Bahagian 1(Keputusan)
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Aku tak rasa indah pun menerima keputusan tu. Bukan nak kata aku tak bersyukur dengan apa yang tertulis pada takdir hidup aku. Cuma aku luka hati. Fikiran ini sentiasa bercerita apakah yang akan terjadi kemudian hari? Hanya beberapa hari aku ditemukan dengan kebahagiaan yang tidak terasa pedinya. Tapi kali ini...aku tidak bermusuhan atau bertengkar dengan sesiapa, cuma hati ini bermain dengan perasaan. Aku rasa jauh hati. Semua orang aku rasa hilang!
Bahagian 2(Kotak Kosong)
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Bayangkan jika kita duduk dalam sebuah kotak kosong! Kita nak buat apa agaknya? Cuma kisah kotak ini adalah perasaan. Setelah aku menerima 'benda' itu, terdetik dalam hati: kenapa aku? Kenapa aku ditempat ini? Lantas aku memandang wajah setiap dari mereka. Memang ada detik itu yang tersenyum dan riang ketawa, tapi dari sudut hati aku sangat terluka. Keputusan dalam hidup boleh menyebabkan hati terluka? benarkah? bukan ke hanya kata2 dan sikap yang menyebabkan hati kita terluka? Aku sendiri kusut memikirkannya. Aku seumpama dalam kotak kosong, tiada sesiapa yang hadir dihadapan aku. Tiada sesiapa nak teman mendengar rungutan dan keluhan.
Bahagian 3(Kenangan macam terhapus)
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Wajah tidak semesra dulu. Segalanya seperti ada cerita. Pedih rasa hati menerima hakikat ini. Ligat fikiran memikirkan perjalanan masa akan datang. Tiba-tiba ketakutan merasuk diri. Buihan kenangan manis mula pecah dari kotak ingatan. Semuanya hilang satu persatu. Meragut kebahagiaan. Inilah rasanya pedih diambil hak milikan. Aku tanggung semua itu. Hendak ketawa rasa palsu, hendak menangis tidak berair mata, hendak marah rasa tidak berpunca, hendak mengadu rasa terlebih2 pula. Apakah yang aku mahu sebenarnya...cinta? tidak mungkin....
Bahagian 4(Mata menceritakan segalanya)
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Mata kanta perasaan. Ia bercerita. Tapi kanta membenci statik tidak bersuara. Aku cukup faham, maafkan aku jika aku bersalah dan pernah melukakan hatimu. Aku tidak berniat melukakan hati sesiapa. Pandangan jauh hati itu menusuk lagi, lantas aku beransur pergi. Keadaan kita selepas ini agak berbeza. Aku tidak harapkan 'benda' ini digalas dibahu kerana aku takut ia meragut kebahagiaan kita semua bersama. Aku lepas ini dengan caraku dan kamu semua dengan cara kamu. Aku tidak mahu itu. Aku mahukan kita makan semeja, keluar bersuka-suka bersama, gelak ketawa bergurau mesra bersama & setiap 6:30 petang kita akan berjumpa...tapi adakah lepas ini sebegitu.
Bahagian 5(Buntu)
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Adakah ini ketentuan aku yang terbaik?
Adakah aku masih boleh memperoleh apa yang telah aku peroleh dulu?
Kenapa aku seperti tidak meredhai segala yang terjadi?
Aku rasa cukup terluka & jauh hati...kejamnya perasaan ini....
Aku hanya mohon jangan diragut kebahagiaan ini...
Kerana aku sudah mencium debuan rasa yang aku bakal ditinggalkan....
Adakah kau mahukan ia?
Ketentuan Illahi adalah sebaik-baik ketentuan;
Mag Jr Shomei
hish,ayat melankolik btol..aku ni dahle straightforwad,..x reti bace ayat kiasan..ape2 pun,buang lah perasaan "takut","bimbang" atau ape2 je yg x enak yg ko tgh rase skang ni..sbb tu mainan perasaan sendiri..padahal yg laen2 biase je..kdg2 sbb perasaan mcm tu akan buat ko semakin jauh..~~..:)
ReplyDeletei'm dying rite now...
ReplyDeleteits totally makes my heart broken...
When sumbody or all of your frens are taking away from you..
ape2 pun,skang ni ko terima je lah "benda" tu dgn hati yg ikhlas..insyaallah,everything will going back to normal..:)
ReplyDeletei really miss my time with all my fren & my bro! hopefully the happiness is not taking away from us!
ReplyDelete