Saturday, April 7, 2012

Hati Ini Menyoal?

                                                                                                                                                                                               Aku akan beri korang satu situasi yang telah diolah cerita dan situasi...
Kesemua cerita dan situasi ini mungkin pernah terjadi kepada anda dan sesiapa...
Cuma aku minta jawapan dari setiap situasi/cerita yang dinyatakan...
Dan pastinya jawapan tersebut adalah tentang perasaan anda. Mari kita mulakan!

1) Anda sedang duduk lepak 4 orang di kedai makan, dan pada waktu itu 3 rakan anda itu begitu rancak berbual hingga mereka seperti 'terlupa' kehadiran anda disitu. Anda hanya mampu melihat satu persatu wajah yang sedang bercerita dan kadang-kala anda cuba untuk ketawa juga sebagai tanda anda bersama forum itu.
Apa sebenarnya terbuku dihati anda ketika itu?
______________________________________

2) Anda sememangnya berkawan 3 orang. Kemana dan apa saja yang anda lakukan semestinya bertiga. Pada satu hari seorang dari rakan kamu menerima 2 tiket menonton wayang bertajuk "The Vow", dan disebabkan mereka tahu anda seorang yang cepat mengalah mereka terus membuat keputusan untuk melihatnya berdua tanpa anda sedangkan anda sedang berada dihadapan mereka dalam membuat keputusan.
Anda mampu berkata: "tak apa, aku okey" tapi dihati anda?
______________________________________

3)  Anda dan rakan baik anda sudah bersahabat berpuluh tahun. Suatu hari anda telah mendapat kekasih dan tumpuan anda mulalah berubah dari kawan anda tadi kepada kekasih anda. Anda mencuba memberi sedikit masa terluang untuk kawan anda tetapi kekasih anda inginkan tumpuan lebih diberi kepadanya. Anda mula berasa bersalah dan merindui saat2 gembira bersama2 kawan anda. Lama kelamaa kawan anda memutuskan ingin meninggalkan anda dan terus melupakan anda. Sedangkan anda tidak berharap ia terjadi. Adakah anda terima penentuan tersebut?
Tentu sekali anda sedih, tapi apa yang anda perlu katakan?
______________________________________

4) Anda rasakan diri anda tidak adil kepada 2 lagi rakan anda. Satu hari rakan anda yang satu ini telah membuat satu kesalahan kerana bertindak diluar dugaan dengan memukul rakan anda yang satu lagi. Tanpa usul periksa anda telah memarahi rakan anda yang bertindak luar dugaan tersebut dan menyebelahi yang satu lagi. Anda juga telah memutuskan persahabatan dengan rakan anda yang bertindak keterlaluan kerana menanggung malu kepada khalayak ramai.
Anda rasa anda telah tersalah kata, apa yang patut anda lakukan? 
_____________________________________

5) Anda mungkin dilabelkan rakan tikam belakang. Anda sentiasa mempunyai motif dalam setiap perkara yang melibatkan anda dan rakan2 anda. Anda telah jatuh hati dengan rakan baik anda yang mana rakan baik anda itu juga rakan baik kepada rakan anda dan anda sendiri. Anda tidak mahu dikategorikan sebagai 'sahabat yang kawan bermotif' dan terus merahsiakan perkara tersebut dan menipu rakan anda yang lagi satu. Satu hari dia telah mendapat tahu dan dia telah melimpahkan segala rasa marahnya dan terus menjauhi anda.
Anda mungkin tiada niat untuk menipu,apa yang sepatutnya anda terangkan padanya?
 _____________________________________

6) Anda jadi tidak keruan kerana terpaksa memilih antara dua. Anda rasakan kedua-dua rakan anda itu penting dan anda tidak mahu lepaskan. Secara tiba-tiba anda telah diminta rakan anda untuk meninggalkan rakan anda yang satu lagi kerana masalah yang mereka sedang alami. Anda cuba menjadi mengaman dan mendengar aduan setiap pihak. Lama-kelamaan anda rasa sesak dan putus asa untuk menjadi orang tengah dalam perbalahan. 
Anda tidak mahu menjadi dalang kepada perpecahan orang, tapi apa keputusan anda?
______________________________________

7) Anda boleh dikategorikan seorang yang suka berkorban dan memikirkan kepentingan orang lain lebih dari diri sediri. Bukan atas niat mengungkit, tapi anda harapkan rakan anda rasakan wujudnya anda ketika rakan memerlukan. Tapi apabila rakan anda sudah beroleh kesenangan, anda seperti dilupakan dan tidak diingati malah seperti tidak diperlukan lagi. Anda atas dasar menjaga persahabatan demi kebaikan masing2 dan kebahagiaan masing hanya mendiamkan perkara tersebut dan menyimpan dalam hati sahaja.
Tapi semua itu sakit bila si pendam lama kan? Perlukah anda menyuarakan hasrat anda?
______________________________________

~Apa kata hati anda?~
(Post hanya sontan, mungkin tiada mengena dengan mana-mana individu)

2 comments:

  1. hmmm.. complicated.. tp seriously aku rase aku pnah face dgn beberapa situation yg ada dlm list tu.. its hard to decide what to do for what people do to you.. btw pasal citer "The Vow" tu jgn la nk sentap dgn dorang aku ada soft copy citer tuu nnt kau amik tgk la puas2 ye.. hohoh..

    ReplyDelete
  2. hahahah....citer "the vow" tu aku hentam je ayat tu, tak tau citer ape yg tengah hangat kat cinema...tetiba aku teringat citer tu, terus la "the vow" jadi isu blog ni..hahaha

    ReplyDelete