Friday, December 30, 2011

Dah terlambat giler nak buat short notes doh!

Masa ni aku still tengah berjuang nak khatamkan satu-satunya subjek sejarah yang aku wajib amek! CTU553: HUBUNGAN ETNIK! Adoi...memang menduga jiwa. Nak membaca punyalah menggoda mata. Antara larat mata tengok atau tak je. Seyes, satu buku Hubungan Etnik tu adalah tulisan bebentuk taip komputer semata-mata, tiada gambar yang colorful ataupun sebarang warna pada tulisan. Tengok kulit buku pun agak "eyuwww...." buku sedangkan buku modul semester Artificial Intelligence aku lagi seronok nak hadap, sebab banyak calculation dengan gambar rajah. 

Aku tak tido lagi lah nampaknya nak buat short notes untuk subjek nih. Aku buat pakai microsoft word je sebab tak larat nak tulis byk2..menghabiskan dakwat pen je. Lepas dah siap semua 9 bab tu, bolehlah aku revise benda tu je. Tak payah lagi kelek Modul HE tu lagi. Masalahnya sekarang....nak buat short notes tu mesti baca kat buku tu dulu...itu yang buat aku naik gila sampai ulang alik toilet berkali-kali. So, bila dah tak tenteram, ini lah kerja aku...Blogging, Facebooking lepas tu amek gambar entah ape-ape macam kat bawah ni:

 Inilah buku nya yang buat aku sawan separuh hari!
 Eleh...buat-buatlah baca! Lepas tu lempar buang (tido time!)
Masalahnya, kalau tak revise subjek ni, macam mana nak jawab exam?

Itulah yang buat aku giler sepanjang hari ni...tadi siang aku leka tengok citer Ombak Rindu untuk kali ke 3 kat laptop aku setelah aku berjaya download secara haremmm aman. Oklah, aku nak sambung kerja semula.

Saturday, December 24, 2011

Untunglah pada sape yang dah nak grad tuh...

Aku kat sini masih lagi berjuang nak abeskan pengajian...
Cewah~cara cerita macam aku ni tinggal satu semester je lagi....
Sedangkan....
Ade lagi 1 tahun 1/2 + 1 sem praktikal...
Rasa macam nak kerja dah...sebab dapat duit...lepas tu (faham2 jelah)
Remy cerita dia dah nak abes study...tinggal grad je...
Opie cerita kat fb "No more courses to be register" kat iStudent Portal~
Ishhh...jelesnya aku!!! Aku pun nak grad gak lah...
Tapi mengenangkan study pun cam Hareeemm~tak pernah serius...
Entah sampai ke tak mod yang ditetapkan untuk aku habiskan study...
Berdoa banyaklah aku dipermudahkan~
So, citer pasal dah 3 semester jadi budak baik dan bermodal insan ni...
Ni lah kerja aku:
Semester 1: Tekun study dengan earphone kat telinga

Kelas C++ Programming: I Love This Lecture! So, tido la kerja aku

Aku budak hebat belajar, so main boling la lagi bagus!

 Sumpah kelas Hubungan Etnik membosankan! Jadi sebagai cagaran, melepak tu lagi best!

Carik pasal dengan lecturer. Konon2 la mafia, tapi xmenjadi! Budak pompuan semua ketawa!

 Belajar main-main, nak menggedik pandai! 

Last but not list, aku suka buat jahat kat orang!

Hoho, seronok kan jadi budak bermodal insan tinggi universiti ni kan? Actually, gambar yang diletakkan itu adalah hiasan semata-mata, aku pun tak kenal sape2 pun dalam gambar kat atas. Sebab aku terang-terang bukan macam tuh. Mungin budak course lain kot! Kalau mak aku tau aku perangai macam ni, mampus aku kena berleter tak berhenti dgn mak aku. Itu sajalah nak mengarut...salam berstudy weak week! Lagi 2 minggu nak final exam~Gud Luck kepada semua!!!


Thursday, December 22, 2011

Wordless Thursday~

Dah 3 hari tak makan dengan sesungguhnya..semuanya bergantung pada GLUCOSE!
Aku makan GLUCOSE ni macam makan gula-gula. Setiap masa telan benda tuh...
Ini jelah yang mampu nak kenyangkan perut nih...Terima kasih Pusat Kesihatan UiTM!
Hei...aku ade bukti taw, kesian kat pesakit nih...
Mag_Jr Shomei (bukan nama sebenar):




                   
Memang sakai betul pesakit nih...Suruh makan ubat dia tak nak...lepas tu gila macam nih...
Kesian~anak sapa nih?

Wednesday, December 21, 2011

Diri Aku? Tuhan (Rela / Tidak Rela)?

