Tapi macam mana kalau kita sedar yang hari ini adalah sama seperti semalam?
Dejavu kah kita? Ataupun kita yang rancang ia akan berlaku sebegitu?
Tidak bukan? Jadi apa semua itu.
Hari ini (sebenarnya dah lama perhati...)
Aku mengalami hari-hari yang sama dengan kisah lama aku...
Semuanya akan terjadi bila aku berjumpa atau bersama seseorang...
Kejadian itu akan berlaku, secara terang-terangan ataupun secara tersembunyi...
Terpulang pada aku sama ada nak perasan atau tidak.
Aku pernah cerita yang dulu aku kenal seseorang namanya K bukan?
Ya dia...kisah dia dengan aku masih kekal dalam ingatan sampai sekarang...
Aku masih ingat cara dia bercakap, gerak gaya & perlakuan dia...
Aku cadang nak lupakan saja semua itu. Ya, sedikit sebanyak ia berjaya juga...
Tapi, ada juga yang masih tertinggal.
Setelah beberapa tahun aku lupakan dia...kini ada pula yang muncul...
Cara bercakap & sikap dia 50% sama macam K tu...
Tersentak aku bila dengar, terus aku teringat kisah lama...
Adakah ia sedang muncul & mengembalikan cerita lama menjadi episod baru?
Adakah ia hadir kerana aku terlalu rindu & ingin sangat bertermu K?
Lalu zaman memberi aku peluang untuk bertemu semula kisah lama aku?
Banyaknya persoalan....Arghh, berkecamuk fikiran aku.
Kenapa dia ni hadir?
Kebetulan pula semasa dia bercakap dengan aku lagu yang aku pasangkan
di earphone berdendang dengan lagu yang aku dengan K pernah dengar bersama dulu...
Apakah semua itu?
No comments:
Post a Comment