Sunday, February 26, 2012

Pendam~

Kadangkala ada perkara yang kita memutuskan untuk pendam sahaja...
Kita berniat untuk luahkan supaya perasaan kita tidak terseksa...
Tapi kita tidak tahu dengan cara apa untuk kita luahkan segala rasa itu...
Sehingga perasaan ini sakit dan menderita...
Apabila berdepan dengannya lidah kelu tanpa kata...
Dan akhirnya kita sendiri yang hampa...
Contoh seperti lagu nyanyian Shahir AF8-Pendam ni:




Aku yang mengejar bayang
Cinta kian terbiar
Terpendam kata tak terungkap selamanya


Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta


Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati


Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati


Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta


Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati


Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati


Aku yang mengejar bayang cinta

Friday, February 24, 2012

Merepek!

Aku demam hari ni, lepas balik solat Jumaat terus tidur...
Tapi time aku tido tulah mybro Remy tengah syok layan citer Korea...
Sampai hati dia tak tunggu aku nak sambung Episod 12! Huh!
Orang kata kalau demam ni, perangai bukan-bukan dan kadang-kadang fikir merepek!
Macam aku la time nih...
"Hati aku bersama dengan orang lain sekarang, tapi aku ingat kat orang lain..."
"Aku rasa nak menangis la, tapi aku tak tau sebab apa aku nak nangis..."
"Kenapa semua orang tak pedulikan aku ye?"

Semua tu yang bermain dalam fikiran bila aku demam...
Pelik bukan?

Thursday, February 23, 2012

Kalau Hidup Kita Macam Cerita Korea?

Huh...sanggup bersengkang mata gara-gara nak tengok drama Korea!
Sassy Girl Chun Hyang punya pasal...
Actually aku dah tengok 3 kali, so masuk kali ni dah jadi 4...
Masalah utama aku ialah : Korean Drama Alzheimer (pelupa tahap katak puru!)
Ingat lagi zaman sekolah menengah tengok cerita tu...
Kemudian bila dah ada team kat kolej tengok cerita tu...
Aku tumpang sekaki lah...lagipun, semester baru lambat lagi nak bukak...
Pernah la dulu berangan kalau hidup aku/cinta aku macam cerita Korea...
Huh...kalau yang best tu, mestilah sweeeetttt!
Kalau yang sedih tu, dah start air mata duyung kaw!
Drama/Filem Korean Best kan?
Kalau kat rumah mesti aku join sekaki dengan mak aku...
Feveret aku dengan mak kat Astro CH393: One HD...
Memang melekat dua beranak kat situ, lemas bapak aku tengok!
Kat rumah fokus cerita: Yes Captain!, Pure Pumpkin Flowers, Stay With Me My Love...
Huh...ada orang sedang bergelak ketawa kat belakang aku....
Sakan dia tengok cerita Sassy Girl ya?
Okeh...time to continue drama Korea...It's show time!!!


Wednesday, February 22, 2012

Selamanya...Harimau Malaya!


Dah 3 hari aku dengar kat Hot.fm dok sibuk cerita pasal Harimau Malaya...

Aku pun pelik, kenapa? Encik-encik bola tuh nak beraksi ke?
Rupanya ya...Hari ni kat Stadium Nasional Bukit Jalil...
Malaysia vs Jepun
Erm, harap2 encik-encik tu dapat bawa kejuaraan untuk kali ini...
Aku tak ada mood la nak tengok bola hari ini...jadi aku nak tau result je...
Amboi, perkataan RESULT saja aku nih...mentang2 lah..(post sebelum ni...)
Hehe, cakap pasal Encik-Encik Harimau Malaya ni, teringat kat post lama aku:
Urh, bukan setakat Malaysia je nak mengaum...
aku pun...aum..aum...aum, ngap! (sumpah jijk bukan?)

Oh by the way, aku dah post novel aku kat blog lagi satu...
Tajuknya: Aku Masih Sayang (2010)
Tinggalkan komen anda untuk pembaikan di masa depan...

A's and All Passed!

