Thursday, June 23, 2011

Keliru Tahap Kedua!

Aku tak tau ape yang tak kena dengan aku!
Patutkah aku beritahu dia yang aku dah lama suka kat dia?
Dah sah dia reject aku...coz aku dengan dia tu ______________
Mesti lepas aku beritahu dia, dia akan berjarak dengan aku!
Arghh...tak mau la macam tu!
Aku sayangkan dia, aku nakkan dia...tapi ada batasnya!
Aku dengan dia berbeza, dia jauh lebih baik dari aku!
Aku je yang buat masalah, aku je yang bersikap pelik...sangat pelik!
Oh tidak! Aku sangat keliru...aku mencintai dia?
Tak mungkin...dia adalah _______________
Aku tak nak rosakkan hubungan yang selama ini terjalin!
Berikan aku jalan keluar dari kekusutan ni...aku tak tau macam mana lagi!
Aku mahukan pelukan...aku mahukan belaian!
Tidakkan itu terlalu mendesak dan terlalu awal dalam perhubungan?
Hubungan ini tak diredhai jika begini...hubungan ini tidak direstui jika begini!
Aku cuma mahukan kamu...salahkah?
Oh tidak! Aku keliru sekali lagi...
Aku mahukan _______ atau __________?
Dua-dua berbeza dari pandangan aku...
Aku sudah jauh tersesat...aku mahu pulang!

*Dedicated to you...Faeez, tolonglah aku.
*Kau selesaikan masalah ni untuk aku!
Pak cik google tolong aku bagi pic nih

Sunday, June 19, 2011

Kau BFF aku jenis hantu! Tapi ko best!

Ni ha, siang tadi aku chat gegila dengan BFF aku yang maha kaya punyer loqlak dari aku zaman secondary skoll...kitorang kalau bersembang mesti nak bergaduh. Tak sah kalau sehari tak der isu jahat nak cerita. Tiap kali ade masa cuti mesti aku akan jumpa dia. Cuma dia sekarang study tak sama tempat dengan aku, dia di UiTM Kampus Jengka, Pahang. Dia bangga gila bila dapat study kat sana. Dengan course dia OM114 - Diploma in Office Management & Technology. Haaaa...aku ingat tau dia amek ape...hafal lagi (sedangkan cepat2 bukak UiTM Official Website! Kantoi dah ko Mag!) Dia lah kawan aku yang faham aku dari masa sekolah. Tak macam BFF aku sorang lagi tu, market je panjang...semua cerita macam dia tu berani berenang dalam lava gunung berapi! Mulut punggung bercirit monyet! So, post hari ni aku cerita tentang ke-happy-an aku dengan kawan aku nih...orang tu kawan sayalah, namanya Faeez! Huhu, memang tak leh nak kalah kalau bergaduh. Bila tiba saat bergaduh, nak tau ape dia bahan aku nak kasi aku kalah masa gaduh?
  1. Isu siapa punye ciri2 fizikal diri yang paling teruk
  2. Isu luca(h)s yang dikategorikan jijik jika dibayangkan
  3. Isu mana orang ternama tetapi diselitkan keaiban dirinya
  4. Mencarut memanjang! Diselangselikan ejekan binatang yang sesuai digambarkan lucu!

Inilah aktiviti kami kalau keluar bersama...tak dok diam!

