Eeee...dulu kalau cakap pasal bola la...aku memang tak amek port. Bukan feveret aku la nampaknya. Sejak sekolah lagi aku memang benci sukan Bola Sepak. Aku lebih sanggup tergedik-gedik, terloncat-loncat kat court NetBall dengan budak pompuan. Bukan ape, aku tak leh main kasar dalam sebarang games nih. Pernah dulu masa aku tingkatan 3, aku kena paksa main bola sepak, sedangkan masa tuh aku dah berkali menolak. Lepas tuh, cikgu PJK aku paksa & start tengking aku. Aku akur dan masuk padanglah jugak. Main punyer main, tetiba satu sepakan tepat kena kat muka aku. Pergh, dapat tak korg bayangkan betapa nikmatnya muka aku yang comel kena bola berapi tuh? Aku nangis la, then aku kuar padang tanpa bagitau cikgu aku. Then:
"Ko ape pasal keluar padang? nak kena dengan aku?"
"Cikgulah teruk sgt! tak pasal-pasal bola tu kena muka saya, sakit tau. Bencilah macam nih"
"Hey, ko tu jantan...main sikit ko dah nangis. P*nda* betul la ko ni"
"Cikgu dah tau saya tak pandai main, cikgu paksa. Saya tak suka bola sepak nih"
"Kalau ko tak nak main bola, ko nak main ape lagi?" Aku terus bangun & gerak tempat lain.
"Hey, ko nak pegi mana? Kalau aku nampak ko pegi kat budak2 pompuan tu, ko siap!"
"Ade saya kesah???" Cikgu aku tu sakit hati dengar aku perli dia, dia amek ranting kayu nak baling kat aku. Cepat-cepat aku lari.
Tu kisah lama, dan tak sangka...dah 2 kali aku turun stadium tengok bola (stadium UiTM). Dengan semangat & minat yang betul-betul aku tengok bola. Cuma aku masih lagi kaki bangku. Tak pe, jadi penonton pun cukup bagus. Aku boleh tengok pemain Malaysia. Aku tak heran la pasal aku faham ke tak apa yang diorang tgh sepak tuh, tp aku nakkan perasaan & keseronokkan dlm beribu2 orang kat situ. Seyes, aku tak pernah minat bola sepak, tp tengok dengan semangat family JPK and especially Opie yang minat bola giler tahap gaban, aku pun nak cuba, ape best sgt bola sepak nih? Yes, I got it! Setiap gol tu bawak makna, kemenangannya diraikan bersama. Sehinggalah aku kenal warna Kuning-Hitam & Biru Jersi Pasukan Malaysia, siapa itu Harimau Malaya dan sorakan untuk bola sepak. I got it from them: JPK Perindu!
Even malam tadi aku tgok Malaysia vs Singapura kat TV kecik kat Bilik Gerakan JPK, tu pun dah cukup buat aku rasa aku sedang ber-bola sepak (Seronoklah si Opie, Nazrul & Epul kat Stadium Bukit Jalil). Tak kesahlah Malaysia kalah 6-4 dengan Singapura yang byk berlakon sakit tu, tapi tgokkan stadium penuh macam World Cup sebenar pun dah buat aku rasa seronok (walaupun tak dpt pegi stadium). So sekarang, kalau sebut siapa pemain bola sepak Malaysia yang aku kenal, kat kepala aku teringat muka nih :
Safee Sali : Penyerang Terhebat Negara...amboi, sejak ko hero padang nih, femes ko yek?
Aidil Zafuan: Aku minat isteri lawa dia si Rita Rudaini, mestilah aku kenal husbandnya.
Tu jela yang aku betul2 minat & kenal. Yang lain, blom ade market. Owh ya, my fren Fyza Roosli kate dia suka Shahrul Idlan....erm, tak minatlah coz dia xde rambut sgt! Kalau tanya aku pemain bola sepak dunia, aku just teringat nama: Cristiano Ronaldo (howt tuh...), Cesc Fabregas (sempena nama Teddybear aku!), Michael Owen (si tua tuh!) & David Beckam (isteri dia femes dlm spice girls..of coz I minat!)
eh,ade name aku....hahaha..mane ade!aku suke aidil+khairul fahmi+CR yg hot tuh..:P
ReplyDelete