Entri pertama dalam bulan Mac...
Tak sangka dah 3 bulan bergeraknya jangka masa...
Sedih pula nak tinggalkan kisah lama...banyak betul kenangannya...
Baiklah, tema untuk entri kali ini ialah tentang JUJUR.
J.U.J.U.R = Jawapan Untuk Jauhi Ungkapan Ragu-Ragu
Aku sedari aku sekarang dah sedikit berubah...
Aku yang dulu seringkali menipu diri aku...menyembunyikan hakikat...
Sekarang aku dah ubahi diri aku menjadi yang jujur...
Aku bukanlah jadi seperti suci atau mulia jujur sejujur-jujurnya...
Sekurang-kurangnya aku tak menyimpan atau memendam niat di hati...
Kali ini aku bersuara dan menyatakan apa yang terbuku dalam hati aku...
Semua itu atas niat aku sendiri ingin menjadi seorang yang terlalu jujur...
Kerana dulu aku seringkali menyeksa perasaan dan naluri aku...
Penuh ungkapan yang terbuku dalam hati sehingga ia memakan diri...
Sakit diri aku diperlakukan sebegitu...
Merintih hati ini menyuarakan pedih terluka...
Ketika ini aku teringat satu peristiwa malam tadi...
Sewaktu aku sibuk berkemas dan menyusun barang...
Hari itu aku mendapat bilik yang baru...
Tapi terang-terangan hati dihambat rasa serba salah dan bersalah...
Fikiran ketika itu mencari satu persatu punca permasalahan...
Dan...
Setidak kena mengena aku berkata sesuatu kepada seseorang...
Bahawa aku tidak ada hati dan seronok berada di bilik tersebut...
Aku bukan tidak seronok dengan dia, cuma dengan situasinya sahaja...
Atas rasa aku bersalah dan serba salah, mungkin si dia ini faham situasi ini...
Lantas si dia terdiam dan tidak memandang pada aku...terasa hati mungkin?
Ternyata kata-kata aku itu terlalu JUJUR, bersalah pula mengaku...
Aku tidak ada niat menyakitkan hatinya...aku cuma jujur menyatakan perasaan aku...
Maaf, andai kamu berkecil hati dengan kejujuran aku itu...
Ini sajalah sebab entri Mac pertama ini aku coretkan...
No comments:
Post a Comment