Monday, September 26, 2011

Kerja Aku Ialah Menjaga Perasaan Orang Walhal Aku Tahu Orang Lain Tak Pernah Jaga Perasaan Aku!

Statement ni memang shit! Ade ke ini yang patut aku fokuskan? Bodoh, seyes bodoh yang teramat. Aku jadi macam tak tentu hala nak pikirkan semua ni. Paling jerk bagi aku adalah, bermatian dan tukar fikiran aku dari "tak suka kau, jadi suka pulak!". Sampailah aku terima orang lain pada tahap karma yang paling tinggi. Aku bodoh kan?

Aku dah banyak kali kata yang aku tiada apa-apa cuma kebahagian yang ada bersama orang yang tak buat aku menangis. Tapi, tak sangka semua tu hanya palsu semata-mata. Semua orang hanya berpura-pura baik dengan aku untuk dapatkan kelebihan. Korang memang sial kan? Korang ingat aku tak penat ke jaga setiap dari perasaan korang supaya tak berkecil hati. Apa yang korang tak suka...aku tak buat. Apa yang aku nak buat aku tanya korang dulu. Apa yang korang nak aku laksanakan tanpa aku berdalih. Apa yang korang cuba sampaikan aku cuba dengar dan fahamkan. Tak ada satu pun rasa aku benci dengan korang....

TAPI KENAPA KORANG SIKIT PUN TAK PERNAH JAGA PERASAAN AKU?
KENAPA KORANG LEBIH SUKA BUAT AKU BERSEDIH DAN MELUKAKAN PERASAAN AKU?
KENAPA KORANG SUKA JADIKAN AKU MEDAN PERANTARA UNTUK SEMUA PERKARA YANG TERUK UNTUK KORANG NAK HADAPI?
KENAPA AKU YANG KORANG CARI BILA KORANG ADA BENDA NAK BUAT?
KESIAN KAT AKU KAN? DIPERBODOHKAN ORANG?
DAH MEMANG AKU MACAM NI. TUHAN JADIKAN DIRI AKU YANG TERLAMPAU MAKSIMA PRIHATIN KAT ORANG SAMPAI DIRI SENDIRI TERABAI.....

Sunday, September 18, 2011

Setahun dari sekarang!

Tarikh kat kalender mungkin boleh aku hitung...kerana ia perkara fakta. Tapi apa akan jadi pada yang sesuatu tidak boleh diukur mahupun dihitung? Pelik bukan? Tinggal lagi satu tahun segala ini akan berakhir. Aku sedang bermain diatas skrip sendiri. Aku garap, aku tambah dan aku buang mana-mana babak yang tidak menjadi buah fikiran aku. Ya, skrip ini lapuk sehingga satu tahun lagi. Kemudian, skrip lain akan tiba dan kisah skrip ini akan termasuk sekali...apa yang aku cuba sampai kan ni?

Tak perlu fikir panjang, aku hanya mencuba menghitung perkara sebegini:

1. Saat ada orang yang cukup menginspirasikan membuatkan aku ketawa.
2. Berkongsi apa saja dan sanggup mementingkan dia dari diri sendiri.
3. Memberi peluang untuk aku meluahkan rasa dan mengadu.
4. Melukakan hati aku sehingga air mata menjadi peneman setia.
5. Selalu rasa dapat tumpang naik motor walaupun aku tak ada lesen.
6. Kekerapan bergurau dan saling mengusik.
7. Beribu-ribu gambar diambil sehingga tak jemu melihat.
8. Rasa diri masing2 penting dan mustahak.
9. Tak boleh nak berpisah.
10. Cemburu pada diri masing2.
11. Selalu merajuk dan bertengkar.
12. Keistimewaan pada diri masing2.

Boleh dihitung ke semua tu? Semua itu perkara yang abstrak. Bukan objek ataupun nilai. Aku dah mula menghitung saat hari pertama memulakan kuliah. Agaknya apa akan jadi setahun kemudian? dan tahun2 seterusnya? Meskipun lambat lagi semua itu berlaku, tapi anginnya sudah dirasa. Sedih nak ditinggalkan oleh orang penting. Cuma aku kena ingat, pertama: "ia bermula dengan pertemuan", kedua: "kita hidup dan berjalan diatas cerita kita bersamanya", ketiga: "ia berakhir, cerita baru akan tiba".

Kepada insan2 yang aku sayang (especially kedua2 abg ku...), mungkin masih awal aku mengucapkan selamat tinggal.

Monday, September 12, 2011

Cukup Sampai Disini...Aku akan berhenti.

BERHENTI? Berhenti dari apa? Family JPK ke?
Jawapannya salah...tanggungjawab tak boleh lepas macam itu sahaja kerana ia amanah.