Yang kelakarnya, aku dengan dia mesti nak bergaduh even a second! Mula-mula tu okey je, bila dah tak sependapat, mula la masing2 nak bercakar...dimulakan dengan memukul bahagian2 yang mudah sakit. Selalunya dia akan merengek sakit sebab aku ni kalau memukul, menumbuk, pukulan lenting guna 4 jari memang buat dia kalah. Tapi.....sekali dia bersuara dengan caci maki dia, mesti mula drama kami. Jiran yang tiada persefahaman! Selalunya aku akan stay kat umah dia, family aku tau kitorang ni dua jenis hantu yang suka bersama! Mulut Ya Allah....macam betina (bak kata mak aku bila bising pasal kitorang berdua!) Tapi sweet ape mak? Kami ni sesuai bersama taw! Mak ape tau? Mak pun suka dengar gosip dari Wan jugak kan? haaaa....mak kantoi! Selalu jugak la aku dengan dia nih hang out sesama. Cuma sekarang dah tak sama...diploma & degree...lain mazhab tu dik oiii... erm...aku tak leh nak kata ape lagi, coz dia memang best...se-best2 kawan yang aku ade...memang gila aku kalau seharian dengan dia...hope cuti mid term dgn cuti raya dia lepas ni aku dapat jumpa dia lagi....hehe...(woi Faeez, ko tak habes2 gentel lubang burit ko tu, bila lagi kita nak hang out?) hehe...seronok berbahasa dengan dia macam tu! Aku rindukan ko la Faeez...marilah kita bersama!

P/S: Faeez, seronok kan bila dulu ko diterima UiTM kan? Aku ingat lagi masa ko check result then you are accepted to continue your study, tergedik-gedik kita menjerit kat restoran KFC masa tu...hahaha...kelakar! Then terus ko call your mum yang ko dapat study kat UiTM. Lepas dah check result kita jejalan sakan dengan hati yang lapang....cuma ko cuak sebab ko dapat kampus Jengka yang kat dalam hutan monyet macam ko kan? Hahaha...aku still ingat ek?

Saturday, June 18, 2011

Update Hari ini:


Pergh! Seyes shit aku tak der mood hari ni!
Satu habuk aku rasa giler giler punya bosan!
Termenung jelah aku kat depan fb...adoiiii...bosan giler
Apa nak buat?
Terima kasih kepada MyBro Opie kerana pulang ke kolej...
Sekurang-kurangnya aku ade kawan nak berseronok!

Maka dengan itu:
Sekian dari saya yang makin bosan!

Muka masa suatu ketika dulu demam sebab kebosanan!

Friday, June 17, 2011

No tears, No angry, No feelings & No sad!

Entahlah. aku pun tak tau apa yang tak kena dengan aku nih. Bermula dari malam tadi dimana aku dah post entry baru sehinggalah waktu ini, aku sebenarnya menanti benda yang maha neves! Result Final Exam Semester 2 aku! Aku bising kat kawan Committee aku sebab aku belum dapat email dari UiTM...dia suruh aku sabar menunggu....it will appear for a minute! Aku pun tunggu lagi sampai la angin kus kus aku tak menentu...aku chatting dengan budak kelas aku...then the story begins:

Kronologi 1 : Aku bukak banyak tabs...salah satunya email yahoo aku. Konon2 la nak tgok ade new email sampai tak, lepas satu2 email sampai...hampa! itu hanya message dari facebook...mengamuk aku masa tuh. Lastly, 1 new message appeared at my inbox and there's sender from UiTM...my heartbeat is getting faster...i couldn't breath! Kipas2 sket macam mak ayam jap! Amek kain gud morning lap peluh dulu...haha...aku dah start merepek lagi!

Kronologi 2 : Aku klik kat situ...then aku tutup sebelah mata (konon2 tak nak tengok semua la...) tapi aku kena scroll down email tu sebab space email untuk readers kecik...scroll punya scroll, aku nampak subjek killer yang pertama:

1 . | CSC435 | Object-Oriented Programming | 3.0 | C+ | LU

aku rasa lega giler...sebab subjek ni la yang ramai orang fail kata lecturer aku! Tapi aku lulus, C+ okey la tu, gempak taw! hehe...sengih kejap! scroll lagi bawah, alamak! teruk nih...dah nampak gaya2 jatuh menjunam...tak pe Mag_Jr sabar...sabar! Bergerak ke subjek yang aku tak suka, pergh! ok pulak, not bad coz i got in the range of B family...kenapalah kau yang okey pulak? turun kepada subjek misteri pulak, astaghfirullahalazim...kenapa macam tu? Aku suka kot subjek tu...tapi dpt byk tu je? Tabah~tak menangis lagi...okey maintain! Mari kita scroll lagi bawah ya?