Dah tak akan sama lagi...
Kalau puas diusaha, tiada Dia merelakan...
Tentu sekali tiada gunanya...
Jika ia tertulis untuk berakhir...ia tetap akan berakhir...Walau aku melutut memohon...
Tuhan tahu segalanya...Tuhan rancangkan semuanya...Kita? IKUT SAHAJA, TANPA TANYA...
Dia berkuasa...Dia Pencipta...cuma kita kena sedari dia ADA...
Apabila kita mula larikan diri dari Dia konon2nya nak rasa bebas tanpanya...DIA TAK RELA...
Dia berikan hukuman yang bertimpa-timpa...semua itu menjadi balasan diri yang leka...
Kini aku sudah temui balasan itu...Dulu hendak sangat lari darinya...
Konon2 minta simpati bebas untuk merasa di jiwa...
Aku sedar Tuhan tak rela...maka, Dia berikan aku hukuman bertimpa-timpa...
Aku terkapai-kapai tiada bantuan yang ada...
Sedarilah aku jika melakukan kesilapan tanpa Dia rela...
Tak kira walau berbagai cara...Dia tetap mengekori untuk memberikan BALASAN...

Kesilapan aku kini memakan diri~

Sunday, December 18, 2011

Kenapa Pulangkan Hadiah tu?

Dalam pukul 1 tadi, dapat call dari seseorang yang dah lama tak contact...
Atas sebab aku jugak, "tak nak dia call lagi, nanti aku sakitkan hati dia"
 Tapi dia call gak arini, just bertanyakan soalan pendek...aku jawab.
Pelik jugak sebab dia call...dari situ mula rasa ade yg tak kena akan terjadi...
Dalam beberapa minit lepas tu "there was a bag in front of your door, take it back"
Aku pun dengan langkahan berat, sakit kepala demam lepas baca mesej dari dia terus buka pintu...
Ade beg purple, mula-mula suka tengok beg tu sebab warna purple (i love purple)
Tapi lepas bukak beg tu, terkejut dan terduduk kat situ jugak...
 "Kenapa?" adalah ayat pertama yang keluar dari bicara...
Memang rasa nak menangis masa tu...tapi hati berkata "cekalkan jiwa...semua ni boleh diselesaikan" Kenangan lama terimbau kembali, OGOS 2011:

 Pernah dulu aku bagi hadiah tu kat seseorang, dengan harapan orang tu terima... Walaupun aku berat sebelah beli depan BFF aku Afif, kemudian bagi hadiah kat Afif dengan hadiah yang tak seberapa... Sikit pun aku tak fikir Afif tu terasa ke tak... Walaupun Afif mintak hadiah yang aku beli tu berbalut dengan pembalut hadiah... Tapi aku tak buat macam tu, aku hadiahkan dengan cara yang tak menggembirakan dia.. Tapi beza dengan orang yang aku bagi nih...sebulan awal aku prepare hadiah dia... Dah terfikir macam-macma jenis hadiah nak beli...paksa Afif teman aku beli hadiah tu... Pun Afif tak larang,dia sanggup ikut beli...dan advice aku hadiah yang sesuai... Aku masih berat sebelah sebab aku call Remy nak tanyakan pasal hadiah tu...Remy jawab "tak kesah, asalkan kau rasa sesuai" Afif terdengar perbualan aku dengan Remy, dia pun cakap: "kalau ko tanya Remy pasal hadiah tu, nanti Remy rasa apa pulak?" "Aku tak tau nak decide, aku tanya Remy lah as best fren dia" Kemudian aku belikan hadiah kecik untuk Remy sebagai nak jaga perasaan takut terasa aku bagi hadiah kat dia... Tapi masa tu aku masih terfikir... "Maafkan Megat sebab mungkin buat Remy terasa macam ni...November nanti Megat janji akan ada hadiah untuk Remy dari Megat.."

 Sampailah masa aku beri hadiah tu kat dia...dengan menggunakan tenaga sendiri... Dengan usaha sendiri siapkan hadiah tu, aku bagi kat dia secara terus... Semua tu ikhlas sebagai tanda terima kasih sebab dulu pernah bagi aku pinjam duit masa aku kesempitan... Cuma aku tak de duit nak bayar secara tunai, aku cagarkan hadiah ni sebagai pengganti... Pasal hadiah topi tu, topi dia hilang kat Bangkok, lepas tu dia macam tak seronok dan moody je sebab barang dia hilang... Aku cari juga topi tu merata tempat yang sama bentuk dan jenis macam tu...tak pernah putus usaha... Tapi teruknya diri aku sebab aku beli depan Remy, Remy yang pilihkan topi tu, aku beli je... Aku lebihkan dia tanpa fikirkan perasaan Remy pun...terasa ke tak dia tu? Sehinggalah aku bagi topi tu, atas dasar gantikan duit dia semula sebab aku pinjam masa kat Bangkok dulu... Masa tu aku sanggup usahakan macam-macam walaupun aku tak fikir perasaan orang sekeliling aku... Seyes, terasa-rasa lagi bersalah kat Afif dengan Remy sebab mempergunakan mereka..."Megat mohon ampun dan maaf"