Aku cuma nak perasaan aku bebas. Aku tak nak hati aku terikat pada apa sahaja yang mudah melukakan perasaan aku sendiri. Buat masa sekarang mood aku tak berapa elok grafnya. Masih berlaku naik turun dan mendatar pada ketika ini. Kerana apa? Aku pun tak tau. Cuma apa yang aku tahu aku dah BUAT SILAP. Aku bersalah terhadap segalanya, aku dah langgar janji.

Sekarang aku jadi tak tentu hala disebabkan aku mencemari janji aku sendiri. Kini kesilapan aku itu dah memakan jiwa dan akhirnya aku menjadi GILA segila-gilanya. Kelakar bila tengok depan cermin aku menangis tak tentu pasal. Aku cukup menyesal dengan apa yang berlaku. Aku rasa aku tak sanggup lagi nak teruskan semua yang telah aku lakukan.

Perasaan aku cukup rapuh. Sekali aku terluka, hancur berkecai itu tidak dapat diketahui belahannya. Tapi sebenarnya bukan salah sesiapa yang menghancurkannya, aku sendiri juga. Sudah terang tiada apa yang bakal terjadi dan itu fakta, tapi aku melebihi dan menjangkaui hadnya. Kini aku dapat musibah itu. Aku merintih dan kecewa tidak putus-putus sejak 4 bulan berturut2. Semua status kat fb aku semua jadi ayat kecewa macam orang yang tak ada hidup lagi. Sungguh aku cukup terseksa dan merana kerana salah langkah.

Back to Basic. Itu asas, aku kena ingat. Walau jauh mana pun aku pergi, jangan lupa dari asalnya. Kelak ia membantu untuk aku mencari jalan berpatah balik sebelum memulakan langkahan semula kearah yang terbaik. Sedih apabila menaip sepatah demi sepatah ayat ketika ini. Kesilapan dan keburukan diri mula bermain di kotak minda. Siaran ulangan tentang buruknya aku kerana mencipta larangan yang sudah termaktub tiada peluang untuk menjadi benar menjadikan aku bertambah terluka. Sungguh luka kali ini mendalam.

Kisah lama itu berulang kembali. Berdarah lagi luka lama yang dijangka sudah sembuh. Cuma ia berparut. Tapi disebabkan aku alpa, parut juga mampu berdarah kembali. Tidak aku sangka, 8 bulan sahaja ia bertahan disaat hati mula berbunga. Kemudian darah menghilangkan seri warna kuntuman mekar. Tidak aku sangkakan kini ia mula menunjukkan seperti ia hendak berulang lagi. Sudah masuk 8 bulan ia terjadi ketika ini. Adakah darah akan mencoretkan segala? Aku menanti yang pasti. Kerana aku masih berharap diberi peluang untuk melepaskan perasaan ini dari rintihan yang tiada berpenghujung ini.

Saturday, September 10, 2011

Tak Pedulikan Pun Tak Apa, Cuma Hargailah!

Sekali fikir macam aku ni meminta-minta je. Macam tak ikhlas kan? Tapi itu semua cuma kata2 dari jiwa yang negatif. Cubalah rasa sesuatu yang kita rasa sakit dan pedihnya bila orang lain yang sedang mengalaminya. Entahlah, aku rasa cukup terpisah jauh. Dah tak macam dulu. Semuanya macam dah diambil. Penat aku cuba kawalkan perasaan supaya tak terlalu negatif & beremosi, tapi sikit demi sikit aku rasa tak tahan. Aku memberontak. Aku marah & aku mula fikir tak waras. Semua itu terjadi kerana sesuatu yang melukakan:

1. Apa yang aku sudah gembira miliki diambil
Aku cuba untuk berserah & bersabar dengan apa yang telah ditakdirkan kepada aku, tapi ia bertahan untuk sekadar beberapa lama cuma. Aku kalah dalam ujian ketahanan itu. Satu persatu mula bergerak pergi dari sisi aku. Aku mula tertolak ketepi dan mula hilang dari titik tengah antara segalanya.

2. Aku takut ditinggalkan
Aku kini seumpama dalam kotak kosong! Aku dari dulu memang tahu aku sentiasa akan berada dalamnya. Itu takdir aku selalunya. Disebabkan aku memahami bahawa : "sesuatu yang telah kita ada takkan selalunya kita punya, semuanya akan hilang dari genggaman jua" telah menjadikan aku sentiasa sedih dan terluka. Aku cukup kalah dengan situasi bila melibatkan pertemuan dan perpisahan. Aku akan menjadi cukup sensitif dengan semua tu.

3. Tanggungjawab yang mencabar
Setelah aku diberikan satu kepercayaan tinggi dan besar, aku rasakan aku takkan ada lagi hidup lain selain aku kena fokus 100% kat perkara itu sehingga suatu masa nanti mati pun masih lagi genggam tanggungjawab tu kat dalam liang lahad. Aku dikawal, kemudian aku sesak nafas, dan akhirnya aku gila...hilanglah semua ketenangan yang aku ada semata-mata untuk memastikan 100% hasil tanggungjawab itu menjadi. Kemudian aku akan mati dengan "tiada apa-apa".