Kronologi 3 : Apa benda nih? Takkanlah? Boleh pulak macam ni? Ya Allah, anggaplah aku ini mimpi! Semua ini tidak benar! Aku tengok untuk kali kedua...Calculus 1 aku tergolek anjing sakit mengerang kat tepi longkang, alahai Calculus, kenapa kau musnahkan masa depan aku????? Apa yang tak kena dengan kau? Terus aku menyebut: "Fail" memang puas hati aku, terus aku bangun dari kerusi dan aku berjoget ala2 lagu Addicted [Prema Yin & Shahz Jazle] sebab aku baru tengok video tu malam tadi...seronok bila aku fail subjek tu! Terpaksa mengaku....berserah sahajalah, ini ketentuan Allah SWT aku tak boleh pertikai, ape yang aku dapat rumuskan aku kurang praktis kot. Ermm...aku masih okey, tak nangis masa tuh...scroll down.....

kronologi 4 : Woit! Subjek feveret aku tak dapat A? Maaih...how come? bukan ke lecturer tu dah janjikan kami semua A? Dengan carry marks aku yang tinggi takkan tak membantu kot? Aku kepelikan disitu....lama reflect diri masa tu...arghh! sudah ditentukan aku akan dapat result macam nih...sudahlah!

Kronologi 5 : Aku copy result tu, aku tak mau komen ape lagi masa tu, direct aku bukak ICRESS nak check jadual kelas untuk subjek aku yang bakal aku repeat tuh...alamak! tak match la pulak, macam mana nih? takkan nak repeat semester lain lak? Boleh ke? so, aku nak jumpa KP (ketua program) aku lepas ni...apa cerita perjalanan aku semester hadapan dengan berhutang satu subjek repeat tu...

Seperti yang berlaku kepada aku hari ni, aku langsung tidak menangis...tiada air mata yang keluar. Aku juga tidak marah..mencarut sebut vavi, kimax, fentex or paku pukis or anything. Juga aku tidak sedih...tak bad mood dan gila meroyan seperti jilat semua tapak kasut semua penghuni kolej aku...tapi aku cuma tiada perasaan hari ni...tak tau kenapa.

Semasa aku post entry ni pun, aku mula rasa macam rindu, nak peluk seseorang...nak bercerita dan mengadu nasib aku ni, nak menangis dalam pelukan dia...tapi apakan daya dia juga mengalami apa yang aku alami...biarkan dia dengan kondisinya...aku ingin dia tenang dan hilang rasa sedihnya...muka my Mum pun aku teringat...cuma aku tak rasa sedih pun dengan result yang bakal aku bawak tunjuk kat dia...

Aku rasa sangat okey, aku masih boleh ketawa, senyum, minum dan makan seperti biasa..kerana aku tau, setiap apa yang kita lakukan hasilnya bergantung kepada macam mana kita usahakan. Kemudian pula bagaimana keredhaan Tuhan itu jatuh kepada diri kita, dapatkah berkat dan keredhaan dengan apa yang telah kita lakukan itu? Aku dalam mood berserah, pasrah dan bersyukur juga redha dengan ketentuan yang Satu. Aku perlu ubah apa yang dirasakan telah lari dari norma...aku tidak perlu menangisi dan marah bagai nak gila, kerana sudah depan mata ia telah tertulis begitu...sudah nyata ia tidak akan boleh berubah walau dengan setitik dakwat lecturer pun! itulah result final exam aku! Tahniah Mag_Jr!

Selamat Berjuang di Semester 3!

Thursday, June 16, 2011

Hari ini hari bosan...

Aku macam orang bodoh tak buat apa-apa taw? God! Aku melangot kat dalam bilik just mengadap lappy Dell *Blackey aku jew! *Blackey (nama lappy cute aku!)~baru je selamat hidup dari bulan 5 aritu coz adapter meletop! Yang menjadikan aku sangat boring coz semua kawan2 aku tak der bersama aku! Satu hal lagi aku dah la tgh neves tahap kambing tahan kencing coz ESOK RESULT FINAL EXAM aku keluar...

