Tuesday, March 20, 2012

Selalu Mengalah


Selalu Mengalah - Seventeen

Jelaskan pada ku isi hatimu
Seberapa besar kau yakin padaku
Untuk tetap bisa bertahan denganmu
Menjaga cinta ini

Pertengkaran... yang terjadi...
Seperti semua salah ku

Korus:
Mengapa slalu aku yang mengalah
Tak pernahkah kau berfikir
Sedikit tentang hatiku
Mengapa ku yang harus slalu mengalah
Pantaskah hatiku masih bisa bersamamu

Jelaskan pada ku isi hatimu
Seberapa besar kau yakin padaku
Untuk tetap bisa bertahan denganmu
Menjaga hati ini

Perasaan, Peluang, Kehilangan, Kebahagiaan, Pengajaran, Penyedaran

Wednesday, March 14, 2012

#M.o.h.o.n.m.a.a.f.m.o.d.e#

Bila terlihat status fb seseorang yang menyatakan tentang makna maaf...
Aku terfikir pula tentang sesuatu..."perasaan yg tidak boleh dimaafkan"
"Dia mengatakan tidak salah kecewa dgn perilaku seseorang yang menyakiti kita...
Dia mengatakan tidak salah marah dgn kesalahan & keburukannya yg menyakiti kita...
Tapi dia juga berkata Islam juga ajar kita untuk memaafkan seseorang itu..."

Cuma...

Aku tidak pernah sekali marahkan kesilapan dia...
Aku tak nak sekali pun fikir kesalahan dia...
Aku tak nak sekali pun salahkan dia...
Aku hanya kecewa kerana dia menidakkan segala apa yang pernah aku buat...
Dia sangsi dan dia tak hargai apa yang pernah aku buat...
Tambahan, dia seringkali mengulangi kesilapan yang dia pernah buat...
Bila ia terjadi, dia seringkali salahkan aku semula...
Dia mengatakan yang aku tidak faham dan ambil tahu masalah dia...
Bila sakit dihati aku dah mula kronik...akhirnya,
Aku ambil keputusan untuk terus marahkan dia & bawa diri aku jauh dari kesakitan itu...

Padahal...

Aku ambil masa yang lama nak fahamkan dia...
Aku beri peluang untuk dia sentiasa buat kesalahan, kerana aku sanggup menghadapi...
Aku biarkan saja kata-kata dia yang menghiris perasaan aku...
Aku nak dia terus marahkan aku dan sakitkan hati aku...kerana hanya satu saja yang aku tahu...

Aku mahu menjaga perasaan dan menuruti kehendak dia dan orang lain disekeliling aku..
tanpa aku peduli perasaan aku, itu pengorbanan aku...

Mag_Jr Shomei
#Maaf, aku terpaksa berterus terang, itu lebih baik untuk persahabatan ini...


Monday, March 12, 2012

Padah Kerja Kumpulan

Huh! Bad mood lagi aku untuk ulangtahun ke 4!
Macam biasa, dah masuk sem baru, kerja kumpulan pun bermula...
Setiap kali nak pilih kumpulan mesti aku jadi sakit hati...
Aku dapat ahli kumpulan yang macam sh*t!

Aku nak kumpulan lain...masalahnya dalam kelas aku sekarang tinggal 19 orang...
Dan yang paling agung sekali, hanya tinggal 3 orang lelaki...
Sumpah, jantan memang pupus kat universiti...(Eh, macam kutuk diri sendiri je!)
So, bila lecturer minta 1 kumpulan consist of 3-4 peoples...(belum kira pair work lagi!)
Aku dengan tak de pilihan lain TERPAKSA RELA jelah ambil lagi 2 orang anak teruna tu!
Yang geng gugurl aku yang lain dah lari buat team dia dulu...

Aku tak de masalah dalam team work, tapi aku ade masalah dengan:

  1. Sape yang jadi ahli kumpulan aku?
  2. Contribution dia dalam kumpulan?
  3. Kepekaan dia dalam kumpulan?
  4. Usaha dia nak get along dengan kumpulan?
Tapi memandang pada mereka yang jadi ahli kumpulan aku tuh:
Sumpah korang memang pemalas, buat tak endah, tak peka & tak nak ambil tahu...
itu belum lagi kerja bertangguh dan tak perfect! PAYAH LAH KERJA DENGAN LELAKI NI!

Sekadar Gambar Hiasan

Wednesday, March 7, 2012

Penyelesaian.

Agaknya macam mana cara kita nak tinggalkan sesuatu?
Dan macam mana agaknya kita nak lupakan sesuatu?
Juga macam mana caranya kita nak elakkan berfikir tentang sesuatu?
Tambahan pula macam mana langkah yang wajar untuk kita menjauhi sesuatu?

Agaknya ada jawapan tak?

Tuesday, March 6, 2012

Dimanakah Salahku?

Aku terduduk dan terdiam mengenangkan peristiwa beberapa minit yang lalu...
Sungguh aku tak faham apa yang sedang berlaku...
Adakah aku yang bersalah atau aku yang cari masalah?
Tindakannya begitu kasar & melukakan sedikit perasaan ini...
Selamatlah luka itu sedikit, baru 2 bulan hati ni dah dipulihkan..
Tahu-tahu ia dilukakan semula...

Aku tak tahu apa salah aku...
Sehinggakan dia buat perangai yang membuatkan aku tak faham...
Tak faham kerana bagi aku "dia melepaskan marahnya pada aku yang tidak tahu apa-apa"
Senyum aku pada mulanya jadi satu kesalahan pula...
Terus aku mendiamkan diri...biarlah dia buat apa yang dia nak...
Aku tak ada hak nak ambil tahu...dan pastinya dia tak mahu aku ambil tahu...

Tapi salahkah aku?
Salahkah aku membiarkan diri aku sendiri dalam keinginan orang lain?
Selagi aku gembira & bahagia disamping teman-teman demi diri aku sendiri...
Kenapa perlu diragui?
Sehinggakan dia berkata segalanya adalah satu kesilapan...
Hingga ia kelihatan salah beberapa minit yang lalu...
Salah aku dimana agaknya?

Sunday, March 4, 2012

Jika Gambar Ini Bercerita...

Isu kali ini akan dibiarkan dalam mode: Senyap!
Hanya gambar yang akan take part aku untuk bercerita...
Percutianku: One Destiny Great Missions, Beijing, China (24 Jan -1 Feb 2012)