BERHENTI? Berhenti dari apa? Family JPK ke?
Jawapannya salah...tanggungjawab tak boleh lepas macam itu sahaja kerana ia amanah.
Aku cuma nak perasaan aku bebas. Aku tak nak hati aku terikat pada apa sahaja yang mudah melukakan perasaan aku sendiri. Buat masa sekarang mood aku tak berapa elok grafnya. Masih berlaku naik turun dan mendatar pada ketika ini. Kerana apa? Aku pun tak tau. Cuma apa yang aku tahu aku dah BUAT SILAP. Aku bersalah terhadap segalanya, aku dah langgar janji.
Sekarang aku jadi tak tentu hala disebabkan aku mencemari janji aku sendiri. Kini kesilapan aku itu dah memakan jiwa dan akhirnya aku menjadi GILA segila-gilanya. Kelakar bila tengok depan cermin aku menangis tak tentu pasal. Aku cukup menyesal dengan apa yang berlaku. Aku rasa aku tak sanggup lagi nak teruskan semua yang telah aku lakukan.
Perasaan aku cukup rapuh. Sekali aku terluka, hancur berkecai itu tidak dapat diketahui belahannya. Tapi sebenarnya bukan salah sesiapa yang menghancurkannya, aku sendiri juga. Sudah terang tiada apa yang bakal terjadi dan itu fakta, tapi aku melebihi dan menjangkaui hadnya. Kini aku dapat musibah itu. Aku merintih dan kecewa tidak putus-putus sejak 4 bulan berturut2. Semua status kat fb aku semua jadi ayat kecewa macam orang yang tak ada hidup lagi. Sungguh aku cukup terseksa dan merana kerana salah langkah.
Back to Basic. Itu asas, aku kena ingat. Walau jauh mana pun aku pergi, jangan lupa dari asalnya. Kelak ia membantu untuk aku mencari jalan berpatah balik sebelum memulakan langkahan semula kearah yang terbaik. Sedih apabila menaip sepatah demi sepatah ayat ketika ini. Kesilapan dan keburukan diri mula bermain di kotak minda. Siaran ulangan tentang buruknya aku kerana mencipta larangan yang sudah termaktub tiada peluang untuk menjadi benar menjadikan aku bertambah terluka. Sungguh luka kali ini mendalam.
Kisah lama itu berulang kembali. Berdarah lagi luka lama yang dijangka sudah sembuh. Cuma ia berparut. Tapi disebabkan aku alpa, parut juga mampu berdarah kembali. Tidak aku sangka, 8 bulan sahaja ia bertahan disaat hati mula berbunga. Kemudian darah menghilangkan seri warna kuntuman mekar. Tidak aku sangkakan kini ia mula menunjukkan seperti ia hendak berulang lagi. Sudah masuk 8 bulan ia terjadi ketika ini. Adakah darah akan mencoretkan segala? Aku menanti yang pasti. Kerana aku masih berharap diberi peluang untuk melepaskan perasaan ini dari rintihan yang tiada berpenghujung ini.
No comments:
Post a Comment