Semalam aku tido lambat dok siapkan novel ke-3 aku! Plus melayan my cyber fren Fyza Rosli...haha...bergaduh gedik punyer pasal...Dalam pukul 3:30 Pagi tu pulak aku dok tertinjau2 kat luar (konon2 nak tgok Eclipse la) risau gak tgh gelap2 tu dtg adik beradik Edward Cullens gigit aku plak...dah start merepek! So ape yang aku wat sekarang ialah membaca entry blog dari sorang kawan gurl ni dari KMM...Shemart gak blog dia...suka aku membaca...sampai leka dah ke petang...ok gak la blog dia, perintis aku nak menge-post blog aku! *Credited to : Fadzlina Zaman dalam blog nya Si Buncit! Huh! aku tak tau nak pergi mana arini...Hilux Kenari kawan aku dah bawak balik lak...so, takder la kereta nak jejalan dah~

Kerja aku yang rutin hari ini adalah, makan minum dengan facebook, bangun tido dengan facebook, pegi mandi dengan facebook, pakai baju dengan facebook, blog dengan facebook! Boring dah aku rasa....mana kawan2 aku semua? Aku rindukan korang weh~Nak pelok manja nih (gatai sungguh ha, nak pelok2 pulak...jantan kot semua tu!) hehe~tak pe..saya yang paling muda dan manja...Minggu depan dah nak gerak ke Bangkok dah, yahooo! Mesti best kan?[ishh...bosanlah...aku pun tak tau ape nak buat nih...nak ber-blog pun jadi bosan...]

Neway, jumpa di entry akan datang...see ya!

Aku yang suatu ketika test blogging kat McD!

Tuesday, June 14, 2011

Inikah Orang Jenis Aku?

