Entahlah. aku pun tak tau apa yang tak kena dengan aku nih. Bermula dari malam tadi dimana aku dah post entry baru sehinggalah waktu ini, aku sebenarnya menanti benda yang maha neves! Result Final Exam Semester 2 aku! Aku bising kat kawan Committee aku sebab aku belum dapat email dari UiTM...dia suruh aku sabar menunggu....it will appear for a minute! Aku pun tunggu lagi sampai la angin kus kus aku tak menentu...aku chatting dengan budak kelas aku...then the story begins:
Kronologi 1 : Aku bukak banyak tabs...salah satunya email yahoo aku. Konon2 la nak tgok ade new email sampai tak, lepas satu2 email sampai...hampa! itu hanya message dari facebook...mengamuk aku masa tuh. Lastly, 1 new message appeared at my inbox and there's sender from UiTM...my heartbeat is getting faster...i couldn't breath! Kipas2 sket macam mak ayam jap! Amek kain gud morning lap peluh dulu...haha...aku dah start merepek lagi!
Kronologi 2 : Aku klik kat situ...then aku tutup sebelah mata (konon2 tak nak tengok semua la...) tapi aku kena scroll down email tu sebab space email untuk readers kecik...scroll punya scroll, aku nampak subjek killer yang pertama:
1 . | CSC435 | Object-Oriented Programming | 3.0 | C+ | LU
aku rasa lega giler...sebab subjek ni la yang ramai orang fail kata lecturer aku! Tapi aku lulus, C+ okey la tu, gempak taw! hehe...sengih kejap! scroll lagi bawah, alamak! teruk nih...dah nampak gaya2 jatuh menjunam...tak pe Mag_Jr sabar...sabar! Bergerak ke subjek yang aku tak suka, pergh! ok pulak, not bad coz i got in the range of B family...kenapalah kau yang okey pulak? turun kepada subjek misteri pulak, astaghfirullahalazim...kenapa macam tu? Aku suka kot subjek tu...tapi dpt byk tu je? Tabah~tak menangis lagi...okey maintain! Mari kita scroll lagi bawah ya?
Kronologi 3 : Apa benda nih? Takkanlah? Boleh pulak macam ni? Ya Allah, anggaplah aku ini mimpi! Semua ini tidak benar! Aku tengok untuk kali kedua...Calculus 1 aku tergolek anjing sakit mengerang kat tepi longkang, alahai Calculus, kenapa kau musnahkan masa depan aku????? Apa yang tak kena dengan kau? Terus aku menyebut: "Fail" memang puas hati aku, terus aku bangun dari kerusi dan aku berjoget ala2 lagu Addicted [Prema Yin & Shahz Jazle] sebab aku baru tengok video tu malam tadi...seronok bila aku fail subjek tu! Terpaksa mengaku....berserah sahajalah, ini ketentuan Allah SWT aku tak boleh pertikai, ape yang aku dapat rumuskan aku kurang praktis kot. Ermm...aku masih okey, tak nangis masa tuh...scroll down.....
kronologi 4 : Woit! Subjek feveret aku tak dapat A? Maaih...how come? bukan ke lecturer tu dah janjikan kami semua A? Dengan carry marks aku yang tinggi takkan tak membantu kot? Aku kepelikan disitu....lama reflect diri masa tu...arghh! sudah ditentukan aku akan dapat result macam nih...sudahlah!
Kronologi 5 : Aku copy result tu, aku tak mau komen ape lagi masa tu, direct aku bukak ICRESS nak check jadual kelas untuk subjek aku yang bakal aku repeat tuh...alamak! tak match la pulak, macam mana nih? takkan nak repeat semester lain lak? Boleh ke? so, aku nak jumpa KP (ketua program) aku lepas ni...apa cerita perjalanan aku semester hadapan dengan berhutang satu subjek repeat tu...
Seperti yang berlaku kepada aku hari ni, aku langsung tidak menangis...tiada air mata yang keluar. Aku juga tidak marah..mencarut sebut vavi, kimax, fentex or paku pukis or anything. Juga aku tidak sedih...tak bad mood dan gila meroyan seperti jilat semua tapak kasut semua penghuni kolej aku...tapi aku cuma tiada perasaan hari ni...tak tau kenapa.
Semasa aku post entry ni pun, aku mula rasa macam rindu, nak peluk seseorang...nak bercerita dan mengadu nasib aku ni, nak menangis dalam pelukan dia...tapi apakan daya dia juga mengalami apa yang aku alami...biarkan dia dengan kondisinya...aku ingin dia tenang dan hilang rasa sedihnya...muka my Mum pun aku teringat...cuma aku tak rasa sedih pun dengan result yang bakal aku bawak tunjuk kat dia...
Aku rasa sangat okey, aku masih boleh ketawa, senyum, minum dan makan seperti biasa..kerana aku tau, setiap apa yang kita lakukan hasilnya bergantung kepada macam mana kita usahakan. Kemudian pula bagaimana keredhaan Tuhan itu jatuh kepada diri kita, dapatkah berkat dan keredhaan dengan apa yang telah kita lakukan itu? Aku dalam mood berserah, pasrah dan bersyukur juga redha dengan ketentuan yang Satu. Aku perlu ubah apa yang dirasakan telah lari dari norma...aku tidak perlu menangisi dan marah bagai nak gila, kerana sudah depan mata ia telah tertulis begitu...sudah nyata ia tidak akan boleh berubah walau dengan setitik dakwat lecturer pun! itulah result final exam aku! Tahniah Mag_Jr!
Selamat Berjuang di Semester 3!
but i did cry..a lot..:(
ReplyDeletetabah ye encik megat..:)
ReplyDelete