Monday, April 30, 2012

Ade Orang Buat Jahat Kat Belakang!

Sumpah aku bengang gila...
Aku rasa macam nak hempuk, penumbuk je muka budak tu...
Lantak la dia lelaki ke, pompuan ke, PONDAN ke...(amek ko sentappp!)
Ko terdesak kawan sgt ke? Ko sunyi tak de 'sales' sgt ke?
Yang ko nak usik member aku pesal? Ko pernah kenal dia ke?
Pernah ke? Pernah ke bodoh!!!!

Aku baik dengan ko bukan bermakna aku rela semua ko buat....
Aku pernah gelak tawa dengan ko bukan bermakna aku terima semua...
Punyalah manis mulut bicara, senyum menguntum depan2....
Last-last KO BUAT TAIK BELAKANG aku...
Celaka mak hayam taik tenggiling kat kepala burit ko!

Aku taulah FB tu tempat nak berkawan...
Tapi biarlah ada cara...jangan la nak hentam semua orang ko punya...
Panas weh aku dengar isu ni...buat orang rasa pelik & ragu...
Yang jadi mangsa AKU!
Aku yang orang soal siasat...aku yang cari jawapan nak jawab....
Ko ape tau? Dok menggatal bijik nak klik 'Add Friend' kat semua orang...
Kepala ______ ko la!

Sumpah aku naik hangin...
Memang jumpa nanti aku kerjakan ko abes-abes...
Tak kat shopping mall, settle kat parking lot, kalau tak pun.....
Kita settlekan kat depan balai polis, mahkamah atau kat depan masjid!

U Better Watch Out Faggot! Ini dikira macam kawan makan kawan nih...

Friday, April 20, 2012

Jangan Beri Harapan 100%

Ini kisah seorang kawan aku yang aku rasa memang dia kawan la...
Sayangnya...sikap dia!
Entahlah...kat mana silap aku, kat mana silap dia agaknya...
Sehingga kami tidak sehaluan seperti dulu...
Lagaknya, cara cakapnya, jelingannya, persepsinya...
Semua itu berbeza dari dulu...

Dulu bolehlah dia katakan aku dan dia ni sekawan...
Semua perkara kamcheng...sama rasa, sama suka & seia sekata...
Tapi sekarang, cara dia layan aku...aku rasa DIA TERUK!
Aku pun tak tahulah apa yang dia tak puas hati sgt...
Apa yang dia terasa sgt...dan apa yang dia bencikan sgt...

Setahu aku...aku yang benci dengan dia...
Sebab dia sisihkan aku dari diri dia...tanpa sebab...
Baru-baru ni dia sengaja:
1. Tak nak bertegur dengan aku...
2. Kata-kata dia berbaur benci dan perli...
3. Melarikan pandangan dia bila nampak aku...
4. Melarikan diri bila aku datang pada dia...
5. Buat-buat tuli pekak tak dengar apa yang aku cakapkan...
6. Menghasut kawan-kawan sekeliling supaya jangan mendekati aku..
7. Layanan dia pada aku sumpah...MEMANG TAK IKHLAS....

Macam tu ke kawan?
Dulu masa kau perlukan aku, datang macam kilat...semua benda kau harapkan...
Dulu masa kau perlukan aku, aku jugak kau ikat jadi peneman...
Dulu masa kau rasa kau perlukan telinga untuk mendengar...akulah jadi pita rakaman...
Dulu masa kau perlukan suara untuk diluahkan.. kepada .aku jugak yg kau dendangkan...

Sekarang? Kau nak bawa diri? Memang kau tak pernah ikhlas dengan aku...
Sedih betul dengan kau ni...macam ni jadinya...

Wednesday, April 11, 2012

Me & Fresh Flowers

Fresh Flowers?
Amboi...suka mengalahkan orang pompuan...(mak aku suka cakap cam tu)
Tapi dah memang aku suka...cantik, hiasan yang paling simple but nice...
Hurmm, teringat lak kat Seth <--- boyfriend aku dalam drama Nora Elena (muntah hijau)
Dia kan suka bagi isteri dia fresh flowers..
Tapi kalau nak bagi setiap masa/setiap hari, kopak la dompet!
Bulan 3 dulu aku pergi Cameron Highlands beli sejambak kecil bunga...
Tapi turun je dari sana abes mati semua bunga aku...
Sedih betul...sorry sayang, I tak jaga Uolls dengan baik...