Aku berminat pulak nak klik kat satu aplikasi dalam satu laman sosial nih, namanya Facebook. Tak larat dah nak face web nih...sampai aku tak tidur dibuatnya. Gila separuh nyawa bila tak dapat nak bukak facebook sehari. Apakah itu tandanya aku gila meroyan? Owh, pasal aplikasi tadi yek? Ini dia: rahsia bulan kelahiran! Untuk apa yek? Entahlah, aku pun tak tau kenapa aku terdetik nak pegi kat aplikasi tuh...kemudian dalam beberapa saat tuh, dia kasi aku keputusan, ini dia jenis orang macam aku yang lahir dalam bulan Jun:
  1. Berfikiran jauh & berwawasan [fikir jauh tu ada, wawasan aku tak pasti, aku harapkan wawasan 2020 jek]
  2. Mudah ditawan kerana sikap baik [Baik? mestilah orang tu aku...aku je yang baik...korg noty]
  3. Berperangai lemah lembut [Erk, ini statement ke kutukan? No commentlah, lembut? hehe]
  4. Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood [Owh betullah, aku macam tu rupanya, selama ni aku rasa macam pelik je, nak kata period aku bukan pompuan nak naik angin tertonggeng sana, tertonggeng sini!]
  5. Idea terlalu banyak dikepala [Tu dia, idea banyak kan? sampai wat idea busuk pun ade]
  6. Bersikap sensitif [erm, aku ni tacing tinggi la...cepat merajuk pun ade!]
  7. Mempunyai fikiran yang aktif (sentiasa berfikir) [wah, aktif yek? sentiasa berfikir katanya, sampaikan benda luca(h) pun fikir, teruknya aku!]
  8. Sukar melakukan sesuatu dengan segera [Bukan tak nak wat awal2, cuma aku plan ikut list...mana yang dulu..eh, tapikan kalau aku lapar cepat je cari mi segera!]
  9. Bersikap suka menangguh-nangguh [tak terniat bertangguh taw, koranglah kacau aku!]
  10. Bersikap terlalu memilih dan mahukan yang terbaik [sorilah pada sape yang aku komen over dalam wat pemilihan tu..aku ni nak yang grand dan masyuk je, yang macam taik memanglah aku bahan!]
  11. Cepat marah & cepat sejuk [aku ni seyes kalau marah menjulang api, tapi kalau nak kasi aku okey, belanjalah Carrot Susu Ais..sejuk sikit!]
  12. Suka bercakap & berdebat [tak de sape pun boleh menang kalau bercakap dengan aku, aku tak penat dan kata-kata aku semuanya memang betul!]
  13. Suka buat lawak dan bergurau [itulah aku, aku memang macam ni...lawak tak?]
  14. Otaknya cerdas berangan-angan [sebab tulah aku amek course BSc (Hons) Intelligent System...sebab aku kan cerdas, bijak pulak tu...hehe aku dah mula perasan pulak....]
  15. Mudah berkawan dan pandai berkawan [memang saya!]
  16. Orangnya sangat tertib [kalau nak hidup dengan aku, banyak prosedur kene ikut, nak berak pun ikut list yang aku bagi dari A-Z!]
  17. Pandai pamerkan sikap [sikap ape? erm, macam mencapap tu ke? aku garu kepala dah...]
  18. Mudah kecil hati [hati aku janganlah dilukai, ia sangat sakit, jagalah aku dengan sebaiknya]
  19. Mudah kena selesema [arghh! selesema tu selalu berjangkit dari korg yang yang hingus hijau tu!]
  20. Suka berkemas [kalau dah nampak aku dah start kemas tempat korang duduk, itulah alamat lepas tu barang korang semua kena lempar buang!]
  21. Cepat rasa bosan [maksudnya, wat la aku rasa hepi, kalau tak aku blah!]
  22. Sikap terlalu memilih & cerewet [maknanya aku ni nak yang over 100% brand bagus punyer...]
  23. Pandai mempamerkan perasaan [perasaan pulak? ape dia ek? pandang atas, pikir jap..]
  24. Lambat sembuh bila terluka hati [memang! dah berkali2 hati aku terluka, kalau korang punyer luka korang toreh berkali2, makin teruk tak luka tu?]
  25. Suka pada barang yangberjenama [aku taklah bongkak sampai semua yang berjenama je aku pandang, hey aku beli kat Uptown Shah Alam pun aku melompat suka apa?]
  26. Mudah jadi eksekutif [impian aku, bolehlah aku arahkan pekerja bawahan aku...siaplah korg aku kerjakan!]
  27. Kedegilan yang tidak terkawal [aku tak degillah, bodoh punya statement! aku ikut cakap apa...my mum tau aku macam mana...aku lagi senang ikut cakap orang yang aku sayang tau!]
  28. Sesiapa yang memuji dianggap musuh, sesiapa yang menegur dianggap kawan [lagi la betul statement ni, aku tau korang kalau puji tu semuanya ade udang tersepit kesian kat disebalik batu, saje nak propa aku je, tapi korang yang menegur itu hebat! ade inisiatif nak aku perbaiki diri aku...ok gak tu! tapi lepas tu memang makan maki aku la...]
Orang yang kaji nih;
YBbhg Dato' Dr Hj Fadzilah Kamsah
(sempat gak dia dalam beberapa saat kenal aku macam mana kan? -Penipu!)

Monday, June 13, 2011

Sebuah Sesalan...

aku tak perlukan dia lagi...
aku tak mahukan dia lagi...
aku benci melihat dia lagi...

mungkinkah perkataan ini yang harus aku ungkapkan...
berat hati atau pun tidak...itu belakang cerita...
semenjak ini aku lihat dia hidup selesa...
aku juga tidak mahu masuk campur hal kehidupan dia...
kerana apa? bukankah dulu aku ingin sangat memiliki dia?