Result time!
Semua orang sibuk bercerita...saling bertanya...compare sesama sendiri...
Bermula 12 a.m dah ramai yang check result kat email...
Tapi aku ambil masa 2 jam selepas tu, sengaja nak releks kan hati...
Tak sangka budak kelas aku dok menunggu aku umumkan result aku...
Ceh! korang memang sengaja kan?
Sumpah masa nak bukak email tu memang menggelabi (menggelabah + babi)
Lepas bukak, aku menyumpah: "Ceh ko UiTM, ko letak pointer dulu baru result subjek?"
Lepas tu aku tengok GPA: ok! CGPA: ok! (boleh kejar second class upper honours)
Masa untuk tengok result untuk 2 subjek hampas tu...
CSC518: Data Structure & Algorithm Analysis (Huh! Lulus pun ko...selamat~)
MAT421: Calculus 1 (Huh! Ko pun menyelamatkan aku dari repeat kali ke-2!)
The others ok, around A, B+ & B
Tapi aku tak la cemerlang macam mereka yang lain, tak merasa Dekan pun lagi...
Cuma aku berpuas hati dengan hasil yang aku usahakan 
selepas bangkit dari kekecewaan & patah hati dengan seseorang masa minggu-minggu dekat exam
Dari analisis result tu, aku tengok aku lebih kepada Information System la...
Jadi aku nak fokuskan kepada IS & AI lebih sikit, sebab nanti untuk Final Project & Industry Training
bolehlah aku ke arah Information System/Artificial Intelligence...
Kepada kawan-kawan kelas & geng aku...terima kasih untuk bantuan korang...
Untuk brotherhood JPK Perindu, terima kasih sayang untuk korang jugak...
Thanks kepada mybro sorang tu yang sanggup call aku tanya result aku...(just dia sorang je yang call tau!)
Marilah bangkit untuk berjuang dengan berterusan...semoga kejayaan dapat digenggam!
Alhamdulillah~Allah beri aku hadiah keberkatan dan keredhaan...

Tuesday, February 21, 2012

3 Tahun Dulu Dengan Orang Paling Rapat

Baru sekarang ni ada mood nak bergerak lincah kat papan kekunci...
Almaklum, Esok malam result exam dah nak keluar...
Malam tadi keluar makan dengan encik-encik teruna:
Hai...(laju je korang nak fikir aku ape kan?) mereka brotherhood...
Dan bertambah lagi family ni dengan encik-encik muda:
Wah...(terus korang tuduh aku ape kan?) berjaya juga mereka tu...
Bila dah keluar tu, aku teringat kisah 3 tahun dulu...
Bila mana aku lah yang jadi encik-encik muda tu...
Disayang, digembirakan, Diberiperhatian, Disukai & Diingati...
Tapi, bak kata orang jangan dikejar semua itu,
Semua itu tak lama, hanya didunia saja...DiAkhirat?
Jawab kalau mampu~ ~ ~
Dulu masa aku encik-encik muda, aku paling rapat dengan:
Abang Long a.k.a Faris Fabregas, (sekarang dah tak jumpa lagi macam dia!)
Dari situ aku bagi nama teddy aku Fabregas (untuk kamu!)
Mak aku lega kat rumah pun sebab dia...
Sebab dia boleh backup aku kat kolej...
Mak risau betul bila aku masuk kolej/asrama...
Katanya nanti orang buli...hakikatnya:
Aku lah yang paling tak senonoh jahat kat Kolej Matrikulasi...
Tapi life aku semua tu abang long yang handle...
Seronok juga ada tempat nak:
Bersembang, study, minta ajar, bergaduh, mengamuk, menangis & sezon dengannya...
Dia tak banyak karenah, dengan aku...dia tahu je apa nak handle...
Sebab tu aku percaya dia...
Dia jaga kami (Aku, Izzudin, Rafeeqa, Bella, Tj, Hannah & Kak Long) macam family...
Sikit pun dia tak pernah sakitkan hati aku...dan kami...
Memang kami calonkan dia kat kolej dulu 'Abang' untuk kami semua...
Hari ni aku terjumpa orang yang sama karakter macam dia...
Rupa dan gaya pun hampir2 sama...
Sebab tu aku teringat balik kisah lama...
Kenapa ya kita selalu/masih ingat perkara lama?
Bak kata orang kalau kita ingat akan menyusahkan...
Tapi aku setiap satu jam mesti akan teringat kisah-kisah-kisah lama...
Kesian kat aku....

susah dah nak jumpa orang macam Abang Long untuk aku...
Kakak-kakak memang berduyun2 datang melaung-laung nama aku! (hehehehe~)

Thursday, February 2, 2012

Pulang Dengan Persoalan~

Aku setiap kali menyoal diri aku sendiri...
Kemudian aku akan senyap dan pejam mata...
Sebab nak dengar hati aku bercakap kat aku...
Aku selalu buat macam tu...
Aku selalu ada beribu persoalan...kemudian aku tanya hati aku...
Apa jawapannya? Apa katanya? Apa keputusannya?
Sebab di minda dan di bicara aku tak ada jawapan...
Sayangnya hati aku tak bersuara pun...dia senyap!
Aku hanya nampak di pancaindera...sedangkan aku dibutakan...
Itu yang aku rasakan ketika berada di sepanjang 9 hari di bumi Beijing,China...