Sunday, March 31, 2013

Trust

Ya, kau katakan kepercayaan itu penting...
Tapi pernah kau tanya diri kau, kau percayakan kami?
Ataupun, kau percaya pada diri kau?
Entahlah...kau sendiri tak mampu jawab.
Paling tidak kau kata ini privasi aku, ini rahsia aku dan bla...bla...bla!

Kau rasakan kami tidak mempercayai kau...
Kau rasakan kami tidak mahu menjadi teman sepermainan kau...
Sedangkan kau tidak pernah bertanya, salahkah diri kau pada mata kami.
Ya, kami mengaku kami bukanlah mulia yang boleh diangkat ke langit dengan mudah...
Ya, kami sedar jikalau ada perumpaan mengatakan kita semua 2 X 5 = 10...
Kerana itu kau ego, perasan lebih, bajet & segala kata-kata kau perfect...

Kami hidu penipuan kau, kami nampak penipuan kau...
Tapi kau tidak putus-putus buat kesilapan yang sama...
Bukan kami tak pernah tegur, sudah kami ingatkan...
Kau tetap dengan cara kau, sebab itu orang lain pergi dari kau, kau FAKE.

Kemudian kini kau katakan tentang kepercayaan...
Kau rasakan kami ini berbeza seperti insan lain yang kau amati...
Kau fikirkan kami ini menghukum jiwa & nilai persahabatan kau
...
Sebenarnya, kepercayaan terhadap itu sendiri yang telah hilang dalam benak kami...
Kau perangkap diri kau sendiri, dan kau jatuhkan diri kau dalam azab yang hitam...
Jadi mengapa perlu kami rasa bersalah?

Kepercayaan tidak boleh dibuat main. Sekadar gambar hiasan.

Friday, March 29, 2013

Merokok untuk apa? Jawab!!!

[Adaptasi Facebook : Mag Jr Shomei]
Aku tak suka orang merokok. Maaf aku terlalu jujur. Dan paling-paling aku tak suka kalau orang yang aku sayang merokok juga. 

"Melihat kamu indah menyedut setiap inci kenikmatan puntung itu membuatkan aku tersenyum & tidak sekalipun membantah, tetapi tahukah kamu dalam hatiku membencimu kerana tidak pernah memikirkan perasaan aku yang aku sangat membimbangi kesihatanmu itu."

p/s: Sudah-sudahlah merokok. Carilah jalan berhenti saja. Ataupun berhenti saja dengan aku. Habis cerita.Adakah aku dianggap mengongkong hidup seseorang dengan cara begini? 

Thursday, March 28, 2013

Hariku yang berulang-ulang

Selalunya kita kata semalam lain, hari ini lain, esok tentu lain...
Tapi macam mana kalau kita sedar yang hari ini adalah sama seperti semalam?
Dejavu kah kita? Ataupun kita yang rancang ia akan berlaku sebegitu?
Tidak bukan? Jadi apa semua itu.

Hari ini (sebenarnya dah lama perhati...)
Aku mengalami hari-hari yang sama dengan kisah lama aku...
Semuanya akan terjadi bila aku berjumpa atau bersama seseorang...
Kejadian itu akan berlaku, secara terang-terangan ataupun secara tersembunyi...
Terpulang pada aku sama ada nak perasan atau tidak.

Aku pernah cerita yang dulu aku kenal seseorang namanya K bukan?
Ya dia...kisah dia dengan aku masih kekal dalam ingatan sampai sekarang...
Aku masih ingat cara dia bercakap, gerak gaya & perlakuan dia...
Aku cadang nak lupakan saja semua itu. Ya, sedikit sebanyak ia berjaya juga...
Tapi, ada juga yang masih tertinggal.

Setelah beberapa tahun aku lupakan dia...kini ada pula yang muncul...
Cara bercakap & sikap dia 50% sama macam K tu...
Tersentak aku bila dengar, terus aku teringat kisah lama...
Adakah ia sedang muncul & mengembalikan cerita lama menjadi episod baru?
Adakah ia hadir kerana aku terlalu rindu & ingin sangat bertermu K?
Lalu zaman memberi aku peluang untuk bertemu semula kisah lama aku?
Banyaknya persoalan....Arghh, berkecamuk fikiran aku. 
Kenapa dia ni hadir? 
Kebetulan pula semasa dia bercakap dengan aku lagu yang aku pasangkan
di earphone berdendang dengan lagu yang aku dengan K pernah dengar bersama dulu...
Apakah semua itu?

Sunday, March 17, 2013

Yang Ada Tak Mungkin Memadai

Aku ada terjumpa satu kata-kata ni dari Book of Quotes yang aku amek dari Facebook.
Bila aku baca & amati betul-betul kata-kata tu...ada benarnya.
Aku lebih rela kehilangan apa yang aku ada depan mata aku...
Lagi-lagi yang tak berharga & hanya beri racun kepada aku...


