Aku tiada idea nak bercakap tentang perempuan atau dengan lebih matangnya WANITA! Bukannye aku kata aku ni anti perempuan (ala2 citer Lagenda Budak Setan lak..) cuma aku masih tiada sebarang hujahan yang dapat aku ilustrasikan siapa perempuan yang wujud disisi aku. Cuma baru2 nih...mood aku tak okey up and down jew...aku pun tgoklah semua movie yang ade unsur2 cinta (sengaja nak tmbahkan sakit jiwa...). Kemudian lepas tgok tuh...aku jadi satu rasa yang sangat pelik seperti: (1) Nak ade awek la (2) Nak seorang perempuan hadir disisi la (3) Nak perempuan tu belai manja aku la (4) paling kritikal sekali....aku nak kawen la! Kata orang, benda2 yang baik tu selalunya disebelah kanan, jadi aku mahu perempuan tu mulia dikanan aku (walaupun aku tau kalau kat atas pelamin or perarakan kawen perempuan belah kiri lelaki!) Apa yang aku nak sangat kat perempuan ni sebenarnya?
Seorang yang mudah dibuli oleh aku, aku bukanlah jahat sangat tapi tu cara aku ekspresikan diri aku bahawa aku nih manja. Aku tak boleh terlalu serius dengan perempuan, sebab aku ni sebenarnya segan dengan perempuan..lagi2 kalau perempuan tu nak goda aku...(seyes malunya~)
Perempuan yang mudah menangis, aku suka sebab dia agen nak kasi aku nanges jugak...time dia nanges mudahlah aku nak nanges sebab time tu masing2 tak heran dah sape yang tak gentle bila nanges...buat wanita yang bakal aku cintai: "kau nanges lah sepuas hati kamu, aku akan menemani setiap linangan air matamu, kemudian akan aku peluk erat tubuhmu, menangislah dalam dakapanku...akan aku sebut shhh..sudahlah, saya tak nak tengok awak bersedih, jangan risau kerana saya ade untuk awak, kalau awak sedih susahlah hati saya. Masa itu aku akan belai rambutnya dan mencium dahinya. Sungguh aku jujur aku berbuat begitu! Janganlah kau sangsi denganku."
Aku orang yang suka bergaduh dengan perempuan, jadi bakal wanita tersebut perlulah mempunyai ketahanan dalam bertekak dengan aku. Aku boleh kawal diri aku tidak 'naik tangan' dengan seorang wanita, tapi mungkin kata2 aku agak pedas dan itu bleh menambah lagi baraan api untuk terus bergaduh. Tapi disebaliknya, jika kedua2nya menyerah kalah dan mengambil keputusan berjauhan sementara: "aku dulu akan datang kepada dia, aku pegang bahu dia terus turun ke tangan (belum masa nak raba ek?) dan aku genggam...mungkin masa tu dia tak nak tengok muka aku...tapi aku akan cium tangan dia dan sebut awak saya mintak maaf berkasar dengan awak, saya harap awak bersabarlah dengan karenah saya disepanjang kita masih mencintai sesama kita...cinta memang diuji begitu...salah faham menguji kesetiaan kita..."mungkin masa tu perempuan tu akan berubah kepada point no 2!
Aku pulak jenis sensitif kalah perempuan (malu kan aku macam nih~) Aku memang akan cepat marah, down, moody, kecewa, putus asa and what so ever lah sifat negatif mazmumah yang ada...so kau sebagai wanita yang aku cinta...pujuklah aku...belailah aku...aku mahu dengar kata-kata semangat darimu. Aku mahu kau juga berbuat seperti apa yang aku buat ketika kau bersedih dan mengalami kondisi yang sama denganku...tak perlulah malu...aku tidak hirau walau kau dilabel sebagai 'perigi cari timba' kerana aku terima kau seadanya...cinta aku agak aneh jika difikirkan, agak kelakar bila diceritakan, agak over bila ditafsirkan...kerana aku ingin kita berbeza agar kita boleh bahagia dengan kehendak kita sendiri..usah diciplak cinta orang lain dan yang ada dala filem atau drama...kerana semua itu rekaan...penyedap cerita...yang benar hanyalah cinta kita...sesungguhnya: Wahai kau cintaku wanita~cintaku untukmu!
Hahahaha..sengal je la dak megat ni...kih3..klu sensitip kalah pompuan tu aku tawu dah..aku da pernah kene skali..keh3....ape2 pn megat,moga ko cepat2 jumpe ZAUJAH ko..mcm dah tahap kritikal aku tgok..haha
ReplyDeleteaku dah sgt gatal rasa...mmg nak kawen dah kot!
ReplyDeletehaks3..bengong!
ReplyDeletemegat2..mke sure dat girl bc post nie ya..anyway..klu ko nk dia fhm ko..ko pn kne fhm dia..:)
ReplyDelete