cinta, sayang, tenaga kerja, akademik dan keluarga aku sudah surrender! begitu lemahnya aku...begitu cepat berputus asanya aku....begitu jauhnya aku dengan Illahi kerana sanggup mengungkap kata sebegini...aku sakit, aku lemah, aku sedih Ya Allah...kerana itu aku mengadu begini...aku tak mahu lagi ketawa seperti dulu...aku tak mahu lagi menangis seperti dulu...dan aku tak mahu lagi sikap aku seperti yg dulu...kerana aku kini sudah berbeza...aku kini hanya seperti insan yg hanya menunggu mati...semuanya kerana berputus harap...aku ketawa kerana aku bahagia...aku menangis kerana hati ini dilukai...aku stress kerana ini bukan jalan hidup ku...

semalam juga aku menangis kerana hati ini dilukai...aku betul2 sayangkan dia...aku cuma mahu dia ada bersama aku ketika aku gembira atau sedih...tapi..ternyata dia tidak memilik aku untuk dia sayang...masa itu aku rasa hati ini seperti ingin menangis...akhirnya..ia berdarah keluar dari luka...aku perlukan masa untuk lupakan dia...aku perlukan masa untuk tinggalkan dia...aku perlukan masa untuk perbetulkan semula niat aku dengannya...

aku bukannya jenis yg buat kerja hanya smpai pagar je..aku teliti...sampai dalam pagar pun aku buat...tapi...bila ia menekan aku...aku tertekan...aku mula rasa tidak selesa...aku tidak keruan...aku mula rasa hilang arah...dan akhirnya aku beremosi...aku cuba mengawalnya...jawapannya hanyalah aku akan menangis sahaja...sungguh sensitif aku nih....kemudian...aku berkali2 merubah target aku masa depan terhadap akademik...sungguh menakutkan kerana aku sudah jauh ketinggalan dalam urusan akademik...aku jadi tidak serius....aku dalam tahap bahaya...aku kritikal..sebelum ini aku tidak menjadi bahan uji kaji sendiri..hanya dengan pencapaian aku yang tidak memberangsangkan tu menjadikan aku dalam mood stress...

akhir sekali...aku sudah 2 bulan tidak menjenguk mak dengan abah kat rumah...alasan aku busy...busy memanjang...sampai plan aku nak balik rumah pun aku cut-cut...akhirnya aku sendiri menyesal kerana rupa-rupanya dengan sikap begini lah aku boleh digelar anak derhaka...aku tidak peduli mereka...aku tidak sekali pun bertanya khabar...aku lupa meraka...ketika ini..air mata berderai meniti turun ke pipi...aku rindu kan mereka...aku bukan melupakan mereka ataupun abaikan mereka...cuma aku tidak tahu apakah caranya untuk aku pulang mencium tangan mereka..."maafkan Ridwan..bukan niat Ridwan nak buat mak dengan abah menanti...jangan risau...Ridwan akan pulang juga...kerana dalam beberapa bulan ini...mak dengan abahlah yang Ridwan rindu sangat...rindu tahap dewa kali pertama dalam hidup Ridwan kat mak dengan abah..." risau juga...aku takut mereka tiada lagi untuk aku...aku terdiam...dan berfikir...segala ini...sgt susah untuk aku telan..tapi mengapa aku masih hidup?

Thursday, April 7, 2011

Sesalan yang tidak perlu tercipta....

