Wednesday, March 14, 2012

#M.o.h.o.n.m.a.a.f.m.o.d.e#

Bila terlihat status fb seseorang yang menyatakan tentang makna maaf...
Aku terfikir pula tentang sesuatu..."perasaan yg tidak boleh dimaafkan"
"Dia mengatakan tidak salah kecewa dgn perilaku seseorang yang menyakiti kita...
Dia mengatakan tidak salah marah dgn kesalahan & keburukannya yg menyakiti kita...
Tapi dia juga berkata Islam juga ajar kita untuk memaafkan seseorang itu..."

Cuma...

Aku tidak pernah sekali marahkan kesilapan dia...
Aku tak nak sekali pun fikir kesalahan dia...
Aku tak nak sekali pun salahkan dia...
Aku hanya kecewa kerana dia menidakkan segala apa yang pernah aku buat...
Dia sangsi dan dia tak hargai apa yang pernah aku buat...
Tambahan, dia seringkali mengulangi kesilapan yang dia pernah buat...
Bila ia terjadi, dia seringkali salahkan aku semula...
Dia mengatakan yang aku tidak faham dan ambil tahu masalah dia...
Bila sakit dihati aku dah mula kronik...akhirnya,
Aku ambil keputusan untuk terus marahkan dia & bawa diri aku jauh dari kesakitan itu...

Padahal...

Aku ambil masa yang lama nak fahamkan dia...
Aku beri peluang untuk dia sentiasa buat kesalahan, kerana aku sanggup menghadapi...
Aku biarkan saja kata-kata dia yang menghiris perasaan aku...
Aku nak dia terus marahkan aku dan sakitkan hati aku...kerana hanya satu saja yang aku tahu...

Aku mahu menjaga perasaan dan menuruti kehendak dia dan orang lain disekeliling aku..
tanpa aku peduli perasaan aku, itu pengorbanan aku...

Mag_Jr Shomei
#Maaf, aku terpaksa berterus terang, itu lebih baik untuk persahabatan ini...


No comments:

Post a Comment