 18 Disember 2011
Dia pulangkan semula hadiah tu...
Hadiah tu diletakkan kat depan pintu..
Kenapa tak beri kat tangan Megat sendiri?
 Dulu aku sanggup beri sendiri kat tangan dia...
Macam ni dia balas? Hancur perasaan aku...sangat hancur...
Atas masalah kita berdua yang tak boleh diselesaikan...hadiah jadi korban..hadiah tu jadi cagaran...
Betapa tegarnya perasaan dia menyelesaikan masalah ni...
Pertama kali dalam hidup hadiah yang aku usahakan dipulangkan semula...
Semua tu betul-betul membuatkan aku tak boleh fikir apa-apa...sudah ketentuan sebegini...
Kita tak ditemukan untuk menjadi kawan...sekadar dia menjadi pengajaran supaya aku lebih menghargai kawan macam Afif & Remy...
Mereka sedia memaafkan aku dan membuka hati aku untuk sedar setiap kesilapan lampau aku~
Sekian untuk luahan hati yang sebetul-betul luahan...
Perasaan ini sudah luka dengan teruk sekali...nak bawa bicara, hati ini sudah masuk wad ICU...tak mampu berkata-kata lagi...
Anggap saja hati ini sudah mati dek kerana pisau yang menghiris...

Wednesday, December 14, 2011

Musim Exam Januari 2012!

Berikut merupakan jadual peperiksaan akhir bagi pelajar kumpulan B bagi sesi kemasukan September 2011-Januari 2012:

Info kat atas ni bakal di edit lagi untuk memberi ruang maklumat tentang TBA yang tertera.

So, ape lagi? Dah keluar jadual exam pun masih buat bodoh je ke? Pergilah duduk kat meja study tuh sampai gila menjerit-jerit kat situ.
Tak serik-serik ke semester lepas pointer jatuh menjunam macam tuh?
Hohoho...rasa macam tak ready sepenuhnya...seram!
Ingat...3.00 ++ mesti achieve~

Tuesday, December 13, 2011

Apabila Aku sudah Berputus asa...

Maafkanlah salah silap segala tutur kata...
Mungkin kamu juga terluka kerana aku...
Aku memang begini...jiwa aku begini...
Aku rasa tak nak lagi meneruskan apa yang aku sedia maklum terima...
Hadiah dari Tuhan...iaitu seseorang seperti kamu...
Cukup hancur sudah hati aku...kamu permainkan...
Luka dihatiku kian dalam...
mungkin sebenarnya datangnya dari kesilapan dan dosa aku sendiri...
Sebab itu ia terjadi sebegini...
Aku seolah dipermainkan...perasaan aku seperti mesin yang boleh diuji-uji...
Kenapa kasar perilaku mu terhadap aku?
Sedarkah jiwa aku tidak seperti orang lain?
Sedarkah aku mudah hancur hatinya tidak seperti orang lain?
Jiwa kau tewas untuk memahami semua itu...tidak mengapa...
Sekurang-kurangnya aku mengambil masa 1 Tahun untuk mengenali dan memahami kamu...
Dari mula kenal hingga kini...terhakis dan makin terhakis perasaan aku...
Yang dulu aku diamkan..yang dulu aku tahankan...demi kamu, demi kita, demi mereka...
Kini luka parah jiwa aku...sekeping hati ini hancur berbelah-belah...
Menyesal aku mengenali kamu...menyesal aku taruhkan sesuatu...
Aku cukup bodoh terhadap diri aku sendiri..mudah mempercayai...
Terduduk tiada hasil aku jadinya...yang dapat hanya luka dihati...
Kenapa tajam kata-kata kamu membelah tubuh aku? Jiwa aku?
Tidak kah kamu rasakan hati siapa yang terluka?
Aku...Aku...Aku...Tertekan sepanjang hidup aku kerana mu...
Tidak mengapa...aku sudah mengambil jalan....
Aku akan tinggalkan hidup kamu...aku akan tinggalkan kamu...
Aku tidak lagi akan kenali kamu...aku tidak akan mengganggu kamu...
Aku juga tidak akan meminta apa2 dari kamu...aku tidak akan memperdulikan kamu..
Aku tidak akan sayangi kamu seperti mana sebelum ini aku sediakan satu ruang hati untuk kamu..
Aku tidak akan dengar lagi suara kamu...aku tidak lagi akan melihat kamu...
Aku tidak akan lagi tersenyum untuk kamu....dan
Tolonglah...pergi dari aku...kerana...
Aku akan melangkah pergi...tanpa berpaling lagi...
Terima kasih untuk sepanjang kenangan manis kita...
Aku serahkan semula hidup kamu...maafkan kesilapan aku...
Aku bukan yang sempurna dan menepati citarasa sahabat untuk kamu...

Sunday, December 11, 2011

Jika ini keputusannya~

~Maafkanlah aku~
~Janganlah ada terluka dihati~
~Aku merayu dan memohon maafkan aku~

Monday, December 5, 2011

Persoalan:

Siapa yang dah berubah hati?
Kau ke aku?
Siapa sekarang yang dah lupa siapa?
Kau ke aku?
Aku susah hati, pernah kau ambil peduli?

Nanti luka pulak hati aku dengan tindakan kau....