Tuesday, June 14, 2011

Inikah Orang Jenis Aku?

Aku berminat pulak nak klik kat satu aplikasi dalam satu laman sosial nih, namanya Facebook. Tak larat dah nak face web nih...sampai aku tak tidur dibuatnya. Gila separuh nyawa bila tak dapat nak bukak facebook sehari. Apakah itu tandanya aku gila meroyan? Owh, pasal aplikasi tadi yek? Ini dia: rahsia bulan kelahiran! Untuk apa yek? Entahlah, aku pun tak tau kenapa aku terdetik nak pegi kat aplikasi tuh...kemudian dalam beberapa saat tuh, dia kasi aku keputusan, ini dia jenis orang macam aku yang lahir dalam bulan Jun:
  1. Berfikiran jauh & berwawasan [fikir jauh tu ada, wawasan aku tak pasti, aku harapkan wawasan 2020 jek]
  2. Mudah ditawan kerana sikap baik [Baik? mestilah orang tu aku...aku je yang baik...korg noty]
  3. Berperangai lemah lembut [Erk, ini statement ke kutukan? No commentlah, lembut? hehe]
  4. Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood [Owh betullah, aku macam tu rupanya, selama ni aku rasa macam pelik je, nak kata period aku bukan pompuan nak naik angin tertonggeng sana, tertonggeng sini!]
  5. Idea terlalu banyak dikepala [Tu dia, idea banyak kan? sampai wat idea busuk pun ade]
  6. Bersikap sensitif [erm, aku ni tacing tinggi la...cepat merajuk pun ade!]
  7. Mempunyai fikiran yang aktif (sentiasa berfikir) [wah, aktif yek? sentiasa berfikir katanya, sampaikan benda luca(h) pun fikir, teruknya aku!]
  8. Sukar melakukan sesuatu dengan segera [Bukan tak nak wat awal2, cuma aku plan ikut list...mana yang dulu..eh, tapikan kalau aku lapar cepat je cari mi segera!]
  9. Bersikap suka menangguh-nangguh [tak terniat bertangguh taw, koranglah kacau aku!]
  10. Bersikap terlalu memilih dan mahukan yang terbaik [sorilah pada sape yang aku komen over dalam wat pemilihan tu..aku ni nak yang grand dan masyuk je, yang macam taik memanglah aku bahan!]
  11. Cepat marah & cepat sejuk [aku ni seyes kalau marah menjulang api, tapi kalau nak kasi aku okey, belanjalah Carrot Susu Ais..sejuk sikit!]
  12. Suka bercakap & berdebat [tak de sape pun boleh menang kalau bercakap dengan aku, aku tak penat dan kata-kata aku semuanya memang betul!]
  13. Suka buat lawak dan bergurau [itulah aku, aku memang macam ni...lawak tak?]
  14. Otaknya cerdas berangan-angan [sebab tulah aku amek course BSc (Hons) Intelligent System...sebab aku kan cerdas, bijak pulak tu...hehe aku dah mula perasan pulak....]
  15. Mudah berkawan dan pandai berkawan [memang saya!]
  16. Orangnya sangat tertib [kalau nak hidup dengan aku, banyak prosedur kene ikut, nak berak pun ikut list yang aku bagi dari A-Z!]
  17. Pandai pamerkan sikap [sikap ape? erm, macam mencapap tu ke? aku garu kepala dah...]
  18. Mudah kecil hati [hati aku janganlah dilukai, ia sangat sakit, jagalah aku dengan sebaiknya]
  19. Mudah kena selesema [arghh! selesema tu selalu berjangkit dari korg yang yang hingus hijau tu!]
  20. Suka berkemas [kalau dah nampak aku dah start kemas tempat korang duduk, itulah alamat lepas tu barang korang semua kena lempar buang!]
  21. Cepat rasa bosan [maksudnya, wat la aku rasa hepi, kalau tak aku blah!]
  22. Sikap terlalu memilih & cerewet [maknanya aku ni nak yang over 100% brand bagus punyer...]
  23. Pandai mempamerkan perasaan [perasaan pulak? ape dia ek? pandang atas, pikir jap..]
  24. Lambat sembuh bila terluka hati [memang! dah berkali2 hati aku terluka, kalau korang punyer luka korang toreh berkali2, makin teruk tak luka tu?]
  25. Suka pada barang yangberjenama [aku taklah bongkak sampai semua yang berjenama je aku pandang, hey aku beli kat Uptown Shah Alam pun aku melompat suka apa?]
  26. Mudah jadi eksekutif [impian aku, bolehlah aku arahkan pekerja bawahan aku...siaplah korg aku kerjakan!]
  27. Kedegilan yang tidak terkawal [aku tak degillah, bodoh punya statement! aku ikut cakap apa...my mum tau aku macam mana...aku lagi senang ikut cakap orang yang aku sayang tau!]
  28. Sesiapa yang memuji dianggap musuh, sesiapa yang menegur dianggap kawan [lagi la betul statement ni, aku tau korang kalau puji tu semuanya ade udang tersepit kesian kat disebalik batu, saje nak propa aku je, tapi korang yang menegur itu hebat! ade inisiatif nak aku perbaiki diri aku...ok gak tu! tapi lepas tu memang makan maki aku la...]
Orang yang kaji nih;
YBbhg Dato' Dr Hj Fadzilah Kamsah
(sempat gak dia dalam beberapa saat kenal aku macam mana kan? -Penipu!)

3 comments:

  1. afi stuju yg no 4..5..6..7..11..12..13..15..17..18..23..24..:)

    ReplyDelete
  2. dalam islam takleh percaya tilik naseb...khurafat...dosa...tapi tgok2 kena lak ciri2 yang disebut...

    ReplyDelete
  3. kte xyh la caya sgt..juz for fun jek..:)

    ReplyDelete