Monday, October 31, 2011

Masih Disitu~

Untuk kesekian kalinya
Saya mengalami sesuatu yang saya tak boleh elak
Saya kemalangan
Sehingga mati saya dibuatnya

Sekian Terima Kasih
Kerana Beri saya peluang hidup dimuka bumi...

Saturday, October 29, 2011

Yearh~Itu dia...

Hehe...rasanya masalah dah nak habis dah kot...
Erm, biasalah...bila ade musim tertekan & tekanan...aku jadi sewel kejap...
Aku dah malas nak pikir semua masalah yang datangnya dari diri aku sendiri...
Aku anggap je dah selesai...bagus jugak kan? =)

Tapi untuk dia (org penting aku tuh) aku masih berharap pada dia...
Cuma kali ni aku nak beri dia hidup cara dia semula...
Bagi dia rehat & tenangkan perasaan dia...
Aku hanya mampu memohon maaf dan berharap semuanya selesai...

Ok..cerita kali ni pasal (erm..aku pun tak tau nak cerita ape...)
Aku dah boleh bertahan duduk kat meja study selak setiap satu muka surat...
Hafal teks untuk mandarin speaking quiz aku...
Kemudian teliti satu persatu Data Structure Java Programming aku...
Persiapkan segala quiz dan test yg mendatang...

Owh, tabiat ini telah kembali sama macam kat akhir semester 2 Matrikulasi aku....
Aku amek masa macam ni bila aku betul2 dalam mood tertekan dan kecewa...
Maka dengan itu...aku STUDY....hahahaha...
Moga masa merubah segalanya~

Thursday, October 27, 2011

Kenapa?

Rasa seperti ada satu kehilangan yang besar...
Mungkin itu kali terakhir aku melihat dia...seseorang itu...
Puas aku merayu...puas aku menerangkan perkara sebenar...
Kau tidak mahu lagi mendengar...

Dimanakah agaknya kebenaran yang dapat aku sendiri pertahankan?
Bukan aku saja-saja melemparkan kalimah Allah itu menjadi medan...
Semua itu atas dasar aku bersumpah mengatakan ia benar...
Gila aku jadinya malam tadi...mungkin orang lain anggap ia perkara biasa....
Tapi bagi aku, separuh hidup aku hilang...
Tak sangka hampir hilang pedoman agamaku gara-gara ini...
Bukan aku tidak tahu tentang diri aku...aku takut akan kehilangan...apa sahaja...

Memandang wajah aku juga kau tidak mahu...
Bertegur sapa dengan aku juga kau tidak endah...
Berbicara dengan aku juga kau katakan kau ada perkara lain...
Aku beri kau peluang....aku beri kau masa...
Adakah semua itu kerana kau menjarakkan hubungan kita?

Aku bersumpah demi Allah SWT...aku tidak khianatkan kau mahupun dia...
Tidak terlintas dan tidak terniat aku begitu...tolonglah aku merayu!
Seluruh nafasku menjadi titik terakhir tatkala mengetahui segalanya...
Itukah yang merobek perasaan kau selama ini?
Aku mengaku itu silap aku kerana hilangnya kepercayaan kau terhadap aku...
Tapi aku mohon kau fikirlah segalanya dengan sebaiknya...
Adakah ini jalan yang engkau minta?

Aku merayu jangan tinggalkan aku...
Aku mohon kau maafkan aku...
Aku minta kau beri aku peluang...
Aku masih sayangkan kau...bukan mudah terciptanya perasaan ini buat kau...
Kerana aku betul2 rasakan, hidupnya kau selama ni dalam dunia aku...
Aku sudah lama campakkan segala rasa dan ingkarku demi mu...
Sekurang-kurangnya...kau dengarkanlah aku...

Andai kau membaca...aku mahu kembali pada kau...

ikhlas dari hati aku~
Mag_Jr Shomei

Wednesday, October 19, 2011

Terima Kasih kepadamu kerana Mendengar...

Sudahku tahu ia silap, kenapa aku teruskan. Sudah ku tahu ia salah kenapa aku diamkan. Aku leka dan indah menikmati walau secebis kesilapan yang aku lakukan. Kerana aku diamkan dan aku teruskan kesilapan. Tidak mengapa kerana ia permulaan, tapi cuba aku selidik semula...kini kesilapan itu sudah sampai yang terakhir, segala kesilapan itu dihumbankan semula kepadaku. Satu persatu salahku terbuka dan terbukti...dimana lagi aku harus lari? Menyesal tak sudah.

Thursday, October 13, 2011

Berikan Aku Masa Untuk Menangis!

Perlu sgt ke?
Aku jadi pemerhati, maka aku melihat dgn pancaindera...
Memang semua itu tiada maknanya...cuma...
Hati adalah sifat yang lain beza...
Jika dianggap mudah, ia akan tenang tanpa rintangan...
Jika dianggap sukar, ia akan jadi tak tentu hala...
Aku pun tak sure dengan perasaan aku sendiri...
Nak gambarkan pun...aku tak tahu...
Agaknya apa yang sedang berlaku?

Aku capai kotak tisu...
Bajet aku nak nanges lepas tu, tapi...
Hati ni rasa cekal pulak nak tanggung semua rasa sakit tu...
Kali ni hati ini tak menyebelahi aku...dia biarkan aku sakit...
Aku tahan-tahankan sampai aku rasa cukup terhiris, cukup membelah sekeping hati ni...
Takkan ada sesiapa yang tahu...
Mungkin kali ini aku perlukan masa bersendiri...
Nak lihat apa akan jadi bila suatu masa nanti aku tiada lagi...

Mungkin Blackey peneman rasa sedih dihati...
Aku coretkan beribu rasa yang membebani jiwa ini...
Yang menjadi pembaca setia hanyalah Blackey juga...
Nak dapat orang yang boleh peluk aku...tenangkan aku...TIADA!
Maka, Fabregas & Cheybo jadi tempat aku didodoikan...
Rasa nak bermuhasabah diri, cermin la jadi saksi...
Aku dah semakin ditinggalkan...tak ada lagi yang perlu...

Tuesday, October 11, 2011

Nothing In My Mind~but....

Kesian kat saya sebab perasaan saya dipermainkan...
ingatkan sungguh semua ni ada pengakhirannya...
rupa-rupanya saya hanya medan untuk dijadikan peneman setia.
Saya telah jatuh kepada awak...
tapi saya takut untuk teruskan semua ini...
bimbang awak juga terbawa-bawa dalam cerita rekaan saya....