Apa yang tak seperti dulu tu?
Entahlah...aku pun tak tau macam mana nak terangkan...
Perasaan, pertuturan tidak sama dengan Penulisan...
Jadi semua ini adalah tentang perasaan, maka penulisan tiada ruang baginya...
Aku cuba menukarkan nya dalam bentuk penulisan...
Sehingga kini tak dapat ditafsir apa perasaan tadi...sekejap tadi...
Baru tadi bertembung dengan dia...
Pada awalnya aku hendak bukakan mulut...
Hanya terfikir untuk sebut nama dia..dan bertanya khabar...
Tetapi melihatkan dia yang memalingkan wajah
Dan lagaknya yang memang bencikan aku...aku terkaku disitu...
Diam tak berbahasa...
Aku sudah cuba untuk memperbaiki apa yang telah aku rosakkan...
Ternyata usaha tiada jayanya...dia pun dah tak peduli...
Kenapa susah kali ni ya?
Dulu dia juga sanggup nak mengembalikan keadaan yang gawat ini...
Dulu dia juga yang sanggup bertahan walau perasaan terhiris...
Dulu dia juga sanggup mengalah dengan api dan bara...
Dulu dia juga sanggup membuka seluasnya peluang...
Pada ketika itu aku yang ternyata salah...
Tapi kali ini...hari ini..dan detik ini...
Semua itu, dia tutupkan...tiada lagi peluang untuk aku...
Peluang untuk aku yakinkan dia...
BAHAWA aku mengaku setiap kesalahan dan dosa aku...
Ternyata dia sudah pergi...kerana dia bukan seperti dulu...
No comments:
Post a Comment