Saturday, July 2, 2011

Bangkok: Jika Aku seorang Thailand & Jika Aku Islam Minoriti?

Tidak pernah rasanya menjejakkan kaki ke bumi yang asing bagi aku...Bangkok! Inilah pertama kali aku merantau jauh dari lubuk kehidupan aku selama ini...apa yang aku lihat, masyarakat disini jauh berbeza dari tempat aku...dari segi gaya bahasa, tulisan dan sistem pemerintahan disana. Aku hanyalah seorang perantau yang mencari keunikan dan kelainan satu lubuk yang dinamakan negara Thailand!

Pada awalnya apabila aku masuk disempadan Malaysia-Thailand, hati aku rasa resah...aku ragu-ragu apa akan jadi kepada aku apabila masuk kesana? Sehinggalah aku menjejakkan kaki masuk ke bumi Thailand (Thai = Bebas dan Land = Tanah) dan mula belajar sikit2 bahasa Thai seperti Sawasdikap (ucapan apa khabar bagi lelaki), khap kun kap (ucapan terima kasih bagi lelaki), rakataurai? (berapa harga?) dan yang paling melucukan Hong Nam (Tandas) kerana semua family committee aku asyik mengulang perkataan itu! Kemudian aku melihat sisi penduduk disana, sangat berbeza. Cuma aku tersentuh hati apabila:
  1. Agama rasmi Thailand adalah agama Buddha, jadi agama Islam disana adalah minoriti. Tetapi, masyarakat disana tetap damai hidup di bumi yang bukan Islam adalah 100%. Dan juga aku melihat anak2 gadis dan wanita disana bertudung, sama seperti di Malaysia. Cuma perasaan kagum aku terhadap mereka kerana masih berpegang kepada seruan agama yang menuntut wanita Islam menutup aurat, dan mereka berbuat begitu!
  2. Kedaifan surau-surau disana berikutan Islam bukan agama Majoriti. Sepanjang aku berada di highway dari Selatan Thailand ke Bangkok, aku banyak kali berhenti rehat untuk menunaikan solat. Menangis aku ketika itu kerana melihat keadaan surau negara mereka yang tidak serupa surau. Keadaannya yang kecil dan tidak terurus dan ada yang hanya mampu memuatkan satu saf sahaja. Maaf, jika ini adalah kasar bagi sesiapa yang membaca, ada satu surau di sebuah daerah di Thailand nih...surau nya sebesar rumah anjing Shin Chan yang dibesarkan diatasnya, termasuklah pintunya sekali! Sungguh sedih melihat keadaan surau tersebut.
  3. Apabila aku smpai pula di bandar Bangkok, nak cari surau agak senang cuma saiz surau tu tersangat lah kecil...itu menampakkan tiada agama lain peduli dgn Islam. Entah mengapa menitis air mata semasa aku berwuduk kerana aku ini belum cukup bersyukur lahir di bumi Malaysia yang majoritinya Islam. Hendak mencari Masjid atau surau cukup mudah. Cuma aku sahaja yang alpa dan sombong tidak mahu menuruti perintah Allah...Di tanah sendiri, jika tertinggal sembahyang pun tak rasa apa, tak jejak ke surau pun tak rasa apa, kini...bila aku berada jauh dari kemewahan hidup...aku mula mengenali apa itu nikmat dalam solat dan bagaimana nikmat bersolat di surau...indahnya Islam!
  4. Aku kagum kerana peniaga-peniaga kedai makanan dan hidangan Halal di Thailand yang mampu bersaing dengan peniaga makanan tidak halal. Aku terharu kerana aku masih berpeluang merasa enaknya makan makanan yang halal lagi bersih..sungguh aku puji masyarakat yang berpegang dengan apa itu Halal!
  5. Terkejut juga apabila rata-rata pelusuk Thailand ramai penduduknya pandai berbahasa Melayu dengan fasih...mereka ni mudah beradaptasi dengan masyarakat negara luar!
Itulah sedikit sebanyak pengalaman pelik tapi realiti aku sepanjang aku ke Thailand...aku cukup bertuah dapat pergi kesana. Apa yang aku dapat pelajari, Islam itu indah dan sangat luhur...aku harus bersyukur kerana hidup dalam kalangan majoriti Islam, segalanya mudah untuk aku tunaikan bagi diri aku yang bergelar Islam...Islam agamaku! Allah itu Tuhanku! Ya Allah...ampunkan dosaku!

4 comments:

  1. ohhhh...ptot lah post yg next tu keislaman sket..rupanye psl surau..hahahahahaha..:)

    ReplyDelete
  2. haha...bermula dari trip tu la kesedaran yang tinggi berlaku...dan juga kesedaran datang dari mybro opie dgn remy yang membsntu...

    ReplyDelete
  3. hahahaha..bagus2..lepas ni biar aku pn tlong bg ko kesedaran..hahaha

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah..x smua org sng dpt hidayahNYA..:)

    ReplyDelete