Disinilah bunga-bunga cinta I letak...

Gambar yang ini masa pergi Cameron Highlands
Thanks mybro Remy sudi bawa balik  fresh flowers ni, suka yawww!!!


Saturday, April 7, 2012

Hati Ini Menyoal?

                                                                                                                                                                                               Aku akan beri korang satu situasi yang telah diolah cerita dan situasi...
Kesemua cerita dan situasi ini mungkin pernah terjadi kepada anda dan sesiapa...
Cuma aku minta jawapan dari setiap situasi/cerita yang dinyatakan...
Dan pastinya jawapan tersebut adalah tentang perasaan anda. Mari kita mulakan!

1) Anda sedang duduk lepak 4 orang di kedai makan, dan pada waktu itu 3 rakan anda itu begitu rancak berbual hingga mereka seperti 'terlupa' kehadiran anda disitu. Anda hanya mampu melihat satu persatu wajah yang sedang bercerita dan kadang-kala anda cuba untuk ketawa juga sebagai tanda anda bersama forum itu.
Apa sebenarnya terbuku dihati anda ketika itu?
______________________________________

2) Anda sememangnya berkawan 3 orang. Kemana dan apa saja yang anda lakukan semestinya bertiga. Pada satu hari seorang dari rakan kamu menerima 2 tiket menonton wayang bertajuk "The Vow", dan disebabkan mereka tahu anda seorang yang cepat mengalah mereka terus membuat keputusan untuk melihatnya berdua tanpa anda sedangkan anda sedang berada dihadapan mereka dalam membuat keputusan.
Anda mampu berkata: "tak apa, aku okey" tapi dihati anda?
______________________________________

3)  Anda dan rakan baik anda sudah bersahabat berpuluh tahun. Suatu hari anda telah mendapat kekasih dan tumpuan anda mulalah berubah dari kawan anda tadi kepada kekasih anda. Anda mencuba memberi sedikit masa terluang untuk kawan anda tetapi kekasih anda inginkan tumpuan lebih diberi kepadanya. Anda mula berasa bersalah dan merindui saat2 gembira bersama2 kawan anda. Lama kelamaa kawan anda memutuskan ingin meninggalkan anda dan terus melupakan anda. Sedangkan anda tidak berharap ia terjadi. Adakah anda terima penentuan tersebut?
Tentu sekali anda sedih, tapi apa yang anda perlu katakan?
______________________________________

4) Anda rasakan diri anda tidak adil kepada 2 lagi rakan anda. Satu hari rakan anda yang satu ini telah membuat satu kesalahan kerana bertindak diluar dugaan dengan memukul rakan anda yang satu lagi. Tanpa usul periksa anda telah memarahi rakan anda yang bertindak luar dugaan tersebut dan menyebelahi yang satu lagi. Anda juga telah memutuskan persahabatan dengan rakan anda yang bertindak keterlaluan kerana menanggung malu kepada khalayak ramai.
Anda rasa anda telah tersalah kata, apa yang patut anda lakukan? 
_____________________________________

5) Anda mungkin dilabelkan rakan tikam belakang. Anda sentiasa mempunyai motif dalam setiap perkara yang melibatkan anda dan rakan2 anda. Anda telah jatuh hati dengan rakan baik anda yang mana rakan baik anda itu juga rakan baik kepada rakan anda dan anda sendiri. Anda tidak mahu dikategorikan sebagai 'sahabat yang kawan bermotif' dan terus merahsiakan perkara tersebut dan menipu rakan anda yang lagi satu. Satu hari dia telah mendapat tahu dan dia telah melimpahkan segala rasa marahnya dan terus menjauhi anda.
Anda mungkin tiada niat untuk menipu,apa yang sepatutnya anda terangkan padanya?
 _____________________________________

