Tarikh kat kalender mungkin boleh aku hitung...kerana ia perkara fakta. Tapi apa akan jadi pada yang sesuatu tidak boleh diukur mahupun dihitung? Pelik bukan? Tinggal lagi satu tahun segala ini akan berakhir. Aku sedang bermain diatas skrip sendiri. Aku garap, aku tambah dan aku buang mana-mana babak yang tidak menjadi buah fikiran aku. Ya, skrip ini lapuk sehingga satu tahun lagi. Kemudian, skrip lain akan tiba dan kisah skrip ini akan termasuk sekali...apa yang aku cuba sampai kan ni?
Tak perlu fikir panjang, aku hanya mencuba menghitung perkara sebegini:
1. Saat ada orang yang cukup menginspirasikan membuatkan aku ketawa.
2. Berkongsi apa saja dan sanggup mementingkan dia dari diri sendiri.
3. Memberi peluang untuk aku meluahkan rasa dan mengadu.
4. Melukakan hati aku sehingga air mata menjadi peneman setia.
5. Selalu rasa dapat tumpang naik motor walaupun aku tak ada lesen.
6. Kekerapan bergurau dan saling mengusik.
7. Beribu-ribu gambar diambil sehingga tak jemu melihat.
8. Rasa diri masing2 penting dan mustahak.
9. Tak boleh nak berpisah.
10. Cemburu pada diri masing2.
11. Selalu merajuk dan bertengkar.
12. Keistimewaan pada diri masing2.
Boleh dihitung ke semua tu? Semua itu perkara yang abstrak. Bukan objek ataupun nilai. Aku dah mula menghitung saat hari pertama memulakan kuliah. Agaknya apa akan jadi setahun kemudian? dan tahun2 seterusnya? Meskipun lambat lagi semua itu berlaku, tapi anginnya sudah dirasa. Sedih nak ditinggalkan oleh orang penting. Cuma aku kena ingat, pertama: "ia bermula dengan pertemuan", kedua: "kita hidup dan berjalan diatas cerita kita bersamanya", ketiga: "ia berakhir, cerita baru akan tiba".
Kepada insan2 yang aku sayang (especially kedua2 abg ku...), mungkin masih awal aku mengucapkan selamat tinggal.
No comments:
Post a Comment