Dia sangat jauh dari aku sekarang...aku keseorangan...
Aku masih ingat segala kebaikan & kenangan manis aku dengan dia...
Walaupun jauh aku tak pernah lupa...segala kebaikan dia...
Hingga kini masih tersemat dalam ingatan...


Wednesday, March 13, 2013

Rezeki Dari Allah Hari Ini.

Baik aku post entri baru sebelum aku tidur kejap lagi...
Alhamdulillah...Allah berikan aku rahmat & rezeki yang terbaik...
Girang sangat hati ni, rasa macam indah, macam sempurna pulak...

Dari pagi aku rasa cuak sebab hari ini aku ada pitching...
Project aku "Paddy Defect Detection Intelligent Kit" masuk pertandingan...
Pertandingan peringkat UiTM anjuran MASMED...
Jadi hari ini aku kena buat presentation pasal project ni...
Mula-mula aku tak expect untuk menang ataupun buat secara perfect...

Tapi akhirnya, masa pengumuman pemenang...Project kami dapat 1st Place!!!
Wow! Macam tak percaya...aku langsung tak excited, sebab tak jangka...
Tapi lepas semua orang tepuk tangan & group member aku mula seronok...
Baru aku perasan, ya...project kami berjaya!!!
Alhamdulillah...syukur sangat, berbaloi usaha 'Atifah & 'Umar tu jugak...

Masa sesi bergambar, Opie yang keje kat Sibu tu call aku...
Dia cakap dia datang Shah Alam & dia nak jumpa aku...
Oh God! Apa semua ni? Opie yang dah berapa bulan aku tak jumpa...
Akhirnya datang nak jumpa aku hari ni? Rezeki Allah...Alhamdulillah...
Dapatlah aku kongsikan kejayaan aku kat dia...

Tak sampai berapa minit, my BFF aku Faeez pulak call...
Dia tanya pasal percutian aku ke Penang bulan 4 ni...
Dan dia nak balik rumah minggu depan, so kami boleh jumpa...
Ya Allah, ini satu lagi kebahagiaan...Dapat aku kongsi kegembiraan aku...

Cuma pengakhir hari ini agak sedih jugaklah...
Opie jumpa aku sekejap je, dia pun dah nak balik Sibu semula...
Entah bila lagi aku dapat jumpa dia lagi...oh mesti rindu nanti...
Tapi takpelah, ada rezeki jumpalah lagi...
Semoga dia kerja sungguh2, dan berjaya...

Okey, dah takde apa-apa nak cerita...aku bagi gambar jelah...

We are from Paddy Rescuer team

Inilah hadiah wang tunai yang kami dapat...Alhamdulillah.

Our beloved Project Advisor, terima kasih atas 100% support dari Dr. 

Mag Jr Shomei pemenang kali ni...

'Umar Rasydan selaku product & technology manager

'Atifah selaku Resources Management manager
Alhamdulillah...tak pernah rasa menang besar sejak mulakan pengajian kat UiTM ni...inilah hadiah yang paling terbaik buat masa ni untuk sisa-sisa terakhir nak bergelar graduan hujung tahun ni. Yang penting Department Intelligent System sapu habis. Tersenyum lebar Dekan Fakulti. Tahniah.

Monday, March 4, 2013

Ketika kita ada segalanya...Ketika tiada?

Boleh jawab ketika kita tiada apa2?
Ya, kita mampu jawab & merungut dengan segala benda...
Kita salah itu ini, kita persoalkan mengapa, mengapa & mengapa...
Tapi adakah kita pernah fikir apa jawapan kita bila ada segalanya?
Kebanyakkannya tidak bukan?
Kita hanyut dalamnya, kita lupa perkara sebelum, semasa & akan datang...
Kita dalam zon selesa...

Aku pernah rasa saat aku ada kawan...kawan yang selalu ada...
Aku rasa seperti aku hidup & bernyawa...gembira sentiasa...
Aku tak peduli langsung apa yang terjadi pada orang lain...
Aku fikir tentang diri aku sahaja...

Kemudian kini aku tiada semua itu lagi...
Tinggal aku keseorangan...walaupun dikeliling aku mereka ada...
Tapi sayangnya mereka tidak seperti kawan2 yang menjadi inspirasi...
Semuanya mengambil kesempatan...membuat puak yang entah apa tujuannya...
Tapi aku tidak seperti mereka...lalu aku pergi dari mereka...
Sehingga kini aku tiada kawan, kawan yang betul2 menjadi inspirasi...

Entalah...biarlah aku begini...
Mungkin dimasa akan datang lebih mencabar...
Lebih baik aku bersedia dari sekarang...
Tak lama lagi aku juga akan keluar dari sini...
Menjadi graduan idaman & kejaran semua industri...
In Sha Allah...