Monday, April 4, 2011

Bila Sudah Penat!

aku bosan sudah menjadi sesuatu yang bukan diri aku...
ya...aku pelakon lelaki terbaik dunia...kerana aku mampu mengolah skrip filem...
akhirnya kini..aku terduduk lemah, sakit dan tertekan dengan pembawaan aku...

apa yang penat sebenanya?
aku tak mahu lagi berpura menjadi orang lain...
membuat sesuatu demi orang lain...
menyayangi dan menyukai hanya kepentingan orang lain...
kerana itu aku berlabel: "HIDUP UNTUK ORANG"
bukankah itu dinamakan Balachi?

izinkan aku berkata bahawa aku ini bodoh...
hati aku terlalu lembut...
hanya melihat orang lain...keputusan aku semuanya berpihak pada mereka...
pernah aku prihatin pada diri aku sendiri?
aku dah benci menjaga perasaan orang...aku dah cukup benci...
kerana....
aku sendiri tahu tiada orang yang pernah menjaga perasaan aku...
aku beralah..mengalah..semua tentang mereka....
pernah mereka bertindak begitu...

kalau aku ni jenis demand tinggi...
setiap perlakuan mereka aku hakimi...
setiap kata mereka aku bidasi...
setiap pada apa yang mereka lihat aku tutupi...
aku tidak mudah nak percaya mereka lagi...
aku percaya pada DIA yang mempercayai aku...
mungkin datangnya dari kalangan mereka yang mempercayai...

sedih hati...terduduk keseorangan...memikirkan...
kenapa buruk sangat tingkah mereka terhadap aku?
adakah perlu aku menjerit pada satu dunia bahawa: AKU LELAKI SENSITIF TINGGI!
tak perlu bukan...itu sangat memalukan dihadapan wanita2...
aku mahu dilepaskan dari bergelumang dengan sakit sebegini...
kepada mereka2 itu...jagalah aku...jagalah hati aku...jagalah perasaan aku...
kerana aku cukup bermatian untuk kamu semua...ini aku...aku....aku...

No comments:

Post a Comment