Sunday, December 18, 2011

Kenapa Pulangkan Hadiah tu?

Dalam pukul 1 tadi, dapat call dari seseorang yang dah lama tak contact...
Atas sebab aku jugak, "tak nak dia call lagi, nanti aku sakitkan hati dia"
 Tapi dia call gak arini, just bertanyakan soalan pendek...aku jawab.
Pelik jugak sebab dia call...dari situ mula rasa ade yg tak kena akan terjadi...
Dalam beberapa minit lepas tu "there was a bag in front of your door, take it back"
Aku pun dengan langkahan berat, sakit kepala demam lepas baca mesej dari dia terus buka pintu...
Ade beg purple, mula-mula suka tengok beg tu sebab warna purple (i love purple)
Tapi lepas bukak beg tu, terkejut dan terduduk kat situ jugak...
 "Kenapa?" adalah ayat pertama yang keluar dari bicara...
Memang rasa nak menangis masa tu...tapi hati berkata "cekalkan jiwa...semua ni boleh diselesaikan" Kenangan lama terimbau kembali, OGOS 2011:

 Pernah dulu aku bagi hadiah tu kat seseorang, dengan harapan orang tu terima... Walaupun aku berat sebelah beli depan BFF aku Afif, kemudian bagi hadiah kat Afif dengan hadiah yang tak seberapa... Sikit pun aku tak fikir Afif tu terasa ke tak... Walaupun Afif mintak hadiah yang aku beli tu berbalut dengan pembalut hadiah... Tapi aku tak buat macam tu, aku hadiahkan dengan cara yang tak menggembirakan dia.. Tapi beza dengan orang yang aku bagi nih...sebulan awal aku prepare hadiah dia... Dah terfikir macam-macma jenis hadiah nak beli...paksa Afif teman aku beli hadiah tu... Pun Afif tak larang,dia sanggup ikut beli...dan advice aku hadiah yang sesuai... Aku masih berat sebelah sebab aku call Remy nak tanyakan pasal hadiah tu...Remy jawab "tak kesah, asalkan kau rasa sesuai" Afif terdengar perbualan aku dengan Remy, dia pun cakap: "kalau ko tanya Remy pasal hadiah tu, nanti Remy rasa apa pulak?" "Aku tak tau nak decide, aku tanya Remy lah as best fren dia" Kemudian aku belikan hadiah kecik untuk Remy sebagai nak jaga perasaan takut terasa aku bagi hadiah kat dia... Tapi masa tu aku masih terfikir... "Maafkan Megat sebab mungkin buat Remy terasa macam ni...November nanti Megat janji akan ada hadiah untuk Remy dari Megat.."

 Sampailah masa aku beri hadiah tu kat dia...dengan menggunakan tenaga sendiri... Dengan usaha sendiri siapkan hadiah tu, aku bagi kat dia secara terus... Semua tu ikhlas sebagai tanda terima kasih sebab dulu pernah bagi aku pinjam duit masa aku kesempitan... Cuma aku tak de duit nak bayar secara tunai, aku cagarkan hadiah ni sebagai pengganti... Pasal hadiah topi tu, topi dia hilang kat Bangkok, lepas tu dia macam tak seronok dan moody je sebab barang dia hilang... Aku cari juga topi tu merata tempat yang sama bentuk dan jenis macam tu...tak pernah putus usaha... Tapi teruknya diri aku sebab aku beli depan Remy, Remy yang pilihkan topi tu, aku beli je... Aku lebihkan dia tanpa fikirkan perasaan Remy pun...terasa ke tak dia tu? Sehinggalah aku bagi topi tu, atas dasar gantikan duit dia semula sebab aku pinjam masa kat Bangkok dulu... Masa tu aku sanggup usahakan macam-macam walaupun aku tak fikir perasaan orang sekeliling aku... Seyes, terasa-rasa lagi bersalah kat Afif dengan Remy sebab mempergunakan mereka..."Megat mohon ampun dan maaf"

 18 Disember 2011
Dia pulangkan semula hadiah tu...
Hadiah tu diletakkan kat depan pintu..
Kenapa tak beri kat tangan Megat sendiri?
 Dulu aku sanggup beri sendiri kat tangan dia...
Macam ni dia balas? Hancur perasaan aku...sangat hancur...
Atas masalah kita berdua yang tak boleh diselesaikan...hadiah jadi korban..hadiah tu jadi cagaran...
Betapa tegarnya perasaan dia menyelesaikan masalah ni...
Pertama kali dalam hidup hadiah yang aku usahakan dipulangkan semula...
Semua tu betul-betul membuatkan aku tak boleh fikir apa-apa...sudah ketentuan sebegini...
Kita tak ditemukan untuk menjadi kawan...sekadar dia menjadi pengajaran supaya aku lebih menghargai kawan macam Afif & Remy...
Mereka sedia memaafkan aku dan membuka hati aku untuk sedar setiap kesilapan lampau aku~
Sekian untuk luahan hati yang sebetul-betul luahan...
Perasaan ini sudah luka dengan teruk sekali...nak bawa bicara, hati ini sudah masuk wad ICU...tak mampu berkata-kata lagi...
Anggap saja hati ini sudah mati dek kerana pisau yang menghiris...

3 comments:

  1. untuk jaga hati kawan bukan senang sebenarnya.
    the closer you are the bigger the pain when you or they do something wrong.
    hubungan sama kawan baik nie sacred kot. kalau cantik, akan jadi sangat cantik dan indah pada pandangan, tapi bila kotor, mmg buruk pandangannya.
    dalam hal megatkan, it take trust and understanding.
    take your time. slowly keeping up the pace.
    nnt sampai satu tahap it will be easy.
    believe me, the hardest part is the crucial part.
    it determines your strength and sincerity

    ReplyDelete
  2. hoooo~hafiy, lama tak kabar ko...
    thanks coz prihatin...
    aku skrg ni pun tgh kumpulkan kekuatatan yg ada...
    memang semua tu dugaan, tapi aku memang susah nak terima hakikat...seyes aku tensen giler...

    ReplyDelete