Sekali fikir macam aku ni meminta-minta je. Macam tak ikhlas kan? Tapi itu semua cuma kata2 dari jiwa yang negatif. Cubalah rasa sesuatu yang kita rasa sakit dan pedihnya bila orang lain yang sedang mengalaminya. Entahlah, aku rasa cukup terpisah jauh. Dah tak macam dulu. Semuanya macam dah diambil. Penat aku cuba kawalkan perasaan supaya tak terlalu negatif & beremosi, tapi sikit demi sikit aku rasa tak tahan. Aku memberontak. Aku marah & aku mula fikir tak waras. Semua itu terjadi kerana sesuatu yang melukakan:
1. Apa yang aku sudah gembira miliki diambil
Aku cuba untuk berserah & bersabar dengan apa yang telah ditakdirkan kepada aku, tapi ia bertahan untuk sekadar beberapa lama cuma. Aku kalah dalam ujian ketahanan itu. Satu persatu mula bergerak pergi dari sisi aku. Aku mula tertolak ketepi dan mula hilang dari titik tengah antara segalanya.
2. Aku takut ditinggalkan
Aku kini seumpama dalam kotak kosong! Aku dari dulu memang tahu aku sentiasa akan berada dalamnya. Itu takdir aku selalunya. Disebabkan aku memahami bahawa : "sesuatu yang telah kita ada takkan selalunya kita punya, semuanya akan hilang dari genggaman jua" telah menjadikan aku sentiasa sedih dan terluka. Aku cukup kalah dengan situasi bila melibatkan pertemuan dan perpisahan. Aku akan menjadi cukup sensitif dengan semua tu.
3. Tanggungjawab yang mencabar
Setelah aku diberikan satu kepercayaan tinggi dan besar, aku rasakan aku takkan ada lagi hidup lain selain aku kena fokus 100% kat perkara itu sehingga suatu masa nanti mati pun masih lagi genggam tanggungjawab tu kat dalam liang lahad. Aku dikawal, kemudian aku sesak nafas, dan akhirnya aku gila...hilanglah semua ketenangan yang aku ada semata-mata untuk memastikan 100% hasil tanggungjawab itu menjadi. Kemudian aku akan mati dengan "tiada apa-apa".
4. Bermasalah kerana menyukai harta awam
Sudah terang lagi bersuluh bahawa harta awam ini mampu dimiliki sesiapa, kenapa masih berangan itu harta aku? Terima kasih kepada Faeez (my sayang BFF) sebab bagi ayat ini sehinggakan aku ada masa berfikir sejenak dengan ayat "si harta awam". Sudah lama aku tahu harta awam ni boleh hidup mobile bila digunakan orang lain. Sudah lama aku tahu harta awam ini tidak boleh tinggal dengan aku sepanjang masa. Sudah aku tahu harta awam ini akan disukai siapa2 sahaja tak kira dimana dia berada. Satu perkara yang paling menyakitkan adalah menyukai harta awam sehinggakan diakhirnya kita sendiri rasa dan lihat ia menjadi kesukaan orang lain juga. (Maaf, ini bukan tentang cinta ya!)
5. Aku sendiri tidak tahu apa masalah aku sampai aku cukup sensitif
Aku banyak masalah yang masih belum selesai, aku rasa macam nak selesaikan tapi entahlah, bila aku fikirkan semula: "masalah? masalah ape yang aku ada?". Kemudian bila aku biarkan semua itu berterusan, luka yang berdarah kat hati ini menjadi barah sehinggakan aku menangis pun rasa macam tiada perasaan. Cuma aku rasa bila aku mati sahaja aku akan rasa betul-betul cukup sakit dan sedih. Mungkin masa itu aku sendiri aku menyesali diri aku kerana menyeksa perasaan & batin aku sendiri. Aku cukup kejam dengan diri aku.
*sehingga waktu ini aku post entry ini, aku masih terfikir kenapa orang lain dah berubah?
*ketika ini aku termenung mengingatkan segala apa yang aku miliki dan segala yang dimiliki itu diambil dengan cukup melukakan hati.
*dan masa ini pula aku sedang menyalahkan diri kerana sengaja membiarkan diri aku berada dalam masalah ini. Semua itu boleh diselesaikan cuma aku masih lagi alpa bahawa harta awam itu tiada pemilikan yang mutlak, maka aku tak perlu mengandai-andaikan macam2 inferens diri.
No comments:
Post a Comment