6) Anda jadi tidak keruan kerana terpaksa memilih antara dua. Anda rasakan kedua-dua rakan anda itu penting dan anda tidak mahu lepaskan. Secara tiba-tiba anda telah diminta rakan anda untuk meninggalkan rakan anda yang satu lagi kerana masalah yang mereka sedang alami. Anda cuba menjadi mengaman dan mendengar aduan setiap pihak. Lama-kelamaan anda rasa sesak dan putus asa untuk menjadi orang tengah dalam perbalahan. 
Anda tidak mahu menjadi dalang kepada perpecahan orang, tapi apa keputusan anda?
______________________________________

7) Anda boleh dikategorikan seorang yang suka berkorban dan memikirkan kepentingan orang lain lebih dari diri sediri. Bukan atas niat mengungkit, tapi anda harapkan rakan anda rasakan wujudnya anda ketika rakan memerlukan. Tapi apabila rakan anda sudah beroleh kesenangan, anda seperti dilupakan dan tidak diingati malah seperti tidak diperlukan lagi. Anda atas dasar menjaga persahabatan demi kebaikan masing2 dan kebahagiaan masing hanya mendiamkan perkara tersebut dan menyimpan dalam hati sahaja.
Tapi semua itu sakit bila si pendam lama kan? Perlukah anda menyuarakan hasrat anda?
______________________________________

~Apa kata hati anda?~
(Post hanya sontan, mungkin tiada mengena dengan mana-mana individu)

Friday, April 6, 2012

Forever Alone (9Gag)

Tak pernah rasa sekosong ini...
Seperti karakter 9Gag: Forever Alone!
Haha, forever alone tu selalunya digunakan kepada mereka yg tak de sape2 nak...
Tapi aku dapat title forever alone bila tak de sape yang ingat kat aku...

Minggu ni rasa cukup2 keseorangan...
Kalau dulu mungkin boleh nak riuh rendah...
Tapi kali ni rasa macam tak ada apa-apa yang menaikkan semangat...
Semuanya suram dan penuh dengan dendangan kehampaan...
Mana pergi kegembiraan yang terukir pada hati kita dulu?


Duduk bilik sorang lagi lah macam dalam lokap...
Terkurung kat situ tanpa apa-apa...
Nak harapkan Facebook? Maaflah...Facebook pun macam celaka!
Langsung tak menyeronokkan...sebab tu aku tak kesah tak on9 lama2...
Tapi aku perlukan teman, kawan untuk aku ketawa...
Kenapa nak biarkan mulut aku ni ber-zip je?



Ishhh, sumpah aku bosan...
Kosong, Keseorangan & Kesunyian...

Sunday, April 1, 2012

Jangan Bertengkar Lagi


Lately, banyak betul lirik lagu...
Melayan punya melayan, jadi sedih pulak...
Sedih fikir masalah yang ada...
Mungkin lah lagu ini boleh menyedarkan Aku - Kau - Dia...

Kangen Band - Jangan Bertengkar Lagi

Sadarkah kekasih kelakuan kamu
Sungguh sangat menyiksa aku
Padahal ku beri apa yang kau mau
Tapi kau tak mengerti aku

Sakitnya hatiku
Dengan semua caramu
Bila kau terus begini
Nanti ku bisa pergi

Aku mohon sayangilah
Diriku di dalam hidupmu
Dan kamu jangan kasar-kasar lagi
Dengarlah pujaan hati

Aku mohon mengertilah
Kita Jangan Bertengkar lagi
Hadapi semua dengan dingin hati
Dengarlah pujaan hati

Ini sajalah yang mampu untuk kita, 
sekurang-kurangnya aku dah berusaha mencari jalan...
Kini tinggal kamu dan dia untuk menepis egois yang ada...
Demi impianku kita semua akan bahagia seperti dulu...
tiada apa yang mustahil...

Masa zaman sekolah dulu orang kata, tak elok kawan bertiga. Yeke?
"Ya Allah, aku bermohon kau satukanlah hati persaudaraan & persahabatan kami demi keamanan dan kebahagiaan dunia juga akhirat kami. Hilangkanlah sengketa dan kelukaan hati kami. Maafkanlah segala salah dan silap disepanjang kami melalui hari-hari yang tertulis oleh-MU."