Tapi pernah kau tanya diri kau, kau percayakan kami?
Ataupun, kau percaya pada diri kau?
Entahlah...kau sendiri tak mampu jawab.
Paling tidak kau kata ini privasi aku, ini rahsia aku dan bla...bla...bla!
Kau rasakan kami tidak mempercayai kau...
Kau rasakan kami tidak mahu menjadi teman sepermainan kau...
Sedangkan kau tidak pernah bertanya, salahkah diri kau pada mata kami.
Ya, kami mengaku kami bukanlah mulia yang boleh diangkat ke langit dengan mudah...
Ya, kami sedar jikalau ada perumpaan mengatakan kita semua 2 X 5 = 10...
Kerana itu kau ego, perasan lebih, bajet & segala kata-kata kau perfect...
Kami hidu penipuan kau, kami nampak penipuan kau...
Tapi kau tidak putus-putus buat kesilapan yang sama...
Bukan kami tak pernah tegur, sudah kami ingatkan...
Kau tetap dengan cara kau, sebab itu orang lain pergi dari kau, kau FAKE.
Kemudian kini kau katakan tentang kepercayaan...
Kau rasakan kami ini berbeza seperti insan lain yang kau amati...
Kau fikirkan kami ini menghukum jiwa & nilai persahabatan kau
...
Sebenarnya, kepercayaan terhadap itu sendiri yang telah hilang dalam benak kami...
Kau perangkap diri kau sendiri, dan kau jatuhkan diri kau dalam azab yang hitam...
Jadi mengapa perlu kami rasa bersalah?
Kepercayaan tidak boleh dibuat main. Sekadar gambar hiasan. |
No comments:
Post a Comment