Aku tidak tahu apa kehendak hati aku ketika ini...mahu sahaja aku menjerit kuat2 tanya kat diri aku: "ko ni nak apa bodoh? pesal ko nak menyusahkan aku nih?" tapi nanti kawan kat sebelah gelak dan meng-ia kan statement aku...sejak aku tengok markah2 test dengan quiz aku....aku mula rasa cam nak nangis...aku tak sgka jadi cam ni...semester dulu lebih baik...aku pegang kemas kertas jawapan aku tuh...kemudian classmates aku tanya berapa markah aku...nak tunjuk? malu la...ade sesetengah dari dorg bebetul terkejut dengan apa yang aku dapat...aku sendiri..............SANGAT KECEWA.............. dengan diri aku sendiri...ketika aku berbaring...fikiran ligat berpusing...apa sebenarnya yahg berlaku kata aku ya? satu tekaan bermula:
  • aku bukanlah nak kata aku menyesal...cuma aku rasa penat dan diri aku tidak stabil...rupa-rupanya aku belum cukup bersedia memikul tanggungjawab yang besar cam tu...pernah berkali-kali aku cuba bertahan dan berpegang pada janji aku dulu masa mula-mula aku diberi sebuah tanggungjawab yang dinamakan College Representative Council....cuma beberapa minggu selepas aku selesai menjalankan satu program dinner...aku jadi tak keruan...ok..first adalah tentang (my love) aku yang mula tidak bersefahaman dengan aku lagi...seyes...masa tuh rasa cam nak nangis hadapi semua ni...kemudian...tugasan sebagai keluarga council pulak yang begitu mencabar... itu juga membuatkan aku tidak boleh bernafas...aku rasa macam dah nak mati time tu...
  • kerisauan besar adalah FINAL EXAMINATION dah nak dekat...aku kelam kabut buat revision...banyak betul subjek yang aku belum cover...sampai satu malam tu...aku study sampai aku menangis2 kat buku tuh..."aku betul2 tak faham...nak wat kerja tu pun aku memang tak tahu..." masa tuh aku terkenang nasib aku...berkali-kali aku cium dan peluk buku tuh dan berharap hati aku terang boleh faham subjek tu...tapi...markah test dan quiz memberi petanda yang aku belum sebati lagi dengan subjek tu...aku tenung je kertas tu...balik bilik aku susun kemas buku2 tuh dan satu persatu buku tu aku belek dan aku mula berfikir: "jika aku mempunyai masa dengan ko buku...aku janji aku study ko..." sekarang aku cuma sibuk dengan urusan lain...kadang2 aku leka...
  • aku terlalu fikir dan mengejar (my love) aku tuh...aku memang tak boleh walau sehari tak menyebut pasal dia....aku dah cuba untuk 3 hari berjauhan dengan dia...balasannya ialah: "aku gila, angau dan mudah sensitif...susah juga macam ni...aku rasa cam tak boleh nak hidup tnpa...aku terlalu berharap dengan dia..." aku rasa nak asingkan dia dengan hidup aku yang ada nih...tapi...aku sangat sayangkan dia...aku tak nak dia jauh dengan aku....
  • aku rindukan masa aku gembira dulu...sekarang aku masih lagi gembira...cuma aku bukan diri aku...aku harapkan aku beroleh masa lampau aku...ini bukan diri aku..ini bukan cara aku...aku sedang meniru kehidupan yang aku sendiri cipta skrip nya...akhirnya aku yang sengsara....aku tak salahkan Council Family tu...aku cukup gembira dan dihargai bila ada bersama dorg...cuma...aku....argghh.....sukar untuk aku ungkapkan...aku rasa macam nak quit je dari segala apa yang aku ada sekarang...rasa cam putus asa...macam dah tak bleh nak berdiri lagi...aku mula sedikit demi sedikit hampir jatuh melutut di muka bumi...aku lemah kini...aku sayang semua CounciL Family aku...aku sayang semua kenangan aku....cuma aku terdesak dan tertekan....dimanakah diri aku yang sebenar ketika ini?
*aku nak mengadu kepada satu2 nya abg aku kat dlm Council Family pasal ni...tapi...mampukah semua ni selesai? Dia faham...dia tahu aku...dia pujuk...aku nak sedikit keprihatinan...


Monday, April 4, 2011

Bila Sudah Penat!

aku bosan sudah menjadi sesuatu yang bukan diri aku...
ya...aku pelakon lelaki terbaik dunia...kerana aku mampu mengolah skrip filem...
akhirnya kini..aku terduduk lemah, sakit dan tertekan dengan pembawaan aku...

apa yang penat sebenanya?
aku tak mahu lagi berpura menjadi orang lain...
membuat sesuatu demi orang lain...
menyayangi dan menyukai hanya kepentingan orang lain...
kerana itu aku berlabel: "HIDUP UNTUK ORANG"
bukankah itu dinamakan Balachi?

izinkan aku berkata bahawa aku ini bodoh...
hati aku terlalu lembut...
hanya melihat orang lain...keputusan aku semuanya berpihak pada mereka...
pernah aku prihatin pada diri aku sendiri?
aku dah benci menjaga perasaan orang...aku dah cukup benci...
kerana....
aku sendiri tahu tiada orang yang pernah menjaga perasaan aku...
aku beralah..mengalah..semua tentang mereka....
pernah mereka bertindak begitu...

kalau aku ni jenis demand tinggi...
setiap perlakuan mereka aku hakimi...
setiap kata mereka aku bidasi...
setiap pada apa yang mereka lihat aku tutupi...
aku tidak mudah nak percaya mereka lagi...
aku percaya pada DIA yang mempercayai aku...
mungkin datangnya dari kalangan mereka yang mempercayai...

sedih hati...terduduk keseorangan...memikirkan...
kenapa buruk sangat tingkah mereka terhadap aku?
adakah perlu aku menjerit pada satu dunia bahawa: AKU LELAKI SENSITIF TINGGI!
tak perlu bukan...itu sangat memalukan dihadapan wanita2...
aku mahu dilepaskan dari bergelumang dengan sakit sebegini...
kepada mereka2 itu...jagalah aku...jagalah hati aku...jagalah perasaan aku...
kerana aku cukup bermatian untuk kamu semua...ini aku...aku....aku...