4. Bermasalah kerana menyukai harta awam
Sudah terang lagi bersuluh bahawa harta awam ini mampu dimiliki sesiapa, kenapa masih berangan itu harta aku? Terima kasih kepada Faeez (my sayang BFF) sebab bagi ayat ini sehinggakan aku ada masa berfikir sejenak dengan ayat "si harta awam". Sudah lama aku tahu harta awam ni boleh hidup mobile bila digunakan orang lain. Sudah lama aku tahu harta awam ini tidak boleh tinggal dengan aku sepanjang masa. Sudah aku tahu harta awam ini akan disukai siapa2 sahaja tak kira dimana dia berada. Satu perkara yang paling menyakitkan adalah menyukai harta awam sehinggakan diakhirnya kita sendiri rasa dan lihat ia menjadi kesukaan orang lain juga. (Maaf, ini bukan tentang cinta ya!)

5. Aku sendiri tidak tahu apa masalah aku sampai aku cukup sensitif
Aku banyak masalah yang masih belum selesai, aku rasa macam nak selesaikan tapi entahlah, bila aku fikirkan semula: "masalah? masalah ape yang aku ada?". Kemudian bila aku biarkan semua itu berterusan, luka yang berdarah kat hati ini menjadi barah sehinggakan aku menangis pun rasa macam tiada perasaan. Cuma aku rasa bila aku mati sahaja aku akan rasa betul-betul cukup sakit dan sedih. Mungkin masa itu aku sendiri aku menyesali diri aku kerana menyeksa perasaan & batin aku sendiri. Aku cukup kejam dengan diri aku.

*sehingga waktu ini aku post entry ini, aku masih terfikir kenapa orang lain dah berubah?
*ketika ini aku termenung mengingatkan segala apa yang aku miliki dan segala yang dimiliki itu diambil dengan cukup melukakan hati.
*dan masa ini pula aku sedang menyalahkan diri kerana sengaja membiarkan diri aku berada dalam masalah ini. Semua itu boleh diselesaikan cuma aku masih lagi alpa bahawa harta awam itu tiada pemilikan yang mutlak, maka aku tak perlu mengandai-andaikan macam2 inferens diri.


Thursday, September 8, 2011

Tidak Akan Berubah!

Aku tetap diri aku, tiada yang berubah. Jika kau memandang aku dengan sisi lain, maka aku silap dengan percaturan aku sendiri. Yang berubah hanyalah jalan hidup aku, tapi aku masih diri aku. Aku tidak menjadi yang lain. Aku terima segala hakikat ini dengan seribu pertanyaan dalam diri, tapi aku tidak bertanya pada diri aku apa yang akan berubah di masa akan datang. Aku ketawa, aku gila, aku sensitif, aku jiwang, aku sewel...itu semua masih sama pada diri aku! Janganlah sangsi dengan ku!

ADAPATASI DARI FACEBOOK

*bukan mudah menerima segala keputusan...maka aku perlukan mereka yang dapat merungkaikan kekusutan hati...

Apabila Ketentuan Melukakan...

Bahagian 1(Keputusan)
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Aku tak rasa indah pun menerima keputusan tu. Bukan nak kata aku tak bersyukur dengan apa yang tertulis pada takdir hidup aku. Cuma aku luka hati. Fikiran ini sentiasa bercerita apakah yang akan terjadi kemudian hari? Hanya beberapa hari aku ditemukan dengan kebahagiaan yang tidak terasa pedinya. Tapi kali ini...aku tidak bermusuhan atau bertengkar dengan sesiapa, cuma hati ini bermain dengan perasaan. Aku rasa jauh hati. Semua orang aku rasa hilang!

Bahagian 2(Kotak Kosong)
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Bayangkan jika kita duduk dalam sebuah kotak kosong! Kita nak buat apa agaknya? Cuma kisah kotak ini adalah perasaan. Setelah aku menerima 'benda' itu, terdetik dalam hati: kenapa aku? Kenapa aku ditempat ini? Lantas aku memandang wajah setiap dari mereka. Memang ada detik itu yang tersenyum dan riang ketawa, tapi dari sudut hati aku sangat terluka. Keputusan dalam hidup boleh menyebabkan hati terluka? benarkah? bukan ke hanya kata2 dan sikap yang menyebabkan hati kita terluka? Aku sendiri kusut memikirkannya. Aku seumpama dalam kotak kosong, tiada sesiapa yang hadir dihadapan aku. Tiada sesiapa nak teman mendengar rungutan dan keluhan.