aku putus harapan...dia tak akan...tidak mungkin..
menjadi milik aku...
maaflah jika dia merasakan aku ingin merampas dia dari orang yg dia cinta...
kejam juga aku ni kan?
aku penting diri sendiri..
aku mahukan apa yang diyakini tidak mungkin memiliki...
ludahkanlah sikap aku ini...aku tertekan...
mungkin sebab itu aku amat sensitif...
mudah marah..mudah menangis...mudah ketawa..
malahan segala itu tiada makna..aku tak mengerti apa yang aku sedang lalui..

baguslah jika kau tidak lagi melihat wajah aku...
eloklah jika kita berjauhan kini...
manislah jika kita tidak lagi bergurau mesra...
patutlah jika kita tidak melahirkan perasaan itu..

kalau diukur dengan kata-kata...
aku mampu mengatakan segala ini..
yang aku sendiri coretkan...
tapi entah mengapa...air mata ingin gugur kebumi...
tiada kataku yang serupa dengan coretan ilhamku...
kerana aku menzahirkan perasaan aku sendiri menjadikan ia coretan...
ku seka airmata dan berdoa agar aku tabah dan kuat melalui segala ini...
boleh ku dengar satu dunia mentertawakan aku...
karenah aku yang boleh dunia anggap "syok sendiri"...
apakah aku tidak boleh merasakan nikmat cinta?

bodoh rasanya menyimpan perasaan terhadap dia..
jijiknya ku rasa bermimpi dia menjadi hak aku...
kelakar dengan sikap ku yang bermatian untuk memenangi dia...
teruk rasanya menangisi tentang dia yang aku sendiri juga tidak tahu kenapa...
gila aku rasa bila dia sendiri tidak menyimpan apa-apa perasaan terhadap aku...
segalanya aku rasakan memang tak masuk akal...
mencintai...menyayangi seseorang yang aku sendiri tidak tahu benar atau tidak...

kerana jawapan terletak pada hati...
aku sayang dia hingga aku tidak mampu lupa tentangnya...

Tuesday, June 7, 2011

08 Jun 1991 : Hey aku sudah 20th!

Seronok bila nak tunggu saat aku menjangkau usia 20tahun...akhirnya aku capainya esok! Nak kata aku cukup besar...tak la jugak...banyak benda yang aku masih belum teroka, belum belajar, belum khatam, belum terlaksana...cuma apa yang aku nak rumuskan, sepanjang masa aku menyambut hari kelahiran aku tu, tidak sekalipun aku berpeluang menyambutnya dengan orang yang tersayang, semuanya aku sambut bersama keluarga, teringat setiap tahun besday aku...

Abah akan balik rumah dengan kek special untuk aku....tersenyum dan gembira aku ketika itu...tapi, yang menjadikan aku sedih adalah...tarikh besday aku jatuh pada minggu cuti sekolah, kalau masa sekolah dulu, aku tak dapat celebrate dengan kawan-kawan. Masa aku kerja pulak, mesti hari tu aku kerja shif pagi, then balik lewat petang. Of coz la celebrate kat rumah lagi la. Masa aku kat Matrikulasi, besday aku jatuh pada minggu lepas intake. Mungkin itu hadiah aku yang paling best coz diterima masuk ke alam Matrikulasi...masa tu bersama2 dengan keluarga lagi...Kemudian, masa dah masuk UiTM, still sama, aku celebrate kat rumah dengan keluarga. Still tak dapat merasa dengan kawan-kawan, especially with Remy & Opie myBro dan juga Council Family! Bukan aku tak bersyukur, cuma aku nak tengok wajah mereka gembira ketika menyambut besday aku...dan aku akan mendapat ucapan "Happy Besday Mag_Jr Shomei!" banyak2...mesti time tu aku rasa sangat dihargai...

Maka dengan segala yang aku ungkapkan kali ini...Malam besday aku yang jatuh pada hari esok: 8 JUN 2011, untuk kali ke 20 tahun...aku SAMBUTNYA DIRUMAH LAGI! dan apa-apa pun untuk aku:
"SELAMAT HARI LAHIR KE 20 TAHUN Mag_Jr Shomei"