Bahagian 3(Kenangan macam terhapus)
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Wajah tidak semesra dulu. Segalanya seperti ada cerita. Pedih rasa hati menerima hakikat ini. Ligat fikiran memikirkan perjalanan masa akan datang. Tiba-tiba ketakutan merasuk diri. Buihan kenangan manis mula pecah dari kotak ingatan. Semuanya hilang satu persatu. Meragut kebahagiaan. Inilah rasanya pedih diambil hak milikan. Aku tanggung semua itu. Hendak ketawa rasa palsu, hendak menangis tidak berair mata, hendak marah rasa tidak berpunca, hendak mengadu rasa terlebih2 pula. Apakah yang aku mahu sebenarnya...cinta? tidak mungkin....

Bahagian 4(Mata menceritakan segalanya)
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Mata kanta perasaan. Ia bercerita. Tapi kanta membenci statik tidak bersuara. Aku cukup faham, maafkan aku jika aku bersalah dan pernah melukakan hatimu. Aku tidak berniat melukakan hati sesiapa. Pandangan jauh hati itu menusuk lagi, lantas aku beransur pergi. Keadaan kita selepas ini agak berbeza. Aku tidak harapkan 'benda' ini digalas dibahu kerana aku takut ia meragut kebahagiaan kita semua bersama. Aku lepas ini dengan caraku dan kamu semua dengan cara kamu. Aku tidak mahu itu. Aku mahukan kita makan semeja, keluar bersuka-suka bersama, gelak ketawa bergurau mesra bersama & setiap 6:30 petang kita akan berjumpa...tapi adakah lepas ini sebegitu.

Bahagian 5(Buntu)
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Adakah ini ketentuan aku yang terbaik?
Adakah aku masih boleh memperoleh apa yang telah aku peroleh dulu?
Kenapa aku seperti tidak meredhai segala yang terjadi?
Aku rasa cukup terluka & jauh hati...kejamnya perasaan ini....
Aku hanya mohon jangan diragut kebahagiaan ini...
Kerana aku sudah mencium debuan rasa yang aku bakal ditinggalkan....
Adakah kau mahukan ia?

Ketentuan Illahi adalah sebaik-baik ketentuan;
Mag Jr Shomei

Monday, September 5, 2011

Beribu Kisah Tapi Tak Sempat Cerita!

Dah Lama Tak Bersua Muka:

Sejak balik bercuti semester yang lepas, rindu kat kampung halaman Perindu (suka hati jek!) sampai kan tak dapat on9 sehari rasa cam nak giler. Bila dapat on9, rasa cam tak puas. Bila dah abes on9..merengek nangis! Giler kan semua tu? Seyes sangat menyesakkan stay kat umah. Then kerja la pulak, masa ni rasa malas lagi lah rasa nak balik Perindu. Tapi, sejak aku sampai semalam (4Sept 2011) rasa macam cukup puas hati...aku boleh tengok Perindu sepuas2nya. Kenangan lama datang balik. Tapi situasi amat berbeza.

Makan Semeja Lagi:

Inilah rutin yang aku selalu lalui setelah balik dari kuliah. 6:30 petang mesti dah kuar dengan family pegi dinner. Tempat sama, masa yang sama, dengan orang yang sama...SETIAP HARI! tak jemu pon!!! Kali ni setelah sebulan bercuti (bulan pose) aku balik ke Perindu, dan family ajak makan lagi sekali. Sure la aku nak ikut. Tapi yang paling spesel ialah sayangku BFF Afif dah ada kali nih...dia dah lama tak join kami satu family gathering...kali ni bila dia ada, aku seronok giler. Makan semeja VVIP kali ini ialah saya Mag Jr Shomei, Afif Bee, Opie, Remy & Kamil...plus awal tengahari ada kuar dgn Daus.

Terlalu banyak bergurau manja sampai tak dapat nak cerita:

Gelak, ketawa, senyum, gurauan! Tulah permainan kami satu family. Bila dah dapat gelak, sampai tak leh nak berhenti. Kemudian, aku pulak jenis yang suka gelak dgn citer lawak...jadi cerita yang aku ak cerita pun terbengkalai la kat situ. Lepas tu masing-masing mesti nak bergurau sengaja sakitkan hati masing2...contohnya: Afif sure akan habiskan makanan aku, jadi dengan rasminya aku panggil dia Majlis Perbandaran@Lori Sampah! Tapi sayang aku ni cool, tak marah...gelak lagi adalah! hahahahah...(time aku pulak ketawa!)

Harap kenangan indah kali ni lebih manis:

Mulai esok kerja2 kami satu family akan bermula. Banyak la nanti kenangan akan terlahir. Sure buat aku ketawa non-stop! Aku harap semua itu menguatkan ukhuwah persahabatan satu family ni sampai bila-bila. Amin....

Kumpulan Makan-makan